Tuesday, July 17, 2012
Monday, April 30, 2012
TAHNIAH TERENGGANU:USAHA BASMI PONTENG SEKOLAH

Kes ponteng sekolah sudah menjadi isu serius dalam pendidikan.Tranformasi pendidikan akan menjadi 'Transformer' jika tindakan tegas dan prihatin tidak diambil dengan segera.
Syabas diucapkan kepada kerajaan Terengganu atas usaha memerangi gejala ponteng sekolah.Kerjasama yang erat yang ditunjukkan oleh PPD,RELA,AADK,POLIS DAN JHEAT perlulah dicontohi oleh negeri-negeri lain.Usaha ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali terutamanya di cybercafe,pasaraya dan tempat-tempat awam bagi membasmi pelajar ponteng berpakaian sekolah yang berpelesaran di tempat-tempat awam.Gejala ponteng melibatkan pelajat-pelajar Sekolah Menengah Harian amatlah serius sehingga ia akan menjadi suatu isu yang besar apabila dilaporkan.
BEKERJA BAWAH UMUR DAN SISTEM KETIDAKHADIRAN DIDOMINASI PELAJAR
Adakah para pelajar bawah umur yang bekerja juga harus ditangkap?Di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,ramai para pelajar khususnya Tingkatan 3, 4 dan 5 sanggup ponteng sekolah untuk bekerja mencari wang saku.Para pelajar ini akan ponteng sekolah apabila peperiksaan PMR dan peperiksaan akhir telah tamat.Jumlah hari ponteng boleh mencapai hingga lebih daripada sebulan.Akan tetapi
tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah dengan sistem ponteng sekolah yang ada yang memperuntukkan dua bulan ketidakhadiran baru boleh dibuang sekolah.Namun,apabila cukup dua bulan pun,menjadi masalah kepada sekolah untuk membuang pelajar daripada sekolah kerana jumlah pelajar yang ramai .Ini kerana ada dikalangan para pelajar 'berpakat ramai-ramai untuk tidak hadir ke sekolah untuk bekerja.Mereka mendominasi sistem amaran ketidakhadiran ke sekolah.Ada perlunya sistem sedia ada dikaji semula bagi membendung gejala ponteng sekolah.Pihak JPN dan KPM jangan Cakap sahaja,tetapi perlu cari jalan mengkaji sistem amaran ketidakhadiran sedia ada dan perlu relevan daripada didominasi oleh pelajar masa sekarang yang semakin cerdik memanipulasi keadaan.
"'kerja ada luit,sekolah xda luit'.Itulah ayat yang diberitahu kepada aku selaku guru kelas.Nak beli motor dan handphone bila naik form 4 nanti.Sekolah ni belakang kiralah.Mak bapa pun sokong dan tak ambik kisah.Kita cikgu ni sapalah pada mereka.".Nak tranformasi pendidikan kepala hotak apa macam ni kalu budaya dan mentaliti masyarakat teruk macam ni . Takada peruntukan yang tegas seperti Akta sekolah yang melarang pelajar bekerja pada waktu sekolah dan boleh dikenakan khidmat masyarakat dan kompoun kepada ibubapa.Jangan buang sekolah kerana cara itu sudah lama tidak berkesan dan tindakan akhir yang perlu diambil jika pelajar tidak berubah.
Jika usaha berterusan dan agresif diambil oleh agensi luar sekolah tentunya pelajar akan takut ponteng sekolah.Maklumat dari register sekolah perlulah dihantar ke PPD setiap bulan bagi mengesyaki pelajar-pelajar yang ponteng.Seterusnya mengambil tindakan ke pintu rumah.'Masyarakat Ambil Berat' perlu dilaksanakan dalam sesuatu komuniti bukan mengharapkan guru-guru sahaja.
BAWA KE PARLIMEN: DENDA KHIDMAT MASYARAKAT DAN KOMPOUN KEPADA IBUBAPA.
Apa tindakan wajar yang harus dikenakan kepada pelajar ponteng sekolah?Saya sarankan kerja-kerja khidmat masyarakat perlu dikenakan bagi memberi keinsafan kepada remaja-remaja ini.Ini dapat memberikan teguran kepada mereka tentang keburukan ponteng sekolah.Cadangan kedua,kompoun kepada ibubapa jika anak-anak mereka ditangkap.Ini dapat melatih ibubapa yang kurang prihatin terhadap anak-anak.Ibu bapa perlu 'menjemput' anak-anak yang ditangkap di balai polis dan dikenakan kompoun sebanyak RM100 kali pertama,RM200 kali kedua, dan nilai dendaan semakin meningkat setiap kali anak-anak ditangkap.Dengan ini ibubapa akan lebih 'alert' dengan tindaktanduk anak-anak mereka.Cadangan ini seharusnya dibentangkan di PARLIMEN bagi menangani masalah ponteng sekolah.
Syabas TERENGGANU.Patutlah tiap-tiap tahun pulun UPSR,PMR dan SPM terbaik dalam negara.Masyarakat TERENGGANU amat prihatin terhadap generasi muda-mudinya.Semoga usaha ini dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain.
P/s:Teringat sewaktu B1murid dahulu,yang tidak pernah datang sekolah langsung pun datang ambil duit dengan ibubapa sekali pada hari itu.Nyata dengan duit sahaja boleh mendidik masyarakat.Denda duit dan khidmat masyarakat pasti mampu mendidik mengubah budaya dan mentaliti mereka.
TAHNIAH TERENGGANU!!!
KUALA TERENGGANU - Seramai 63 pelajar diberkas dalam operasi gerak gempur basmi pelajar ponteng sekolah peringkat negeri Terengganu yang dilancarkan semalam. Operasi yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 12 tengah hari itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata, kesemua pelajar yang ditahan diberikan sesi kaunseling sebagai peringatan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing. "Kita telah memberi mandat kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar terlibat sama ada dikenakan tindakan tatatertib ataupun digantung persekolahan bagi menyedarkan pelajar terlibat," katanya selepas tamat operasi tersebut di sini semalam.
Posted by fandi at 7:19 PM 1 comments
Wednesday, April 11, 2012
Amaran Tsunami:Gempa di Acheh 2012 cecah 8.9 Richter
Memang terkejut kami sekeluarga yang sedang menonton televisyen apabila merasai gegaran kecil ,cukup membuat kami terumbang- ambing.Barulah nak ingat Allah, lalu mengerjakan sembahyang Asar setelah azan Asar telah berkemundang seketika lalu.Bila tunggu berita barulah disahkan ada berlaku gempa bumi di berdekatan Acheh berskala 8.9 skala richter.Semoga Allah lindungi umat-umat Islam dari bala bencana terutamanya tsunami yang pernah berlaku dahulu.
Kita rakyat Malaysia hanya merasai gegaran sahaja.Namun beginilah gambar-gambar situasi di Pulau Pinang selepas berlaku kejadian tersebut yang boleh saya kongsikan.Ada yang di ambil dari Facebook kawan-kawan yang berada di tempat kejadian.

