Tuesday, November 29, 2011
Jom layan Solusi dan Gen-Q..Memang Terbaekkkk!!!!
Posted by fandi at 11:28 PM 0 comments
Monday, November 28, 2011
Sunday, November 27, 2011
Analisis Skuad Harimau Muda
Saya memang suka corak taktikal yang dirancang oleh Ong Kim Swee.Memang nampak bagaimana cara dan tugas setiap pemain di padang.Sebelum ini saya tidak nampak pemain Malaysia bermain dengan sistematik seperti ini.Paling jelas kita nampak peranan Defensive dan Attacking Midfielder dalam Sesuatu perlawanan.Selalunya Ong Kim Swee menggunakan Gurusamy dan Nazmi sebagai Defensive midfielder dan Baddrol atau Irfan selaku attacking midfielder.Cara ini memang berkesan dan membuatkan kita menjulang emas di Sukan Sea.
Masalah Kecederaan
Namun,masalah kecederaan membelenggu para pemain di kempen kelayakan Sukan Olimpik...Ketiadaan Asaruddin,Baddrol,Gurusamy merencatkan usaha Malaysia layak ke sukan Olimpik kerana kebanyakkan key player dihantui kecederaan manakala penggantinya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Key Players
Badrol Bakhtiar
Inilah key player Malaysia yang sebenar.Kebolehannya mengawal barisan tengah,membuat hantaran kemas,mencipta peluang dan merembat di luar kotak penalti serta boleh membuat percubaan tepat ketika melakukan sepakan percuma memberikan kekuatan kepada Malaysia.Ketiadaan beliau sebagai tonggak dalam kempen kelayakan ke sukan Olimpik akibat kecederaan merencatkan skuad Harimau Muda.Malaysia bagaikan bermain tanpa 'taring'.
Nazmi Faiz Mansor
Pemain berusia 17 ini boleh bermain sebagai Defensive Midfielder ataupun Attacking Midfielder.Ong Kim Swee kerap meletakkan Nazmi sebagai Defensive midfielder menggantikan Gurusamy dalam Perlawanan Sukan Sea.Namun disebabkan Baddrol mengalami kecederaan,Nazmi diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai attacking midfielder.Beliau mempunyai pontensi yang cukup besar sebagai pemain tengah kerana kebolehan beliau sebagai 'stopper' dan 'attacker' dengan hantaran cantik dan kerapkali menyekat hantaran lawan.Ketiadaan beliau akibat kecederaan sewaktu menentang Bahrain menunjukkan bagaimana Malaysia 'amat lemah' tanpa Nazmi Faiz Mansor.Nazmi perlu mengasah bakat terutamanya percubaan tendangan percuma dan tendangan dari luar kotak penalti supaya menjadi pemain yang berbisa suatu hari nanti.
Best Team perlu dicari lagi
Musuh utama kepada skuad harimau muda adalah masalah kecederaan dan kualiti seseorang permain.
Penjaga gol.
Khairul Fahmi Che Mat adalah penjaga gol yang amat diyakini.Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah dalam mencari penjaga gol kerana Khairul Fahmi calon selayaknya dan terbaik menjaga gawang gol negara.
Pertahanan
Gandingan Mahali,Muslim,Fadhli dan Asaruddin amat serasi.Inilah Barisan Pertahanan yang dicari-cari.Mahali dan Asaruddin berkemampuan melakukan overlapping memberi kelebihan kepada Malaysia mencipta peluang gol.Lebih cantik lagi jika Muslim dan Fadli dapat berlatih tandukan gol ketika sepakan penjuru.Ini dapat menambahkan lagi 'bisa' skuad Malaysia.Pemain gantian pertahanan perlu dicari lagi sekirannya pemain utama mengalami kecederaan.Contohnya jika Asaruddin mengalami kecederaan,Zubir dapat menggantikan beliau dengan corak 'overlapping' dan kualiti yang setanding.
Pemain tengah
Tugas utama yang perlu dilakukan oleh Ong Kim Swee adalah mencari lagi pemain tengah yang berkualiti.Setiap pemain tengah mesti memiliki kelebihan 'multipurpose' seperti membuat hantaran cantik,membuat percubaan yang tepat diluar kotak penalti ,boleh menyekat hantaran lawan dan menguasai bola,boleh mencipta peluang gol dan mengambil sepakan percuma dengan tepat.Ini penting bagi mengatasi masalah kecederaan para pemain.Contohnya seperti apa yang dialami oleh skuad harimau muda,ketiadaan Baddrol menyebabkan bahagian tengah tempang.Malaysia bernasib baik ada Nazmi.Bila Nazmi pula cedera dan terpaksa dikeluarkan terus tiada pengganti yang berkualiti.Hanya Baddrol yang dilihat boleh membuat percubaan diluar kotak penalti,manakala yang lainnya 'lembik lutut' nak membuat percubaan diluar kotak penalti.Sama juga bila sepakan percuma,hanya Baddrol yang boleh membuat percubaan tepat.Bila Baddrol tiada umpama sepakan percuma itu sia-sia sahaja diambil pemain lain.Atas sebab ini Malaysia tewas di peringkat kelayakan sukan olimpik disebabkan ramai pemain utama mengalami kecederaan,pemain gantian tidak dapat meneruskan perlawanan dengan kualiti pemainan yang setanding.
