Kes Pentadbir sekolah menyorokan pelajar supaya tidak mengambil UPSR telah dihebahkan oleh media massa baru-baru ini.Pastinya orang ramai mengutuk keras tindakan guru besar mengambil tindakan tidak bertanggungjawab ini.Namun adakah kita mengenalpasti mengapa guru besar mengambil tindakan tersebut?
Pelajar autisme-lembam perlu diambil perhatian oleh KPM supaya pentaksiran yang dijalankan bersifat adil kepada mereka-gambar hiasan
Sebenarnya pihak pentadbiran sekolah dan cikgu-cikgu tertekan dengan KPI pendidikan yang dijalankan oleh kementerian pendidikan.KPI pendidikan ini seolah-olah mengambil kira semua manusia adalah sempurna dan tidak bermasalah.KPI pendidikan ini akan menilai prestasi akademik pelajar sekolah secara purata yang selalunya akan merujuk kepada Gred Purata Sekolah(GPS).Bagi sekolah kluster dan sekolah-sekolah kawalan memang tiada masalah untuk mencapai GPS yang baik kerana semua para pelajarnya memang sudah dipilih dan ditapis dari kemampuannya mencapai prestasi akademik yang cemerlang.Namun adakah sistem ini adil dilaksanakan kepada sekolah menengah harian yang ramai rata-ratanya mempunyai para pelajar yang bermasalah pelajaran dan mempunyai prestasi akademik yang rendah?
Jika KPI pendidikan terus dilaksanakan tanpa pembaharuan ,memang Ranking Sekolah Menengah Harian akan berada di kedudukan terbawah selama-lamanya.Ini yang membuatkan pihak dan pentadbir sekolah berasa amat tertekan kerana sekolah mesti mempunyai semua pelajar yang mampu mencapai prestasi akademik yang baik tapi hakikatnya tidak.Cuba bayangkan jika ada 5-10 pelajar lembam yang tidak mampu menulis,membaca dan mengira sudah tentu GPS akan jatuh sedangkan guru-guru sudah bermati-matian membuat yang terbaik agar prestasi sekolah berada pada tahap yang cemerlang.
Sudah tiba Kementerian Pelajaran Malaysia 'kotor tangan' untuk mengkaji keupayaan KPI yang ingin dilaksanakan supaya memberi keadilan kepada semua sekolah khasnya.Usahlah KPM ingin yang" baik-baik sahaja" namun 'yang buruk' diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah bulat-bulat.Jika KPM berhasrat untuk membuat penilaian tepat terhadap Prestasi Akademik pelajar biarlah ia bersifat "kemanusiaan" dan bukannya robot yang boleh diprogramkan.KPM boleh pandang ke atas namun perlu juga pandang kebawah supaya tidak memijak golongan bawah semata-mata ingin mendaki ke puncak.
Hakikat manusia bukan semuanya sempurna,suatu pentaksiran yang sesuai perlulah dilaksanakan kepada golongan pelajar yang normal dari segi fizikal namun mempunyai masalah mendalami pelajaran supaya ia adil bagi mereka dan pihak sekolah dalam masa yang sama.Laporan NUTP menunjukkan sejumlah 3000 pelajar sekolah rendah dikenalpasti mempunyai masalah ini di seluruh negara.Sudah tiba KPI pendidikan "dimanusiakan" supaya melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan para pelajar dalam mencapai matlamat yang diinginkan.
P/s:Kalau KPI sekolah merosot atau tidak menunjukkan peningkatan,pengetua atau guru besar kena pergi kursus kat putrajaya khabarnya supaya prestasi sekolah meningkat.Pening kepala guru besar tersebut...KPI oh KPI....
3,000 murid tidak mampu belajar
|
KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.
Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.
Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi Kosmo! semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan.
"Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR.
"Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya
0 comments:
Post a Comment