BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, March 5, 2011

Hanya untuk wanita:Tips mencari suami yang berkualiti

                                
Di zaman sekarang semua orang mempercakapkan tentang soal cinta dan soal hati.Cinta melebihi segala-galanya.Cinta tiada logika.Tanpa perlu memikirkan sifat dan latar belakang pasangannya.Itulah kemanisan sebelum perkahwinan,segala-galanya indah belaka.
Bagi wanita,adakah jika seorang lelaki yang melamar dengan menyatakan hasrat cinta,anda akan menerimanya?Adakah anda melihat rupa,penampilannya dan keromantisannya sahaja?Adakah anda akan terbuai dengan kata-kata dan janji manis lelaki dan menyerahkan segala-galanya..
TIDAK...TIDAK..KATAKAN TIDAK...Bercinta itu yang sebenarnya-benarnya bukan kerana nafsu semata-mata.Jika anda bercinta kerana nafsu ,selepas berkahwin anda akan mendapat keperluan nafsu semata-mata...Sebab itu ramai wanita yang menjadi mangsa lelaki selepas perkahwinan disebabkan NAWAITU anda sebelum perkahwinan.Maka anda tidak mendapat keperluan lain iaitu kasih sayang dan keperluan zahir dan batin.Lebih malang,ada wanita yang berkahwin dengan pengganggur,penagih dadah,kaki pukul,dayus,tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi.
Wanita perlu BIJAK menilai pasangan sebelum berkahwin.Bukan bererti memilih ciri-ciri yang PERFECT kerana setiap manusia mesti ada kekurangannya.Namun pilihlah yang mempunyai ciri-ciri yang tersirat kerana yang tersirat itu lebih baik daripada yang tersurat.Jangan jadi Hamba Cinta kerana hamba kepada cinta akan membuatkan hidup akan musnah di kemudian hari.Sebaik-baiknya minta pertolongan orang tua jika ingin mencari jodoh.Ibubapa mana yang ingin merosakkan kehidupan anaknya...Fikir-fikirkanlah...
                 
Pada zaman di mana wanita melebihi lelaki, bukan mudah untuk mencari suami berkualiti. Namun, jika berpeluang membuat pilihan, berikut adalah ciri-ciri suami berkualiti yang mampu membahagiakan anda di dunia dan akhirat:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian sopan. Sifat ini boleh dilihat, terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberi dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira ketika bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Bagaimanapun, hakikatnya ciri-ciri berkenaan pasti sukar dicari dalam dunia akhir zaman. Namun, sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan panduan bagi anda mencari calon suami.

Nasihat penulis, buat ‘check list’ (semakan) berdasarkan 10 ciri berkenaan, berapakah ciri yang ada pada teman lelaki anda?

Jika ‘markahnya’ kurang daripada lima, maknanya dia bukan calon suami yang sesuai. Daripada anda berterusan ‘makan hati’ dan ‘menjeruk rasa’ berundurlah secara baik,Jadilah wanita BIJAK menggunakan akal dan elakkan menjadi HAMBA CINTA PALSU.
         

Friday, March 4, 2011

Lingkaran cahaya unik di kaki Gunung Everest

KATHMANDU, Nepal - Seorang jurugambar Ukraine, Anton Jankovoy merakamkan fenomena lingkaran cahaya bintang di kaki puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, lapor sebuah akhbar semalam.
Lingkaran cahaya bintang merupakan gelombang cahaya yang mengandungi pelbagai sebatian kimia termasuk helium dan hidrogen.
Jankovoy yang berusia 23 tahun berkata, dia berkhemah selama tiga bulan di kaki gunung tersebut sambil menunggu cuaca yang sesuai sebelum dapat merakam fenomena alam menakjubkan itu.
"Kita perlu banyak bersabar untuk merakamkan gambar lingkaran cahaya bintang kerana imejnya memerlukan pengatup kamera dibuka agak lama," kata Jankovoy. - Agensi

Wednesday, March 2, 2011

Dunia bakal diserang?lagi UFO dijumpai

UFO berlegar di bandar Brazil


SAO PAOLO - Seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil lapor laman Fox News kelmarin.
Laman itu memetik laporan stesen televisyen G1 di Brazil yang menyiarkan rakaman UFO tersebut yang berlegar dalam ketinggian yang rendah.
Namun, UFO itu hilang buat seketika di celah awan sebelum satu cahaya yang terang muncul dan hilang di tepi awan.
Dua bebola cahaya misteri kemudian muncul dan ia bergerak turun ke kawasan belukar.
Kemunculan dua bebola cahaya misteri itu hampir sama dengan satu cahaya yang berlegar-legar di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Januari lalu.
Imej UFO itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Monday, February 28, 2011

Pelik:Pokok Petai Menangis

PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.
Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.

“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.

“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.

“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Saturday, February 26, 2011

Antara loghat Utara Dan Kelantan,Yang Manakah Paling Releven?


                          

Di antara loghat utara yang kelantan yang mana lebih relevan?Tentulah loghat utara sebab aku orang utara...hehe..Namun aku harus bersikap adil kerana aku orang Malaysia..Mari kita ikuti penemuan aku tentang kelogikan loghat-loghat ini berdasarkan situasi situasi ini.

Situasi 1

Si Leman dan Si Ali dibesarkan oleh kedua-dua neneknya secara berasingan dari sejak kecik lagi.Si Leman dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya yang berasal dari Kedah manakala Si Ali dibesarkan oleh nenek di sebelah ayahnya di kelantan.

Setelah berusia 13 tahun kedua-duanya dijaga semula oleh ayah dan ibu meraka semula di KL.Namun loghat kedua-dua anak itu masih tidak berubah.
Nak dijadikan cerita,suatu hari satu keluarga itu balik kampung untuk bertemu nenek sebelah ibu mereka.

Setelah tiba di kampung halaman,mereka mendapati nenek tidak ada di rumah.Lalu ayah dan ibu menyuruh Leman pergi mencari di Kebun dan Ali mencari di sawah padi.Dengan taat kedua-dua mereka pun menjalankan tugas.

Setelah 10 minit kemudian,Kedua-dua pun memberitahu ayah dan ibu mereka.

kata Ali. "Ali doh gi sawoh . gi gi nenek takdo...
kata Leman"Leman dah pi kebun.Pi pi nenek takdak...

Sorang kata gigi takda sorang kata pipi takda..Yang mana lebih releven gigi takada ke atau pipi tak ada?Ada sendiri yang fikir..hehe

Situasi 2.

Sepasang suami isteri baru berkahwin..Isteri berasal dari Kelantan manakala si suami berasal dari Pulau Pinang.Kedua-duanya baru 3 bulan menjalani kehidupan berumahtangga.

Pada suatu pagi,suami bangun lewat dan ingin bersarapan.

si suami: "Sayang,abang lapar.."
Si Isteri: "abang Gi la makan"

si suami tersentak dengan kata-kata isterinya.

Pada petang itu si suami ingin keluar memancing dan mengajak isterinya bersama-sama.

Si suami : "sayang,Jom keluar memancing"
Si Isteri: "Abang gi la mancing,sayang tak nak"

Si suami tersentak lagi tetapi masih memendam rasa.Dengan perasaan kecil hati dia pun keluar memancing.

Si suami balik sebelum magrib.Selepas waktu isyak,si suami mengajak si isteri menonton TV

Si suami : "sayang jom tengok TV"

dan anda mesti tahu apa yang isteri akan cakapkan ye..hehe

Si Isteri: Abang gi la tengok TV, sayang ada kerja ni"

Kali ini si suami tidak tahan lagi dan menjerkah kepada isterinya

"sayang ini, asyik kata abang gila-gila je dari tadi..Apahal?"

Secara kesimpulannya bahasa kelatan pun tak releven jugak...jangan marah!!!!

Pelik:Aiskrim berperisa susu manusia mula dijual

          

Macam-macam: Ais krim susu ibu mula dijual LONDON: Ais krim berperisa susu manusia mula dijual di sebuah restoran baru di London.

Dengan harga £14 (RM70) yang dipanggil Baby Gaga, ia boleh didapati di restoran Icereamists di Covent Garden.

Susu manusia dari penderma berkenaan diadun dengan perisa vanila Madagascar dan kulit lemon berkenaan kemudian dijadikan ais krim.
Pengasasnya, Matt O’Connor berkata: “Baby Gaga ini amat berkrim. Tiada siapa yang melakukan sesuatu yang menarik dengan ais krim sejak 100 tahun lalu.” – Agensi

Friday, February 25, 2011

Pelik: kucing boleh tunjuk tanda 'BesT'

Ibu jari kaki kucing beri tanda bagus

SATU rakaman klipvideo di laman YouTube menunjukkan seekor kucing bernama Jimmy yang memberikan isyarat bagus dengan menggunakan ibu jari kakinya.

--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Satu klip video di laman YouTube menunjukkan seekor kucing memberikan isyarat bagus menerusi ibu jari kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam klip itu, terdapat seorang wanita yang bercakap dengan menggunakan loghat British meminta haiwan tersebut memberikan isyarat bagus.

Satu maklumat mengenai klip video itu di laman tersebut menyatakan bahawa kucing tersebut bernama Jimmy dan ia merupakan haiwan yang amat bijak walaupun boleh dianggap pemalas. - Agensi