Penyerang
Nampak jelas kualiti penyerang boleh dipersoalkan.Apakah kriteria Ong Kim Swee memilih seseorang penyerang?Tiada langsung kelebihan dalam pemain penyerang kita.Tidak boleh membuat percubaan di luar kotak penalti,tiada idea mencipta peluang gol, penyudah yang lemah,dan tidak boleh membuat percubaan ketika sepakan percuma.'Gol nasib'.Adalah gol jika pemain lawan membuat kesilapan,jika tidak langsung tak nampak percubaan gol yang merbahaya.Di peringkat Asia,susah nak jumpa barisan pertahanan yang tidak kental,semua hebat-hebat belaka.Jika sesuatu penyerang tiada kelebihan susah nak lepasi benteng lawan.Lawan Kemboja bolehlah nampak penyerang kita hebat,Cuba lawan Jepun nampak penyerang kita diperlekehkan sahaja.Ong Kim swee perlu melihat aspek ini jika hendak pergi jauh lagi.
Ong Kim Swee perlu membuat analisis yang lebih mendalam lagi tentang taktik dan corak permainan serta menilai keupayaan setiap pemain agar dapat menyediakan barisan Harimau yang mampu bersaing di peringkat Asia.Asia Tenggara sudah kita lepasii,kini peringkat Asia perlu kita tawan.Hanya barisan pemain yang mempunyai potensi 'world Class' sahaja yang dapat bersaing di peringkat yang lebig tinggi.Teruskan berjuang Harimau,kami penyokong akan terus menyokong sehingga ke akhir hayat ini.
Posted by fandi at 4:00 PM 0 comments
Harimau muda VS Bahrain :Longlai 10 minit terakhir punca kalah
Nazmi permata baru yang sedang bersinar
Persembahan 10 minit terakhir amat mengecewakan...Malaysia seolah-olah bermain dengan 6 orang di padang menentang 10 pemain bahrain...itulah yang berlaku selepas Nazmi dikeluarkan akibat kecederaan...ternyata barisan penyerang dan midfield cuma lari-lari 'makan angin' dalam perlawanan semalam.Pujian harus diberikan kepada nazmi kerana berjaya merebut dan mengawal bahagian tengah sebelum dia dikeluarkan.Nazmi bertungkus lumus bermain di padang manakala lain-lain rakannya di bahagian serangan dan wings cuma 'curi tulang' di padang.Pujian juga harus diberikan kepada Mahali yang terpaksa membuat 'overlaping' disebabkan pemain sayap Fandi othman dan Sharul tidak berfungsi langsung.
Memang di 10 minit terakhir Thamil,Fandi,Sharul dan Irfan tiada fungsi.Menyerang tidak berdaya,bertahan pun tidak mahu,akhirnya bolos kerana Bahrain bersatu walaupun hanya 10 orang pemain.Mungkin keputusan 2-0 sudah cukup membuatkan mereka bermain sambil lewa di padang.Tugas mereka sepatutnya cuma membawa bola ke kawasan lawan untuk sehingga tamat masa permainan dan mengelak lawan menguasai bola di kawasan kita.
Pujian sebenarnya harus diberikan kepada barisan pertahanan negara kerana bertungkus lumus menyekat hantaran lawan.Mahali dan Zubir kerap kali membuat overlapping membantu wings yang tidak berfungsi.Manakala terkeluarnya defensive midfielder dan attacking midfielder kita akibat kecederaan menjadi kelebihan kepada Bahrain menguasai bola di 10 minit terakhir.Namun itu bukan alasan jika kekosongan itu diisi oleh Thamil,Fandi, Sharul atau Irfan.
Ong Kim Swee perlu lebih ketat memilih barisan penyerang selepas ini.Jika boleh biarlah nampak seorang dua pemain Malaysia yang boleh melakukan penyudah berbisa atau boleh mencipta peluang di dalam atau luar kotak penalti.
Saya selaku penyokong akan terus menyokong Harimau muda.bagi Saya barisan ini perlu dirombak semula dengan kualiti yang lebih lagi supaya kita dapat memenuhi 'Best eleven' untuk melangkah ke peringkat Asia seterusnya.Saya juga meminta lebih banyak lagi diadakan perlawanan persahabatan selepas ini untuk melihat Harimau muda beraksi dengan lebih baik lagi.
Posted by fandi at 2:03 PM 0 comments
Thursday, November 24, 2011
Harimau Muda:Penyerang Kurang Berbisa
Posted by fandi at 8:50 PM 0 comments
Friday, November 11, 2011
Guru kena kerja dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang?
Posted by fandi at 7:04 PM 1 comments
Pelik Tetapi Benar :The Invisibleman (artis halimunan)
Posted by fandi at 6:11 PM 0 comments