Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Cetus kebimbangan
Perbuatan maksiat dan seks bebas merupakan punca utama meledaknya angka kelahiran anak luar nikah.Trend peningkatan yang semakin meningkat ini boleh menyebabkan kesucian keturunan yang dipelihara oleh umat Islam semakin lama semakin tercemar.Anak-anak luar nikah akan hilang kebanyakan hak di dalam Islam.Peningkatan kelahiran anak luar nikah ini melambangkan keruntuhan pegangan agama Islam oleh penganutnya dan mencemarkan imej dan kesucian agama Islam itu sendiri di mata masyarakat lain.
Punca-punca
Media elektronik merupakan punca utama yang menjadi pemakin kepada peningkatan gelaja sosial di kalangan remaja.Kemudahan mengakses laman-laman lucah di internet yang mudah dan lambakkan laman-laman web lucah sedia ada menjadi punca remaja-remaja terpengaruh dan semakin giat melempiaskan nafsu serakah tanpa memikirkan kesan buruk dari perbuatan terkutuk itu.Paling mengejutkan,apabila pelajar sekolah pun sudah pandai bercakap tentang seks dan ada yang sudah melakukan perbuatan tersebut.
Penguatkuasaan dan undang-undang yang tidak berkesan dan longgar telah menyokong aktiviti negatif ini.Imuniti aktiviti maksiat dan seks bebas menjadi lebih kebal apabila undang-undang sedia ada cuma mendenda pesalahnya dan bukan hukuman yang lebih berat.Justeru itu,disyorkan hukuman yang lebih berat seperti penjara dikenakan kepada pesalah maksiat.
Sajak Merdeka 2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment