BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Friday, April 8, 2011

Kes pelajar tumbuk guru, apa tindakan Kerajaan?

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.
 ikuti harian metro di pautan ini.
myMetro Pukul cikgu

Pelajar lelaki  tumbuk guru?Guru wanita pula?Apa sudah jadi dengan dunia pendidikan sekarang?Jika sebelumnya kita dikejutkan dengan kejadian seorang ustaz membunuh seorang murid tujuh tahun,sekarang kita berdepan pula dengan kebiadapan para pelajar sendiri terhadap guru.Bezanya,Kes ustaz membunuh murid mendapat perhatian sampai ke pihak atasan dalam kerajaan,kes guru ditumbuk dipandang sepi pula oleh kerajaan.Apahalnya?
Seorang ustaz mengajar  SAR bukan dalam KPM pun..Tetapi mendapat perhatian...Kes pelajar tumbuk guru ,kerajaan diam...KPM membisu...Sedangkan guru  seharian berdepan tugas-tugas getir dalam mendidik dan mendisiplinkan para pelajar yang kini makin teruk dan tidak bermoral....
Inikah maksud 'Membawa Pendidikan ke persada antarabangsa?Tinggi sungguh cita-cita Kerajaan macam ingin meminang Puteri Gunung Ledang.Namun,tiada pelan yang releven dan tiada usaha menyeluruh.Mungkin kerajaan suka melaung-laungkan sahaja kerana nak mengambil hati rakyat.Kami faham,bukan kerajaan yang buat kerja,kami di barisan bawahan  ini yang buat kerja dan kami lebih memahami situasi pendidikan.Adakah Kerajaan tanya guru-guru sebelum buat sesuatu keputusan? Ada?

Kadang-kadang betul juga dakwaan pembangkang,Kerajaan pelekeh guru-guru.Kerajaan ubah itu dan ini tanpa mendapat sokongan dan pandangan guru-guru.Ya memang kerajaan majikan guru,namun guru-guru bukan milik kerajaan yang boleh dibuat sesuka hati.

Saya sebagai guru ingin memberi cadangan kepada kerajaan,PANDANG SERIUS ISU DISIPLIN para pelajar.Kaji dan gubalkan peraturan pelajar yang tegas,relevan dan mengikut peredaran masa.TERAPKAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN para pelajar melalui pengenalan ADAB BELAJAR dalam Pendidikan.Pelajar-pelajar wajib diasuh dengan adab-adab belajar menurut Islam supaya ilmu dan pengetahuan diberkati dan mudah diperolehi.Jika para pelajar gagal menunjukkan adab belajar dan menghormati guru kenakan kelas kaunseling sehingga para pelajar itu benar-benar dapat mengamalkannya.


Yang kedua,Syorkan PENALTI atas kesalahan pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang teruk.Penalti berbentuk SEKATAN dan DENDA WANG RINGGIT .Sekatan bantuan kewangan kerajaan untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti tanggungan kendiri Yuran sekolah,buku teks dan Yuran peperiksaan.Ini dapat memberi amaran kepada  ibubapa untuk menjaga dan menasihati anak-anak mereka ketika di sekolah.Ibubapa perlu peka  dan ambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah.Ambil contoh pendidikan di Singapura,semuannya tanggungan sendiri dan kos pendidikan sangat tinggi.Kita rakyat Malaysia sangat beruntung,pendidikan di bawah Tanggungan Kerajaan,Namun menjadi adat kepada manusia,benda yang diberi percuma selalunya tidak dihargai.

Sesungguhnya membawa pendidikan ke persada antarabangsa memerlukan keseluruhannya sempurna.Pelajar,guru dan Pentadbir bersama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing
dengan disiplin,bertanggungjawab dan bekerjasama.Matlamat yang dirancang perlu diterima dan dikongsi oleh semua.Bermula dengan DISIPLIN dan ADAB belajar yang baik yang menjadi amalan  para pelajar, merupakan langkah pertama sebelum menyusur langkah-langkah yang seterusnya.Kuantiti pelajar yang cintakan ilmu perlu ditingkatkan semaksimanya  seterusnya kualiti perlu dianjak ke paras yang tinggi Barulah kita boleh melaung-laungkan pendidikan Malaysia sudah ke peringkat antarabangsa.Sesuatu Masyarakat yang berilmu dapat dikenalpasti melalui sifat-sifat mereka yang cintakan ilmu,hormati guru dan ada adab menuntut ilmu.Jika tidak mampu melahirkan masyarakat sebegini,hentikan melaung-laungkan cita-cita besar dan umumkan  cuma tanggungjawab sosial kepada rakyat.
.
Penulis memohon maaf jika ketelanjuran memberikan kritikan kepada Individu atau badan-badan tertentu.Bukan Isu politik yang disuarakan,namun perbincangan masa depan pendidikan negara.Segala kritikan , pendapat agar isu dan matlamat pendidikan diperincikan,diperjelaskan dan tindakan yang lebih releven dan menyeluruh perlu diambil oleh golongan yang terlibat dalam  dunia pendidikan

.
P/s:Teringat suatu ketika dahulu,sebelum pergi ke sekolah ibu dan ayah berpesan agar menghormati guru dan belajar bersungguh-sungguh supaya ilmu diberkati dan berjaya suatu hari nanti..Alhamdullilah aku menjadi golongan yang berilmu pengetahuan akhirnya.

0 comments: