Sukan-sukan yang dianggap 'favourite' bagi Malaysia untuk melonjak nama di persada antarabangsa seperti badminton,bola sepak,takraw,hoki,squasy dan acara terjun bakal merudum jika tiada perancangan rapi oleh badan sukan tersebut bagi mengekalkan standard dan barisan pelapis yang boleh menyambung tradisi kecemerlangan yang dikecapi sekarang ini.
Paling merundum adalah bola sepak.Dahulunya pasukan Malaysia adalah pasukan paling digeruni di Asia dan dapat layak ke sukan Olimpik.Sehingga kini masih tiada lagi kebangkitan oleh barisan pelapis sehingga ke standard tersebut.Bola sepak sering dihantui pelbagai kontroversi seperti rasuah yang menyebabkan sukan bola sepak tanah air rebah tidak dapat bangkit kembali.
'Era kegemilangan Bola sepak Malaysia' tidak dapat diwarisi
Namun kini,kemuruduman ini telah berjangkit kepada sukan-sukan yang lain seperti sepak takraw dan badminton.Dalam sukan sepak takraw contohnya, Malaysia di bayangi oleh kelibat pasukan Thailand yang sentiasa mengekalkan standardnya di atas kita.Kemunculan negara-negara Myamar,Indonesia dan Vietnam yang menunjukkan pembangunan sukan yang proaktif dan progesif,makin menolak pasukan sepak takraw makin kebelakang jika tiada usaha menaikkan semula standard sepak takraw pasukan Malaysia dilakukan .Apa yang membimbangkan ,Malaysia kian menghadapi kemerosotan pula dengan sukan No.1 negara iaitu sukan badminton.
'Dimana peganti barisan emas PT 1992'
Kita perlu bertanya,sejauh manakah kualiti barisan pelapis negara?Sehebat manakah perancangan yang dibuat oleh sesuatu badan sukan untuk terus mengekalkan kecemerlangan sukan-sukan 'favourite' di Malaysia?Mengapa timbul pelbagai kontroversi yang melanda badan induk sukan tersebut?Adakah 10 tahun lagi kita dapat mengekalkan reputasi sukan sedia ada?
sepak takraw dalam dilema 'nyawa-nyawa ikan'
Saya pasti tahun 2015 memberi jawapan kepada semua persoalan yang diajukan diatas?Sukan 'favourite'
Malaysia bakal merudum.Kita dapat lihat dalam sukan badminton dan sepak takraw jelasnya..Siapa penganti LCW?Siapa penganti Nicol David?Sehingga kini kita masih tercari-cari penganti arwahyarham Mokhtar Dahari?Sedangkan negara lain sedang membangun dengan progesif, dengan barisan pelapis yang berkualiti dan berbakat.
Perancangan rapi dan pendedahan kepada barisan pelapis perlu diatur dengan efekktif dan bijak.Peminat mudah sahaja mengangak kesinambungan sesuatu sukan 'favourite' Malaysia dengan melihat bakat baru yang rancak menyinar di samping pemain senior yang ada.Jika tiada kemunculan muka-muka baru yang ligat memburu kejuaraan,itulah tanda-tanda 'kemalapan' sesuatu sukan bakal kita hadapi beberapa tahun akan datang nanti.Di waktu itulah akan muncul wajah-wajah suram peminat di Malaysia yang akan terus mengharap kebangkitan sesuatu sukan itu semula.Ingatlah sekali kita rebah,payah untuk kita bangkit kembali.Oleh itu,pertahankanlah bermati-matian apa yang kita ada,jangan kita menyesal di kemudian hari
0 comments:
Post a Comment