BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, April 6, 2011

Pelik tetapi benar:Lukisan guna ratusan ribu perkataan


LUKISAN Putera William dan tunangnya, Kate Middleton yang dihasilkan oleh Juan Osborne menggunakan ratusan ribu perkataan.


MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna, lapor sebuah akhbar semalam.
Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid itu mempamerkan perkataan seperti William, holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, royal, family, queen dan Catherine.
Dia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi

Telur ayam tiruan?

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam

Telur ayam pun ada tiruan


GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.
“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap

Tuesday, April 5, 2011

Pendidikan:Bahaya jika guru gagal kawal emosi


Ramai yang menyangka kawasan sekolah adalah zon paling selamat.Namun, apa yang masyarakat tidak tahu adalah kawasan sekolah sebenarnya adalah  suatu kawasan 'peperangan' yang boleh mencetuskan 'bom meletup' pada bila-bila masa.Ketidakstabilan dan ketidakmatangan sikap dan emosi para pelajar boleh menyebabkan guru hilang pertimbangan.Maka apabila teguran mulut tidak berkesan,mulalah tangan dan kaki 'bersuara'.
Suasana di luar sekolah  lain daripada suasana di dalam sekolah.Melihat kepada sudut pelajar,terkongkong  dalam suatu bilik yang kecil boleh mengundang tekanan kepada  para pelajar lalu menyebabkan mereka bertindak luar kawalan seperti menjerit,bermain kejar-kejar,melompat-lompat dan ada yang bertindak lebih daripada itu.Ditambah kepada hilangnya minat kepada pengajaran & pembelajaran di dalam kelas.Bosan dan kerja-kerja yang banyak diberikan oleh tiap-tiap guru yang masuk ke kelas menyebabkan mereka kepenatan dan hilang kawalan emosi.

Bagi pihak guru pula,mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan.Tekanan yang dihadapi oleh guru adalah 'Class control' kerana perkara ini yang akan menentukan proses 'P&P'  dapat dijalankan.Selepas itu barulah ditumpukan kepada proses 'P&P' di dalam bilik darjah.Jika keadaan kelas tidak terkawal disebabkan pelajar bersembang,berlari-lari dan duduk di tempat masing-masing maka guru tidak dapat menjalankan tugasnya.Ini boleh menyebabkan guru menanggung tekanan berhari-hari dan bila sampai ke suatu tahap yang tidak tertanggung lagi,guru boleh hilang kawalan diri dan emosi.Maka tindakan luar kawalan boleh tercetus dan mendatangkan sesuatu  yang tidak diundang kepada pelajar.

Perbezaan kehendak   guru dan para pelajar seperti dinyatakan boleh mengundang 'konflik' yang boleh mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak.Lebih buruk lagi, jika guru ada  'body contact' atau 'physical touch' terhadap pelajar tersebut bagi menghentikan konflik yang berlaku.Maka isu akan timbul dan ibubapa akan campurtangan dan membuat aduan.Lebih memburukkan keadaan,apabila isu ini di bawa kepada media massa yang sering menyalahkan guru dalam hal-hal sebegini.

Kementerian pelajaran Malaysia sepatutnya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi konflik antara guru dan pelajar.Kajian mendalam patut dijalankan bagi mengkaji 'pertembungan konflik ini'.Suatu badan khas penyelidikan 'psikologi pendidikan' patut ditubuhkan bagi mencari  3P (Punca, Penyelesaian dan Penilaian tindakan  ).

P/s:Bukan mudah menjadi guru jika tidak ada sifat sabar yang mendalam.Para pelajar sekarang memang teruk hanya Allah yang tahu.Guru-guru bersabarlah dalam mendidik kerana amalan yang kita lakukan akan dihitung di akhirat.Balasan syurga pasti akan tiba...InsyaAllah

Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi



KANGAR – Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.
Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.
Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.
“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.
“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.

Saturday, April 2, 2011

Gejala murtad:Perlu ambil serius


FIRMAN Allah SWT, bahawasanya: “Sesungguhnya Allah mengurniakan (Rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman selepas Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-Nya (al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat) serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan mendalam mengenai hukum syariat).
“Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran, ayat 164).
Sebagaimana maksud ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa diutuskan dua perkara kepada manusia supaya tidak terus berada dalam kesesatan.

Dua perkara itu adalah utusan Allah SWT yakni Rasulullah SAW dan al-Quran yang mengajar manusia mengenai perkara benar sebagai panduan utama manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Namun seperti kita ketahui, selari dengan peredaran masa, banyak kita lihat berlakunya kesesatan di kalangan umat Islam masa kini apabila ramai menjadi murtad.

Perlu kita ketahui, murtad atau keluar Islam dan mengikut jalan sesat adalah jenayah agama yang merosakkan akidah seseorang, sekali gus dikhuatiri menjangkiti institusi Islam secara keseluruhannya.

Ini sebagaimana firman Allah menerusi surah Al-Baqarah, ayat 217, yang bermaksud: “…dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”

Ayat ini menjelaskan maksud murtad itu ialah berpaling tadah daripada agama Islam atau meninggalkan Islam atau keluar Islam atau kembali kepada kufur.

Ketahuilah, akibat dan dosanya adalah teramat besar, iaitu apabila dicabut nyawa seseorang itu, matilah dia dalam keadaan kafir.

Apabila matinya seseorang itu dalam keadaan kafir, segala amal ibadah yang dilakukannya menjadi rosak binasa, sekali gus selama-lamanya menjadi penghuni neraka.

Sebenarnya, gejala murtad tidak akan terjadi dalam kehidupan umat Islam jika umat Islam mempelajari, mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang kemudian diamalkan oleh sahabat serta ulama Islam.

Justeru, usaha membendung supaya gejala murtad ini tidak berlaku secara berleluasa, seluruh umat Islam membabitkan golongan ulama, pemimpin, ilmuan, guru, ibu bapa hinggalah institusi, persatuan dan individu umat Islam hendaklah mengambil peranan serius.

Setiap daripada kita perlu berperanan supaya anak yang lahir pada hari ini diberi didikan Islam secukupnya kerana ia faktor yang menentukan kekuatan iman mereka.

Paling mudah, Rasulullah SAW sendiri mengingatkan umatnya bahawa satu perkara yang boleh menyesatkan manusia adalah apabila seseorang itu taksub pada harta dunia sebagaimana maksud hadis riwayat At-Thusi yang bermaksud: “Cinta terhadap harta dan kedudukan akan mengikis agama seseorang.”

Jadi, untuk mengatasi dan menangani gejala murtad daripada berlaku, umat Islam hendaklah kembali kepada panduan ajaran al-Quran dan mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan segala isi pengajaran dan panduan al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW.

Di dalam al-Quran disebutkan bahawa al-Quran adalah petunjuk hidayah yang menunjukkan jalan betul, benar dan lurus, sebagaimana Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Al Israa, 9)

Demikianlah Islam memberikan petunjuk dan panduan hidup yang terbaik kepada umatnya dalam segala bidang, permasalahan sama ada yang kecil, besar atau yang ringan mahupun berat.

Mudah-mudahan dengan panduan al-Quran, sunah Rasulullah SAW serta mengikut jejak langkah hidup ulama, umat Islam akan selamat dan terjamin di dunia dan akhirat.

Duit kerajaan RM108b lesap

Duit kerajaan RM108b lesap?Berita ini semestinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia setelah sekian lama...Bukan duit kerajaan sebenarnya duit Rakyat...Duit yang boleh memberikan bonus kepada kakitangan awam,duit yang boleh memberikan subsidi gula dan petrol dan lain-lain lagi.Kemana hilangnya kalau tak disonglap oleh kakitangan kerajaan sendiri.Itu cuma 'anak-anak ikan' yang ditahan.Belum lagi kira 'bapa -bapa jerung' dan 'ibu-ibu jerung' yang imuniti kepada undang-undang...Sekali 'songlap' entah berapa kali ganda dari RM108b ini.Benarlah dakwaan pembangkang,kerajaan sekarang banyak rasuah dan 'songlap' duit.RM108b ini cuma bahagian kastam sahaja belum lagi bahagian-bahagian lain.


Bila tiba masalah ini,kerajaan pulak nak "cover" pendapatan, cukaikan kepada 'keperluan tambahan' rakyat.Makan makanan segera mcm Mcd &kfc kena cukai,Perkhidmatan telefon(bil) kena cukai,tengok asto kena cukai,naik kapal terbang kena cukai,tol pun macam cukai juga,pendapatan rakyat yang sederhana  pun kena cukai gak...Baik jadi orang asli tinggal dalam hutan,apa pun tak kena...



Persoalan yang nak saya ajukan?Berapa sebenarnya jumlah duit kerajaan yang disonglap sorang sedikit oleh 'orang-orang kerajaan'?Mampukah mencapai berTrillion ringgit?Nasib baik ada SPRM yang kebal dari campurtangan politik...Tahniah SPRM...Teruskan usaha anda semua...Kalau boleh tangkap dan cekup menteri-menteri sekali yang ada songlap duit kerajaan..Jangan takut rakyat tetap bersama anda.



PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.
“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.

Friday, April 1, 2011

Pelik tetapi benar:Raksasa Loch Ness muncul di Sydney?

Benar atau tidak saya tidak pasti .Raksasa ini memang lagenda di Scotland.Mungkinkah photoshop?Dengan teknologi semakin canggih,gambar begini yang pudar tak nampak dengan jelas ,kerap kali ditayangkan...tak kan x boleh zoom dekat skit.Aku dah banyak kali tengok gambar raksasa loch ness sebegini.Entah lah nak  percaya ke tak?Terpulanglah kepada pembaca.





SYDNEY - Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.
Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney.
Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.
Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu.
Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini.
Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland. - Agensi

Pelik tetapi benar:Hotel untuk ayam?

 
 
 
 
 
LONDON: Seorang lelaki Britain memperoleh pendapatan lumayan hasil daripada idea 'gilanya' membina sebuah hotel khusus untuk ayam.

David Roberts, 31, membuka hotel Avian Inn, yang ‘kalis musang’ dan lengkap dengan kemudahan bagi mereka yang mahu menempatkan ayam peliharaan ketika meninggalkan rumah.
 
“Ramai penduduk Britain menjadikan ayam sebagai haiwan peliharaan,” katanya yang mengenakan bayaran £2 (RM9.70) bagi seekor ayam untuk satu malam. – Agensi