BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, February 11, 2012

KFC i-CITY: KERANA AYAM MANUSIA BERGADUH?

JANGAN KERANA AYAM KITA HILANG SIFAT KEMANUSIAAN

kredit-MALAYSIAKINI.-janganlah kita berperang disebabkan ayam KFC.Buat malu dengan budak-budak sekolah sahaja.

Begitulah penangan ayam KFC...Bukan sahaja menjilat jari ,akan tetapi manusia pun boleh bergaduh kerananya.Pegaduhan ini adalah suatu insiden biasa antara pelanggan dan pekerja.Difahamkan menurut Malaysiakini,si pelanggan tidak puas hati apabila tidak diberitahu ayam telah kehabisan walhal dia telah lama berbaris panjang.Si pelanggan pun meninggikan suara kepada pekerja.Pekerja yang dah 'panas' pun memaki si pelanggan dan menyerangnya.Kejadian itu mungkin berhenti di situ,jika tidak ada perakam yang 'gatal tangan' menyebarkannya di YOUTUBE(tempat menyebarkan segala provokasi & kontroversi).

Kejadian ini telah memberi peluang kepada "BATU API-BATU API  POLITIK" yang sememangnya menunggu insiden-insiden sebegini untuk memecahkan rakyat.Apatidaknya si pelanggan dan pekerja KFC berlainan kaum,ini memberikan suatu isu yang 'panas' untuk diperhangatkan di kalangan rakyat.Memang si syaitan-syaitan bertopengkan manusia  ini seronok nak melagakan rakyat sebati dengan fitrah kejadian mereka yang tidak berasa senang melihat orang lain hidup aman.

Bagi aku semua salah:
1)Si perakam adalah' syaitan' utama dalam cerita ini.Rakam kejadian dan upload kat YOUTUBE.Bagi semua orang  tengok dan menimbulkan isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan.Bagi aku, si perakam inilah yang patut ditangkap kerana dialah yang memulakan 'First Blood'.
Silalah upload gambar pergaduhan,lucah,hasutan,tidak puas hati, dan politik.Ada pasti tidak akan diambil tindakan,untung-untung anda akan dapat keluar di media massa selaku 'hero'.


2)Si pelanggan adalah mangsa keadaan.Namun si pelanggan sepatutnya tidak meninggikan suara kepada pekerja KFC.Ingat kerana mulut badan binasa.Kerana ayam takkan nak dapat lebam-lebam di muka.Tegur dengan cara baik sebab pekerja itu juga seorang manusia atau 'angkat kaki' tinggalkan KFC yang pengurusannya lemah ini menuju ke restoran makanan segera yang lain atau kedai-kedai makan yang lain.Kedai makanan berlambak-lambak kat i-city.Tak makan ayam KFC pun boleh hiduplah.


3)Si pekerja adalah insan yang bersalah dalam kejadian ini.Sebagai pekerja 'Customer always right'.Memang salah memarahi pelanggan apatah lagi menyerangnya.Sepatutnya ia ditangani dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.Sepatutnya pihak KFC i-CITY memohon maaf dan berjanji keadaan ini tidak akan berulang lain.Bekerja biar profesional lah,ayam habis bagitau pelanggan lebih awal supaya pelanggan tidak tertunggu-tunggu.


4)'Batu api-batu api politik dan perkauman ' menjadi pemanas keadaan.Menukar Insiden salah faham ini kepada insiden yang berbaur pekauman supaya hati mereka gembira apabila rakyat majmuk di negara ini saling berlaga.Mereka juga ada peluang menampilkan diri dan menjadi 'hero' dan portal-portal berita juga mendapat 'tajuk panas' supaya portal berita terus 'survive' di kalangan pembaca.
Apa-apapun,insiden ini seharusnya memberi pengajaran hidup kepada si pelanggan dan si pekerja agar lebih berhati-hati menggunakan mulut dan tindak-tanduk mereka.Malulah dah dewasa,kerana ayam nak bergaduh.Malu kepada budak-budak sekolah sebab mereka pun tidak pernah bergaduh disebabkan ayam si kantin sekolah.

