BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan:bulan kumpul pahala ,bukan bulan gila 'business'

Umat Islam diingatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadat mengumpul pahala sebanyak mana yang mampu,bukan bulan untuk mengumpul duit melalui  aktiviti perniagaan semata-mata.Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan melipatgandakan pahala di bulan ini  kepada hamba-hambaNya bagi memberi peluang kepada mereka menimba pahala ibadat sebanyak mana yang mampu memandangkan usia manusia yang terlalu singkat dan demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Sepanjang bulan Ramadhan kita dapat menyaksikan dua golongan yang meraih keuntungan.Satu golongan yang gigih mengumpul pahala ibadah dan satu lagi golongan yang gigih mengumpul wang sebanyak mana yang mampu melalui  aktiviti perniagaan di bulan puasa.Sebaik-baik keuntungan adalah golongan yang mencari pahala ibadah kerana dapat menggunakannya apabila bertemu Allah di akhirat kelak.Dan seburuk-buruk keuntungan adalah 'keuntungan sementara' yang diraih  oleh golongan yang asyik dengan business mereka sehingga terlupa erti sebenar Allah menjadikan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Aktiviti perniagaan bukan tidak boleh dijalankan,bahkan digalakkan dalam Islam.Namun mencari pahala ibadah di bulan puasa perlu diutamakan dan aktiviti perniagaan adalah yang dikeduakan kerana bulan Ramadhan inilah umat Islam diberi suatu peluang mengumpul pahala yang besar.



Bukan tidak boleh berniaga...Pastikan ibadah diutamakan berbanding perniagaan di bulan Ramadhan


Melihat dengan masa yang terus berlalu,bilakah agaknya kesempatan untuk seseorang peniaga untuk melakukan ibadah jika terlalu asyik  menjalankan dan menguruskan business sepanjang bulan puasa?Wujudkah  seseorang peniaga yang tidak puasa lantaran keletihan menyediakan juadah untuk perniagaan di sebelah petangnya dan malamnya tidur akibat kepenatan?Wujudkah  peniaga yang  siang dan malamnya bertungkus lumus mengadun dan membakar kuih- muih semata-mata memenuhi 'order' dari para pelanggannya?

Bulan puasa sepatutnya dalam jiwa dan raga mereka adalah untuk Allah semata-mata.Rugilah golongan yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan business mencari wang semata-mata dan mendahulukan peniagaan daripada beribadah kepada Allah.Suatu yang perlu direnungkan oleh semua,"Bila seseorang ditimpa penyakit yang mengundang ajalnya  ,segala wang  yang dimilikinya sudah tidak berguna lagi,akan tetapi jika di masa hidupnya dia sibuk mengumpul pahala,pahala yang dikumpulnya menjadi penyelamat ketika hari akhirat kelak.Ajal pasti datang dan sempatkah dalam hidup kita ini ,kita mengumpul bekalan sebanyak mana  di sana nanti ?kerana bukan pasti Ramadhan akan tiba lagi untuk kita yang terlalu leka dengan kesenangan dan kemewahan dunia ini yang hanyalah ujian dan bersifat  sementara sahaja.

0 comments: