BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Tuesday, October 11, 2011

Bajet2012:Wajarkah umur pesaraan dinaikkan ke umur 60 tahun?

Anda kakitanagan kerajaan?nak kerja sampai umur 60 tahun?Bagi aku umur 60 tahun itu terlalu lama...sempat ke nak rasa pencen tu...kalu dapat umur 56 tahun pencen pun lagi ok.Bukan malas tapi faham-faham la semakin kita berusia semakin kita kurang produktif terhadap kerja...bukan kita nak kuat selama-lamanya.Mungkin orang-orang berpangkat besar memang xnak pencen sebab duit masyuk....tambah-tambah kalu ada hutang banyak.Tapi kami orang bawahan ini dah cukup2 dengan kerja dan nak kumpul bekalan akhirat pulak...kerja makin lama makin banyak...masa tua nilah masa nak kumpul pahala beribadat dan bersedia ke kehidupan seterusnya.Bagi la peluang kat anak muda nak kerja pulak dalam sektor kerajaan..kalu iya  pun  nak laksanakan bagi opsyen kepada kepada penjawat awam,siapa nak bersara wajib umur 56,58 dan 60 tahun boleh wat pilihan.Jangan paksa semuanya nak bersara 60 tahun terutamanya yang baru masuk kerja..Baca artikel di bawah tentang kesihatan rakyat Malaysia.


Bekerja sampai  60 tahun?mampukah aku jadi sekuat pakcik ini bila dah tua ?


KLANG: Tidak bersenam, bersenam dengan cara salah, stres, minuman keras dan merokok antara faktor utama dikenal pasti sebagai punca penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya penyakit jantung yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, hampir 12,000 kematian akibat penyakit jantung dicatatkan di seluruh negara tahun lepas.


Beliau berkata kajian kementerian menunjukkan satu daripada setiap dua penduduk dewasa di Malaysia menghidapi hipertensi manakala setiap satu daripada lapan dewasa menghidapi diabetes.

"Semakin ramai rakyat mati lebih awal (pramatang) akibat penyakit NCD. Berdasarkan rekod, trend masyarakat kini meninggal sebelum umur 60 tahun akibat gaya hidup tidak sihat serta mengabaikan kesihatan.



Secara purata hanya kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia yang melakukan senaman. Selebihnya tidak bersenam atau bersenam dengan cara salah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Selangor 2011 di sini, hari ini. - Bernama

Wednesday, October 5, 2011

Dr Afifi al-Akiti:Ilmuan Islam melayu yang gemilang

Alhamdullilah..Akhirnya Terjumpa Ikon Ilmuan Islam yang Gemilang kini iaitu Dr Afifi al-Akiti.Mesti ramai yang tidak  mengenalinya jika dibanding nama-nama artis tanah air...Pencapaiannya melampaui sempadan malah yang terhebat dalam Bidang Ilmu...Subhanallah...Beliau membawa Imej Malaysia,bangsa dan agama keperingkat antarabangsa..
 






Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[1][2] - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[3] dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[4] dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.[5]

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.[6][7]

Dr al-Akiti, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[8]

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[9]

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah

P/s:Aku berdoa agar ada anakku mengikuti jejak langkah ilmuan Islam ini..Amin

Tuesday, October 4, 2011

Garra Rufa Spa:Rawatan gigitan ikan kecil boleh jejas kesihatan?

Pernah cuba rawatan spa menggunakan  gigitan ikan-ikan kecil?nampak menarik kan?Namun percaya atau tidak rawatan gigitan ikan kecil  yang bernama Garra Rufa di spa boleh menjejaskan kesihatan menurut pakar perubatan.Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. 

Rawatan gigitan ikan kecil di spa jejas kesihatan


2011/10/0

ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.
Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.
Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi
 
P/s:Tak pernah cuba...Ada terfikir nak cuba dulu...Namun dah kuar artikel mcm ni xjadilah nk cuba...

Saturday, October 1, 2011

Filem Melayu tiada kualiti,rosakkan minda melayu

Banyak sangat akhir-akhir ini,filem-filem melayu yang memaparkan kisah hantu,cinta,gengster dan rempit yang dikhuatiri akan merosakkan minda golongan melayu kini.Apa yang lebih membimbangkan ia akan merosakkan minda kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan filem-filem sebegini.Filem-filem melayu kini dilihat tiada manfaat kepada pembangunan minda dan masyarakat,cumalah hiburan semata-mata.Inilah trend filem melayu kini,hanya cukup memberi hiburan dalam panggung sahaja,dan dilupai sesusah keluar daripada panggung tanpa unsur-unsur murni dan pembangunan minda yang perlu ditanam dalam jiwa anak muda khususnya.
filem hantu bonceng
lambakan filem hantu,cinta dan masalah sosial dikhuatiri merosakkan minda melayu,tiada unsur pembangunan minda hanyalah hiburan semata-mata.
Filem-filem melayu terlalu berada di 'comfort zon' dan mementingkan keuntungan semata-mata.Hanya pilih skrip cerita yang mudah seperti cinta boleh kaut untung sampai juta-juta.Modal dari segi teknologi langsung tidak ada.Cukuplah beberapa rumah,kenderaan,makanan dan pelakon-pelakon popular untuk melengkapkan pembuatan filem tersebut.Jika dilihat filem berkaitan dengan mat rempit,cukuplah beberapa biji motor dibuat sebagai modal,dah jadi sebuah filem.Buat lawak sikit-sikit dan guna perkataan yang boleh mencetuskan kontroversi sebagai pelaris supaya filem itu nampak menarik dan panas.
Malaysia kekurangan penerbit filem dan  pengarah filem yang boleh menghasilkan filem 'outside the box'.Jika seorang buat filem hantu dan kaut untung juta-juta,akan keluarlah filem-filem hantu seterusnya sehingga jadi lambakan filem hantu yang macam-macam rupa tetapi jalan ceritanya hampir sama.Jika seorang buat cerita pasal rempit,keluarlah pelbagai filem rempit pelbagai versi yang ada yang sampai terlalu ekstrim dan keterlaluan sehingga boleh merosakkan minda golongan muda.Apabila seorang pelakon meletup dan boleh buat filem itu 'box office',maka filem-filem lain pasti akan mengambil pelakon tersebut lagi.Filem melayu hanya berkisar keuntungan semata-mata, dan tiada sumbangan untuk pembangunan minda masyarakat kini.
Filem  seperti 'Merong Mahawangsa' sepatutnya dijadikan 'bench mark' kepada filem-filem melayu yang lain.Aspek penggunaan teknologi dan grafik yang canggih boleh memberi  sesuatu 'outside the box' yang perlu dicuba oleh penerbit filem tempatan dan sepatutnya dijadikan persaingan supaya wujud peningkatan dalam mutu dan kualiti sesebuah filem.Filem melayu perlukan jalan cerita yang boleh membawa penonton berfikir lebih dari kebiasaan dan memerlukan teknologi yang melangkaui zaman.
Sudah tiba masanya penerbit dan pengarah filem tempatan keluar dari kepompong.Sudah-sudahlah dengan filem-filem lawak dan seram sebagai modal.Gantikan hero lawak macam  'cicakman' dengan hero yang lebih serius dan hebat seperti 'hero Merong mahawangsa'.Itulah perumpamaan tranformasi filem melayu yang perlu dilakukan supaya dapat membangunkan minda masyarakat Malaysia dan seterusnya gah di mata dunia.

Friday, September 30, 2011

KPI Pendidikan:Cikgu dan Pentadbir sekolah Tertekan

Kes Pentadbir sekolah menyorokan  pelajar  supaya tidak mengambil UPSR telah dihebahkan oleh media massa baru-baru ini.Pastinya orang ramai mengutuk keras tindakan guru besar mengambil tindakan tidak bertanggungjawab ini.Namun adakah kita mengenalpasti mengapa guru besar mengambil tindakan tersebut?




Pelajar autisme-lembam perlu diambil perhatian oleh KPM supaya pentaksiran yang dijalankan bersifat adil kepada mereka-gambar hiasan


Sebenarnya pihak pentadbiran sekolah  dan cikgu-cikgu tertekan dengan KPI pendidikan yang dijalankan oleh kementerian pendidikan.KPI pendidikan ini seolah-olah mengambil kira semua manusia adalah sempurna dan tidak bermasalah.KPI pendidikan ini akan menilai prestasi akademik pelajar sekolah secara purata yang selalunya  akan merujuk kepada Gred Purata Sekolah(GPS).Bagi sekolah kluster dan sekolah-sekolah kawalan memang tiada masalah untuk mencapai GPS yang baik kerana semua para pelajarnya memang sudah dipilih dan ditapis dari kemampuannya mencapai prestasi akademik yang cemerlang.Namun adakah sistem ini adil  dilaksanakan  kepada sekolah menengah harian yang ramai rata-ratanya mempunyai para pelajar yang bermasalah pelajaran dan mempunyai prestasi akademik yang rendah?

Jika KPI pendidikan terus dilaksanakan tanpa pembaharuan ,memang Ranking Sekolah Menengah Harian akan berada di kedudukan terbawah selama-lamanya.Ini yang membuatkan pihak dan pentadbir sekolah berasa amat tertekan kerana sekolah mesti mempunyai semua pelajar yang mampu mencapai prestasi akademik yang baik tapi hakikatnya tidak.Cuba bayangkan jika ada 5-10 pelajar lembam yang tidak mampu menulis,membaca dan mengira sudah tentu GPS akan jatuh sedangkan guru-guru sudah bermati-matian membuat yang terbaik agar prestasi sekolah berada pada tahap yang cemerlang.

Sudah tiba Kementerian Pelajaran Malaysia 'kotor tangan' untuk mengkaji keupayaan KPI yang ingin dilaksanakan supaya memberi keadilan kepada semua sekolah khasnya.Usahlah KPM ingin yang" baik-baik sahaja" namun 'yang buruk' diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah bulat-bulat.Jika KPM berhasrat untuk membuat penilaian tepat terhadap Prestasi Akademik pelajar biarlah ia bersifat "kemanusiaan" dan bukannya robot yang boleh diprogramkan.KPM boleh pandang ke atas namun perlu juga pandang kebawah supaya tidak memijak golongan bawah semata-mata ingin mendaki ke puncak.

Hakikat manusia bukan semuanya sempurna,suatu pentaksiran yang sesuai perlulah dilaksanakan kepada golongan pelajar yang normal dari segi fizikal namun mempunyai masalah mendalami pelajaran  supaya ia adil bagi mereka dan pihak sekolah dalam masa yang sama.Laporan NUTP  menunjukkan sejumlah 3000 pelajar sekolah rendah dikenalpasti mempunyai masalah ini di seluruh negara.Sudah tiba KPI pendidikan "dimanusiakan" supaya melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan para pelajar dalam mencapai matlamat yang diinginkan.

P/s:Kalau KPI sekolah merosot atau tidak menunjukkan peningkatan,pengetua atau guru besar kena pergi kursus kat putrajaya khabarnya supaya prestasi sekolah meningkat.Pening kepala guru besar tersebut...KPI oh KPI....

3,000 murid tidak mampu belajar



MOHD. FAZLI (tengah) merupakan antara murid sekolah rendah di Baling yang dihalang daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.
Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.
Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi Kosmo! semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan.
"Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR.
"Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya

Saturday, September 24, 2011

pelik tetapi benar:Makin ramai suami didera isteri

Makin ramai suami didera isteri

 
 
 
 
 
Oleh NURUL HUSNA MAHMUD dan IRENE SURAYA KAMARUDIN
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.
Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.

“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.


Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.

Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.

Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir).

“Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim.

“Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.

P/s:Nak tergelak baca artikel ini...Ganas jugak pompuan masa kini..Silap-silap suami boleh masuk ICU..macam2 benda pelik berlaku sekarang..Adakah lelaki lembut dah terlampau banyak di pasaran sampai kena dera ni?

Friday, September 9, 2011

Topup @ Talian Prabayar Akan Kena cukai

Talian Pra-Bayar dah kena cukai...Maksudnya Topup RM10 dan Jadi RM10.60.RM0.60 masuk poket kerajaan(cukai).Kalau 1000000 orang sekali topup RM600000 masuk kerajaan.Memang genius kan Kerajaan dalam nak songlap duit rakyat.Kalu sebelum ini siapa yang pakai line sahaja yang kena cukai perkhidmatan sekarang duit orang yang pakai topup pun akan dibantainya sekali.

Mari kita lihat semula kehidupan seseorang rakyat Malaysia sekarang.Makan KFC @ MCD kena cukai,pakai astro dekat rumah kena cukai,pakai telefon kena cukai,naik kapal terbang kena cukai mcm2 cukailah.tak masuk bayaran tol lagi.punah2..Kalau macam ini jadi orang asli dalam hutan lagi baik...semua terselamat tak kena bayar.Tapi hutan pun mereka dah tebang buat balak.

Inikah kerajaan yang sedia ada...Kalau asyik pau 'duit rakyat" je,apa baiknya kerajaan ini.Aku rasa memang
dah nak berlaku peralihan kuasa kepada kerajaan baru masa PRU-13 ni.Tapi aku tak tahu kenapa kerajaan ambil langkah yang tidak popular ini.Terang-terang buat rakyat marah...

Mungkin rakyat Malaysia jenis mudah 'dipau'...pau pun bukan nak marah dan bersuara..lain kali beli seluar dalam pun kena cukai jugak...Aku tak sanggup tunggu saat itu..

P/s:Kepada anggota kerajaan yang baca entry aku ni, jangan marahlah sebab anda yang mula dahulu bangkitkan kami rakyat Malaysia. 

 

Cukai talian prabayar 6 peratus
Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/09/09

Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya