BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, December 31, 2011

AWAS:LOGO HALAL YANG DIHARAMKAN

Hindari Makan Produk Atau Berkunjung Ke Premis  Pamer Logo Haram

Semua masyarakat Islam diminta jangan membeli  produk atau berkunjung ke premis  yang mempamerkan tanda logo halal yang diharamkan selepas parlimen telah memutuskan hanya tanda halal Malaysia (JAKIM) sahaja yang digunakan untuk mengesahkan kehalalan sesuatu produk atau makanan di sesuatu premis.

Kita sebagai umat Islam mesti bersatu bagi menjaga kesucian darah daging kita dan mengelak memakan makanan yang haram atau was-was statusnya.Jakim telah dipertanggungjawabkan menjaga dan memantau kehalalan sesuatu produk dan kita sebagai umat Islam harus menyokong tindakan ini dengan tidak membeli atau berkunjung ke premis yang mempamerkan logo haram.Dengan ini diharap masalah kekeliruan logo haram yang diberikan oleh syarikat swasta yang diragui dapat diatasi.




Semua logo diatas kecuali logo halal MALAYSIA tidak diiktiraf lagi dan dikatagorikan sebagai LOGO HARAM.Sila lapor kepada pihak JAKIM sekiranya ada menemui produk dan premis yang masih mempamerkan logo HARAM diatas.




Premis yang menandakan logo HARAM ini boleh dilaporkan kepada pihak bekuasa dan didakwa.

Suatu cadangan kepada pihak JAKIM agar memberi saguhati kepada pelapor yang memberi kerjasama dan melaporkan barangan atau premis yang mempamerkan logo yang diharamkan.Langkah ini lebih efisien dan memudahkan tugas pihak bekuasa.

 

Buru premis logo haram




KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.


Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.
Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.


“Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.


Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan

P/s: Mari kita sama-sama  menjaga kesucian masyarakat Islam dengan memakan  makanan yang pasti halal statusnya.Kerjasama dengan membuat laporan pasti memudahkan tugas pihak berkuasa.

Saturday, December 24, 2011

Tertidur sampai terlepas waktu sembahyang?Tak berdosa wajib qada'

Persoalan Agama: Tinggal solat kerana tertidur tak dikira cuai
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2011/05/08

 
 
APA yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlambat bangun untuk sembahyang Subuh?

AHMAD,
 
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.”

Jika saudara tertidur sehingga keluar waktu solat Subuh, maka saudara hendaklah segera bersiap-siap untuk mengqada solat Subuh. Jika tertinggal solat Zuhur umpamanya, dan dia sedar pada waktu Asar, maka hendaklah ia segera qadhanya pada waktu Asar.

Mengqada solat adalah wajib, manakala menyegerakannya adalah sunat seperti satu hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tidur salah seorang kamu sehingga meninggalkan solat atau terlupa daripadanya, maka hendaklah ia segera solat apabila ia teringat kerana Allah SWT berfirman: “Dirikanlah kamu akan solat untuk mengingati-Ku.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata: “Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidaklah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa sembahyang, atau tidur lena sehingga meninggalkan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang apabila dia ingat.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Saidina Umar datang pada Hari Khandaq, sesudah terbenamnya matahari, yang mana dia mencaci orang kafir Quraisy seraya beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku hampir tidak solat Asar, sehingga hampir matahari masuk (terbenam).

Maka Nabi SAW menjawab: Demi Allah aku pun belum sembahyang. Maka Baginda berwuduk dan kami pun berwuduk. Maka Baginda sembahyang Asar sesudah matahari masuk (terbenam), kemudian Baginda mengerjakan sembahyang Maghrib sesudahnya. Demikianlah, Wallahua’lam.

Friday, December 23, 2011

Boleh syirik:Usah Lafaz Merry Cristmas

 
Umat Islam usah mengucapkan Merry Cristmas kerana boleh membawa syirik..Tolong Sebarkan.