Ayam di mana ayam?Sejarah baru negara tercipta 'Manusia bergaduh kerana Ayam KFC'.Sebarkanlah kelazatan ayam KFC yang menjadi rebutan ramai ini.Tak hairan lah kalu rakyat 'Somalia' pun bergaduh merebutnya.Kejadian ini juga sesuatu yang baru kepada negara  kerana budak-budak sekolah pun tidak pernah bergaduh merebut ayam di kantin sekolah.


kredit blog http://syok-blogger.blogspot.com/. "Benda baru terjadi "Ramai ahli politik tampil menyelesaikan 'insiden baru ini' kerana perkara sebelum ini tidak pernah terjadi.Agak sukar menyelesaikan masalah ini kerana memerlukan ahli politik pelbagai persatuan kerana kes ini melibatkan 'AYAM'.


Sejarah telah pun tercipta,'Manusia bergaduh kerana Ayam KFC'.Terima kasih kepada perakam kejadian,sejarah ini telah diketahui umum.Dan apa yang lebih penting YOUTUBE boleh digunakan untuk menyebarkan 'insiden-insiden panas' supaya  boleh dipolitikkan dan boleh digunakan sebagai salah satu senjata memecahbelahkan masyarakat.

Thursday, February 9, 2012

Masih adakah yang menghargai sekolah?

 
Si ibu dan bapa menghantar anak ke sekolah.Habis menghantar terus pergi ke tempat kerja.Inilah rutin harian setiap hari yang dilakukan.Tetapi adakah mereka menghargai  sekolah yang menjadi tempat anak-anak belajar?Adakah mereka ambil tahu keadaan anak mereka ke sekolah?Adakah mereka menaruh harapan terhadap anak-anak mereka?Atau ia sekadar rutin harian ketika mereka keluar bekerja?
 
Si anak masuk ke sekolah.Adakah dia menghargai bahawa  dia dapat ke sekolah?Adakah dia mengerti mengapa dia bersekolah?Apa tujuan dia ke sekolah?Adakah dia tahu ada orang yang tidak berpeluang untuk ke sekolah sama sekali?
 
Ya di Malaysia pendidikan adalah percuma.Bila percuma ,masyarakat langsung tidak menghargainya.Mana ada budak yang tidak ada peluang ke sekolah?Sekolah pula dekat dengan rumah.Segala-galanya mudah sehingga mereka langsung tidak memahami tujuan mereka bersekolah.
 
Adakah segala bantuan yang diberikan dalam pendidikan membuatkan masyarakat tidak menghargai sekolah?
 
 
Secara kita tidak sedar,Kesenangan yang dikita kecapi menjadi pembunuh rasa syukur terhadap segala nikmat.Anak-anak yang lahir tidak mengenal erti kesusahan dan kepayahan.Mereka dibuai dengan hiburan yang menyebabkan mereka gagal mengejar matlamat hidup.
 
Murid sekarang apabila tidak mahu ke sekolah,ibubapa meng'ia'kan.Murid nak bekerja waktu sekolah,ibubapa meng'ia'kan juga.Anak-anak buat salah ibubapa memenangkan anak-anak walaupun dia tahu anaknya salah.
 
Masyarakat dan pelapis-pelapisnya pegantinya makin rosak.Makin materialistik,makin hilang kemanusiaan,dan hilang rasa kesyukuran.Sesunguhnya masyarakat begini tidak akan tahan lama pasti runtuh jua perlahan-lahan.Hanya masa akan membuktikan.
 
'seorang ibu yang setia menyiapkan anaknya ke sekolah'.Harapan ibu mengunung agar si anak dapat mengubah nasib keluarga.
 
Sesungguhnya kesusahan adalah guru yang mengajar erti bersyukur dan menanamkan  suatu harapan.Adakah ada lagi  si ibu menanamkan harapan dalam diri anak-anak ketika hendak pergi ke sekolah?Adakah si bapa menasihati anaknya supaya belajar  bersungguh-sungguh ketika menghantar anak-anak ke sekolah?
 
Kesusahan menanam rasa kesyukuran dan usaha untuk menuntut ilmu
 
 
Tanyalah kepada diri masing-masing samaada anda  masih lagikah menghargai sekolah?
 
 
 

Sukan 'Fovourite' Malaysia Bakal Merudum Menjelang 2015

Sukan-sukan yang dianggap 'favourite' bagi Malaysia untuk melonjak nama di persada antarabangsa seperti badminton,bola sepak,takraw,hoki,squasy dan acara  terjun bakal merudum jika tiada perancangan rapi oleh badan sukan tersebut bagi mengekalkan standard dan barisan pelapis yang boleh menyambung tradisi kecemerlangan yang dikecapi sekarang ini.
 
Paling merundum adalah bola sepak.Dahulunya pasukan Malaysia adalah  pasukan  paling digeruni di Asia dan dapat layak ke sukan Olimpik.Sehingga kini masih tiada lagi kebangkitan oleh barisan pelapis sehingga ke standard tersebut.Bola sepak sering dihantui pelbagai kontroversi seperti rasuah yang menyebabkan sukan bola sepak tanah air rebah tidak dapat bangkit kembali.
 
'Era kegemilangan Bola sepak Malaysia' tidak dapat diwarisi
 
Namun kini,kemuruduman ini telah berjangkit kepada sukan-sukan yang lain seperti sepak takraw dan badminton.Dalam sukan sepak takraw contohnya, Malaysia di bayangi oleh kelibat pasukan Thailand yang sentiasa mengekalkan standardnya di atas kita.Kemunculan negara-negara Myamar,Indonesia dan Vietnam yang menunjukkan pembangunan sukan yang proaktif dan progesif,makin menolak pasukan sepak takraw makin kebelakang jika tiada usaha menaikkan semula standard sepak takraw pasukan Malaysia dilakukan .Apa yang membimbangkan ,Malaysia kian menghadapi kemerosotan pula dengan sukan No.1 negara iaitu sukan badminton.
'Dimana peganti barisan  emas PT 1992'
 
Kita perlu bertanya,sejauh manakah kualiti barisan pelapis negara?Sehebat manakah perancangan yang dibuat oleh sesuatu badan sukan untuk terus mengekalkan kecemerlangan sukan-sukan 'favourite' di Malaysia?Mengapa timbul pelbagai kontroversi yang melanda badan induk sukan tersebut?Adakah 10 tahun lagi kita dapat mengekalkan reputasi sukan sedia ada?
sepak takraw dalam dilema 'nyawa-nyawa ikan'
 
Saya pasti tahun 2015 memberi jawapan kepada semua persoalan yang diajukan diatas?Sukan 'favourite'
Malaysia bakal merudum.Kita dapat lihat dalam sukan  badminton dan sepak takraw jelasnya..Siapa penganti LCW?Siapa penganti Nicol David?Sehingga kini kita masih tercari-cari penganti arwahyarham Mokhtar Dahari?Sedangkan negara lain sedang membangun dengan progesif, dengan barisan pelapis yang berkualiti dan berbakat.
 
Perancangan rapi dan pendedahan kepada barisan pelapis perlu diatur dengan efekktif  dan bijak.Peminat mudah sahaja mengangak kesinambungan sesuatu sukan 'favourite' Malaysia dengan melihat bakat baru yang rancak  menyinar di samping pemain senior yang ada.Jika tiada kemunculan muka-muka baru yang ligat memburu kejuaraan,itulah tanda-tanda 'kemalapan' sesuatu sukan bakal kita hadapi beberapa tahun akan datang nanti.Di waktu itulah akan muncul wajah-wajah suram peminat di Malaysia yang akan terus mengharap kebangkitan sesuatu sukan itu semula.Ingatlah sekali kita rebah,payah untuk kita bangkit kembali.Oleh itu,pertahankanlah bermati-matian apa yang kita ada,jangan kita menyesal di kemudian hari

Wednesday, February 8, 2012

Awas Risiko Rawatan Lintah

Kementerian Kesihatan larang rawatan lintahOleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
2012/02/08

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.
Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.

Monday, February 6, 2012

Piala Thomas 2012:Malaysia Bakal Terkubur?

Piala Thomas / Thomas Cup
Group A : China, Taiwan, and Vietnam
Group B : Indonesia, India, Singapore and Macau
Group C : Japan, Thailand, Sri Lanka and Kazakhstan
Group D : South Korea, MALAYSIA and Hong Kong

Piala Uber / Uber Cup
Group W : China, India and MALAYSIA
Group X : Taiwan, Singapore and Vietnam
Group Y : Thailand, Indonesia, Sri Lanka and Kazakhstan
Group Z : Japan, Hong Kong and Macau

Skuad Piala Thomas Malaysia 2012
1.Datuk Lee Chong Wei (1)
2.Muhammad Hafiz Hashim (33)
3.Liew Darren (45)
4.Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (6)
5.Lim Khim Wah/Goh V Shem (33)
6.Mohd Arif Abdul Latif
7.Hoon Thien How/Toe Kok Siang

Skuad Piala Uber Malaysia 2012
1.Tee Ji Ying
2. Lydia Cheah
3.Sonia Cheah
4.Sannnatasah Saniru
5.Chin Ee Hui, Wong Pei Tty
6.Woon Khe Wei, Vivian Hoo
7.Goh Liu Ying, Lim Yin Loo.

Sumber >> Piala Thomas & Piala Uber 2012 (Pusingan Kelayakan) | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com
Hanya LCW yang menunjukkan prestasi yang menyakinkan.Mata yang 1 dalam genggaman

Tidak pernah timbul keraguan sebelum ini Adakah Malaysia boleh melepasi peringkat Kelayakan Piala Thomas?Namun Hakikatnya 'Ya' ,ramai rakyat Malaysia meragui kemampuan pasukan Malaysia yang terdiri daripada pemain-pemain terumbang-ambing melainkan LCW.Apa sudah jadi dengan hala tuju BAM?Dimana barisan pelapis berkaliber yang boleh menyambung tradisi pemain-pemain lagenda menjulang Piala Thomas kembali.Kontroversi dalam 'BAM' lebih panas dari gosip artis-artis tempatan tanah air.Jika tiada LCW sepatutnya BAM terus bungkus awal.BAM masih bernafas selagi LCW masih ada menjulang kemenangan.Andai kata LCW bersara?
Tan Sri Elyas Omar
'Letak Jawatan sahaja' kata Tan Sri Elyas Omar .Kegagalan layak PT2012 menunjukkan kita memiliki barisan exco badminton paling lemah dalam sejarah badminton negara.Adakah sejarah akan tercatat begitu?
Benar kata  bekas presiden badan induk itu, Tan Sri Elyas Omar yang tampil berani bersuara menuntut pemimpin tertinggi, termasuk presidennya, meletak jawatan andai skuad Piala Thomas gagal melepasi pusingan kelayakan di Macau, minggu depan.
Apa yang tinggal lagi jika pusingan kelayakan pun tidak dapat dilepasi.Adakah kita pasukan 'underdog'.Tidak.Pasukan kita pernah jadi juara,paling tidak kita layak ke separuh akhir Piala Thomas kebelakangan  ini.
 
'Jangan buat-buat lupa'.Malaysia pernah Juara PT 1992.Malaysia Jaguh di persada Dunia


Ini rekod Malaysia..Jangan burukkan sejarah kita.
Apa sudah jadi dengan pasukan kita?Mana barisan pelapis yang berkualiti?Mengapa Pasukan Malaysia masih diwakili  pemain senior yang sudah lama  jatuh prestasinya?Bukankah kita ada pemain juara remaja dunia?Bagaimana prestasinya?Adakah dia benar-benar sudah disediakan untuk PT2012.Sepatutnya kita sudah bersedia menghadapi Piala Thomas ini  dua tahun yang lalu.
Ternyata sebenarnya kita langsung tidak bersedia menghadapi Piala Thomas 2012.Kita mengejar Olimpik,akhirnya dua-dua keciciran.Yang tinggal kontroversi dan kontroversi.Ingat kita bukan asing dalam sukan badminton,kita jaguh di peringkat Dunia,jangan pula kita dipelekeh pula dengan pasukan yang sedang meningkat Jepun, India dan Hong Kong .Jangan cemarkan sejarah sukan Badminton kita.

Pusingan Kelayakan Piala Thomas dan Piala Uber 2012
Tarikh : 14/2/2012 - 19/2/2012
Tuan Rumah : Macau, China
Apapun kita tunggu pusingan kelayakan di Macau .Adakah Malaysia layak ke pusingan akhir PT2012  di Wuhan, China pada bulan Mei depan?Itulah teka-teki yang perlu dijawab oleh BAM.Kita doakan pemain-pemain kita berusaha dan mencuba yang terbaik.Semoga Malaysia berjaya.

