Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap golongan manusia ini,puasa belum mula lagi dah fikir nak raya.Nak berfikiran jauh pun biarlah bertempat.Nak buat baju baru lah,nak tempah kuihlah dan ada yang siap bertengkar nak balik raya rumah ibubapa atau mentua raya nanti....
Baju raya dah hantar tailor?kuih raya dah tempah?set perabot nak tukar?
Adakah bila berakhirnya puasa ramadhan ini, perlu kita raikan besar-besaran?Kita raikan kejayaan kita melawan hawa nafsu atau kejayaan kita membebaskan diri mengikut hawa nafsu semula?Raya ini semacam disalahertikan oleh masyarakat seperti suatu pesta yang diraikan,tersasar daripada erti sebenar iaitu meraikan kejayaan melawan hawa nafsu dan kejayaan mengumpul pahala yang ibadah kepada Allah.
Itulah jika "hasil didikan syaitan " dah tertanam dalam jiwa,semua pengertian dan tujuan sebenar sesuatu yang kebaikan boleh menyimpang jauh menjadi keburukan pula.Hawa nafsu itu sudah menguasai diri berbanding akal yang menafsir makna tersirat di sebenar sambutan Aidil Fitri bagi orang-orang yang beriman.
Fokus yang perlu diutamakan adalah soal ibadah kita buka soal nak raya semata-mata...bulan puasa ini adakah kita dapat kumpul pahala sebanyak mana bukan fikir persediaan nak raya nanti sehebat mana..Tetapi itulah yang selalu difikirkan oleh kebanyakan orang yang akalnya pendek..
Aku sebagai sahabat nak nasihatkan diri aku dan sahabat-sahabat sekalian..Soal raya tolak kemudian..Di bulan puasa ini marilah kita beramal mengumpul pahala ibadah sebanyak mana yang mampu.Moga-moga ia menjadi bekalan yang cukup di hari perhitungan kelas..
1 comments:
a'ah..belom posa baju raya dah beli siap2..tp bagus gak, x payah piker dah mase posa.. hehe
Post a Comment