Agak lama juga lah perasan rancangan kartun TV3 dan NTV7 dah mula memuatkan rancangan kartun yang ada binatang BABI.Tapi mungkin ramai tak perasan sebab rancangan ini bersiaran di awal pagi ahad sewaktu kebanyakan masih belum bangun lagi.Adakah TV3 dan NTV7 dah hilang sensitivi kepada umat Islam di negara ini dengan menghidangkan 'sarapan' kartun yang mengandungi binatang BABI.Kenapa ada banyak rancangan kartun di dunia ini ,TV3 dan NTV7 mesti memilih rancangan kartun yang ada binatang BABI untuk ditayangkan kepada para penonton?Adakah ini suatu permulaan Binatang BABI boleh ditayangkan dalam rancangan yang bakal ditayangkan oleh TV3 dan NTV7?Adakah TV3 mahu membiasakan kanak-kanak Islam melihat BABI?
Shaun the Sheep-ahad 8.00 pagi-tv3
Dreamkix-ahad 8.30 pagi-Tv3
Timmy Time-ahad-8.30 pagi-ntv7
*Sorry gambar yang dipaparkan tak ada binatang BABI..Saya tak sanggup nak letak gambar BABI dalam
blog saya.
p/s: Sebagai peminat TV3 dan NTV7 beragama Islam,saya meminta pengurusan TV3 dan NTV7 menjaga sensitiviti umat Islam dan mengalihkan rancangan kartun yang mengandungi binatang BABI ini dan mengantikan dengan rancangan kartun yang lebih sesuai.Semoga TV3 dan NTV7 terus berada di hati semua masyarakat Malaysia senantiasa.Saya meminta juga kepada sesiapa yang membaca blog ini yang boleh membawa perkara ini kepada pengurusan media prima, tolong ambil tindakan.TQ
1 comments:
assalamualaikum
gembira bertemu blog saudara
teruskan menulis
perkongsian pengalaman yang menarik
p/s; harap pihak tv berkenaan ambil prihatin hal ini.
Post a Comment