Naik turun Bola Sepak:Harimau Malaya Perlu Kejar Gelaran Asia Pula

Amat mengecewakan apabila Malaysia tewas lagi kepada Bahrain 2-1.Namun kekalahan ini sebenarnya memberi satu titik' penghentian sebentar' dan mengimbau semula kejayaan dan kegagalan bola sepak sepanjang 2 tahun ini.
 
Harimau Malaya perlu kejar 'Jaguh Asia' pula.Boleh terima cabaran ini?
 
Meninjau kejayaan  tahun lepas ,Malaysia telah berjaya melepasi pusingan awal kelayakan ke Olimpik.Di situ bermula suatu harapan baru dalam sukan bola sepak negara.Harapan demi harapan mula membara untuk melihat pasukan Malaysia bermain di peringkat Olimpik.Tidak kurang Kejayaan di Sukan Sea, apabila pasukan negara merangkul pingat Emas menewaskan musuh tradisi Indonesia.Ternyata Malaysia boleh dikatakan salah satu jaguh bola sepak di persada Asia Tenggara apabila pasukan senior Harimau Malaya juga menjuarai Piala AFF suzuki.Penghijrahan Hero Harimau Malaya ke Pelita Jaya telah membanggakan rakyat Malaysia.Beliau menjadi Idola baru dalam Bola sepak negara,memberi suatu 'bench mark' bahawa sukan bola sepak boleh dijadikan kerjaya lumayan dan boleh melahirkan pemain Malaysia bertaraf antarabangsa.
 
Penghijrahan Safee Sali membuka lembaran baru karier bola sepak Negara.Pemain bola sepak boleh bergelar Jutawan.Pemain Malaysia lain perlu tukar minda 'Cari makan' dalam Liga-M sahaja.
 
Namun perlukah kita berpuas hati dengan pencapaian peringkat Asia Tenggara sahaja?Malaysia bagaikan 'pasukan belasahan' apabila bertemu dengan juara Asia , Jepun dan Korea Selatan.Ternyata Kualiti Malaysia di peringkat Asia terlalu jauh jika dikaji semula.Nampak dalam permainan terdahulu bertemu dengan Jepun,Malaysia diasak bertalu-talu sehingga jalan terbaik permainan Malaysia adalah bertahan sehingga tamat 90 minit walaupun masih bocor juga.
 
Peminat Malaysia berharap Harimau Malaya terus memberikan cabaran yang sengit di peringkat Asia pula.Dua tahun ini 2012-2013, wujudkan peluang untuk 'catch up' kualiti di peringkat Asia dengan mengadakan banyak  perlawanan  dengan pasukan-pasukan Asia terutamanya dari Asia Tengah seperti Bahrain,Qatar,Arab Saudi  sebelum kualiti Harimau Malaya betul-betul setanding untuk bertemu Jepun dan Korea Selatan.Cuba bina Keyakinan dan pertingkatkan kualiti bertemu dengan  jaguh-jaguh besar ini.Saya pasti bila pasukan Malaysia 'Terbiasa' mencapai kemenangan dengan negara-negara Asia Tengah ini,kualiti pasukan Malaysia juga turut meningkat.Apa yang diperlukan oleh Pasukan Harimau Malaya adalah suatu peluang untuk bermain dengan pasukan-pasukan yang mempunyai kualiti lebih tinggi dan FAM perlu lebih gigih mencipta peluang itu.
 
wujudkan peluang menentang pasukan-pasukan Asia barat supaya kualiti Harimau Malaya dapat di pertingkatkan.
 
Sebagai peminat pasukan Harimau Malaya,kita mahu melihat Pasukan kita terus meningkat dan terus meningkat.Jangan berpuas hati dengan apa yang ada sekarang.Seharusnya harapan rakyat Malaysia ini dijunjung di persada yang lebih tinggi.Kita tidak mahu kejadian lalu berulang kembali,stadium kosong,pasukan kita pasukan belasahan dan harapan rakyat hancur sama sekali.Elakkan kontroversi dan tingkatkan mutu kita.Kejar kembali apa yang hilang,sepatutnya kita sudah sama hebat dengan Korea Selatan dan Jepun kini.