Monday, December 5, 2011

IslamGRID:Kemudahan Islam dan Bukan Islam Bersoal jawab

Alhamdulillah....Terdapat kemudahan untuk kita bersoal jawab dalam Islam.IslamGrid memberi peluang kita bertanyakan sesuatu soalan yang samada musykil atau pun berbentuk kritis.Dalam hidup kita,kadang-kadang kita musykil tentang sesuatu perkara,kadang-kadang ada soalan yang kritis bermain di minda kita,gunakanlah portal ini untuk menyelesaikan masalah anda.Bagi bukan Islam,mereka dapat belajar tentang Islam atau mungkin mereka ingin bertanya tentang Islam secara lebih mendalam.Silalah layari laman web ini di www.islamgrid.gov.my/

Sudah jelas tiada penjelasan lagi bahawa manusia tidak tahu tentang Islam.Islam telah tersebar dengan luasnya dan terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang manusia mendalami Islam dengan mudah dan cepat.

 

Portal soal jawab Islam pertama di IslamGRID




UMAT Islam dan bukan Islam kini boleh mengetahui dan mendalami mengenai agama Islam melalui portal IslamGRID yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Umat Islam mahupun bukan Islam kini boleh mengetahui dan mendalami mengenai selok belok agama itu melalui portal interaktif IslamGRID yang dilancarkan semalam.
Portal berkenaan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika merasmikan seminar IslamGRID kali kedua 2011 dan pelancaran program rancangan realiti televisyen Adik-adikku Musim Ke-3 di Kompleks Pusat Islam di sini.
Jamil Khir berkata, buat permulaan, portal tersebut akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum diperluaskan dengan penggunaan dua bahasa lain iaitu bahasa Inggeris dan Arab bagi memudahkan pembacaan dan kefahaman mengenai Islam.

Sunday, December 4, 2011

Statistik Kes HIV 2011 di Malaysia:Suri rumah paling berisiko?


-gambar hiasan-Hubungan suami isteri sepatutnya halal dan selamat sekiranya salah seorang tidak berlaku curang dan menjauhi zina.


Saya sedih sebenarnya apabila membaca surirumah 5 kali ganda berisiko dijangkiti HIV berbanding pekerja seks.Golongan yang tidak bersalah menjadi mangsa 'dosa' yang dilakukan oleh suami yang bernafsu binatang.Yang paling tidak adil sekali 'pekerja seks' terselamat disebabkan mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.Adakah dunia tuhan tidak adil?

Tidak sama sekali.Allah telah menetapkan hubungan zina itu adalah haram dan berdosa besar.Mengapa?Ini adalah kerana ia bukan sahaja mendatangkan penyakit kepada individu yang mengamalkannya malah kepada insan yang tidak bersalah.Zina juga menyebabkan perpecahan keluarga dan kelahiran anak yang tidak sah taraf.Ia membawa lebih banyak keburukan daripada 'keseronokan sementara hawa nafsu' yang dirasai pelakunya.Maka apabila sesuatu keburukan lebih banyak ia dikategorikan sebagai haram dan dosa besar.

 Adakah Allah tidak menetapkan cara  atau hukuman bagi mencegah Zina?Ada,Allah telah menurunkan Al-Quran dan Rasulnya untuk memberi panduan dan mencegah budaya zina yang buruk ini.Allah telah menetapkan hukuman jenayah Islam iaitu hukuman sebat 100 kali di khayalak ramai  bagi pesalah bujang dan hukuman rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin.Hukuman keras ini adalah sebagai pelajaran dan amaran supaya masyarakat tidak mengamalkan zina sebagai suatu budaya.

Namun pemimpin  yang 'buta hati' dan 'prozina' menolak ketetapan Allah ini dan memandang enteng perkara-perkara maksiat yang kini berleluasa berlaku di negara kita.Mereka lebih menganggap hukuman Allah ini tidak releven kerana boleh memalukan pelakunya dan hukuman nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan.Nah,kini orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.Hubungan Anak,Isteri dan Suami kini tidak dijamin selamat.Hubungan antara suami dan isteri yang sepatutnya selamat kini menjadi risiko yang tinggi apabila salah satunya curang.'Tidak masuk akal juga' si isteri perlu mengambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan hubungan kelamin yang sepatutnya halal dan selamat.Tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika hukuman yang ditentukan oleh Allah dipandang ringan oleh manusia.


sila baca artikel dibawah...



Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikesan HIV positif setiap hari dengan suri rumah terutama Melayu berisiko lebih lima kali ganda dijangkiti Human Immunoidifiey Virus (HIV) akibat hubungan seksual berbanding pekerja seks yang mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.

Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya adalah suri rumah berbanding 593 pekerja seks.

Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri (6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320) dan lain-lain pekerjaan (30,507).

Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing (1,596) dan tidak diketahui (535).

Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan, berkata demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan kelamin tidak selamat bersama suami.


“Wanita tidak mampu berbincang dengan suami untuk mengamalkan seks selamat mahupun menggunakan kondom sekali gus takut bertegas dan dipukul apabila melakukan hubungan tanpa penetrasi bersama suami
“Apabila kita lihat statistik, sangat menyedihkan wanita terutama suri rumah di kawasan luar bandar menjadi mangsa kerana kekejaman suami sendiri. Kesan bukan hanya kepada isteri tetapi anak juga menerima kesan sosial apabila ibu bapa sakit,” katanya kepada Berita Minggu.


Statistik berkenaan turut menyebut faktor jangkitan paling berisiko disebabkan perkongsian jarum suntikan sebanyak 63,680 diikuti hubungan heteroseksual (berlainan jantina) (16,320), homoseksual dan biseksual (2,047), ibu kepada anak (832), pemindahan darah (3), penerimaan organ (0) dan tidak diketahui (8,449).
Mengikut laporan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu, jumlah pesakit HIV di seluruh dunia dianggarkan seramai 34 juta orang dengan 1.8 juta kematian setiap tahun dan kira-kira 7,000 jangkitan baru dikesan setiap hari.

 sumber:http://www.serikasih.com/statistik-hiv-di-malaysia-10-positif-hiv-setiap-hari

Saturday, December 3, 2011

Produk Ramly ada unsur Babi?

Produk Ramly ada unsur Babi?Terkejut apabila mendengar berita ini.Produk Ramly yang sudah sebati dengan masyarakat di negara ini terutamanya masyarakat Muslim ada unsur binatang haram ini.Benar atau suatu konspirasi untuk menjatuhkan syarikat bumiputera muslim ini.Cerita pasal makanan ada babi dahulu sudah merugikan pengusaha kek lapis Sarawak yang rata-rata dikuasi bumiputera Islam sarawak.Masyarakat Islam perlu bijak menilai kesahihan sesuatu berita supaya dapat mengelak konspirasi yang ingin menjatuhkan umat Islam di negara ini.Pihak Ramly Burger perlu tampil dengan segera di media massa untuk menolak dakwaan ini.Dan Umat Islam perlu memberi sokongan untuk syarikat Muslim kita bukan menerima bulat-bulat sesuatu sumber yang diragui.
 
 
 
 
 
 
 

Di bawah ini ialah beberapa paparan surat yang DIKATAKAN milik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah KONONnya mengesahkan salah satu produk Ramly mengandungi DNA babi. Kita tidak mengetahui kesahihannya. Oleh itu, pihak yang berkenaan sewajarnya menjawab isu ini agar tidak menjejas perniagaan pihak terbabit dan menimbulkan was-was dalam kalangan pengguna.




 


Sumber ada tertera pada gambar.


Ini Pula penafian yang dibuat oleh Pihak Ramly Burger

Salam,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.

Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Siti Hayu Binti Dato' Haji Ramly
Pengurus Kanan
Sama-sama kita nantikan kesudahannya dan kita berharap agar berita ini tidak benar...
 
kredit gambar dan artikel:http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/12/produk-ramly-burger-ada-dna-babi.html