BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, October 3, 2012

Cikgu jangan jadi 'Hero'

 

 
Tak rotan masalah,rotan lagi masalah...Mungkin semua cikgu kena lantik peguam masing-masing untuk kes-kes yang tidak diingini.Cikgu kena ada perlindungan.

 Apabila baca artikel di bawah,ini amaran bagi cikgu yang bersemangat mendidik,jangan cuba jadi 'hero'...Kuasa cikgu hanya pada leteran sahaja,jangan sentuh budak.Jika nasib tidak baik,akan ditimpa malang sebegini.Niat baik bukan selalunya akan berakhir dengan indah.Kuasa menghukum sekarang bukan ditangan KPM tetapi di tangan ibubapa.Jika datang complain daripada ibubapa pengetualah orang pertama yang akan panas punggung.Complain ibubapa boleh terus ke Putrajaya jika tidak bernasib baik.

Ini alaf baru..'parent always right'.Ini dasar baru pendidikan negara.Guru patut lupakan tanggungjawab mendidik.Masuk kelas ajar sahaja,pelajar nakal tegur sahaja...just 'baby sitter' semasa ibubapa keluar bekerja...Ini trend terbaru.

 Ramai juga cikgu-cikgu dah tak ambil kisah tentang apa yang berlaku di sekolah.'Safety first'.Apa nak jadi,jadilah.Tegur kalu tak nak ikut juga buat tak tahu sahaja.Tak ambil tindakan lebih baik daripada ambil tindakan ke atas pelajar.Nanti tak pasal2 guru yang kena...Itulah hakikat.

 

Tak sabar  menanti wawasan 2020.Nak tengok modal insan yang bakal dilahirkan.Dan tak sabar tunggu di akhirat nanti,apa balasan kepada orang yang mempertahankan dan bersekongkol dengan keburukan dan menghalang kebaikan...Apa yang mereka kena agaknya?

 

JPN P. Pinang siasat dakwaan ibu bapa anak dirotan

03/10/2012 2:58pm

GEORGETOWN - Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seberang Perai Utara untuk menyiasat dakwaan sekumpulan ibu bapa yang anak mereka dirotan guru atas kesalahan kecil.
Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, sebuah panel khas akan menyiasat perkara itu dengan memanggil murid dan guru yang terlibat serta guru besar sekolah.
Siasatan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
"Tindakan susulan adalah berdasarkan siasatan yang pihak PPD jalankan dan jika dakwaan ibu bapa berkenaan betul, pihak kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tata tertib ke atas guru terbabit,” katanya. - BERNAMA