Gambar diambil di pantai Batu Feringgi selepas kejadian gegaran berlaku.Air laut surut-sesurut...

Keadaan sekitar Queenbay Mall..Panik!!!!

Keadaan sekitar KOMTAR

pusat gempa bumi yang menyebabkan gegaran 8.9 out of 10 richter

Tsunami diramalkan boleh melanda 28 negara..
Amaran Tsunami dan langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan.Banyakkan berdoa supaya kita dan umat Islam di Acheh di Lindungi Allah daripada bala bencana yang bakal menimpa.Ambil kesempatan ini juga untuk insaf dan bertaubat.Allah boleh turunkan bencana tanpa kita ketahui dan sedar kedatangannya.Jangan sampai kita sudah terlewat untuk bertaubat.
Posted by fandi at 7:08 AM 0 comments
Saturday, March 17, 2012
IKTIBAR:Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah

Haram menjadi 'Pak Sanggup' kepada wanita hamil ank luar nikah.Kesannya kepada anak,keluarga dan'pak sanggup' itu sendiri.Jangan undang kesusahan di kemudian hari.
KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.
Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.
Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).
Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.
“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.
Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.
“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.
Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.
p/s:Berfikir sebelum bertindak.Jangan tanggung dosa orang lain.Hidup ikut peraturan agama..Baru hidup senang dan selamat di dunia dan di akhirat
Posted by fandi at 6:59 PM 1 comments
Saturday, February 11, 2012
KFC i-CITY: KERANA AYAM MANUSIA BERGADUH?


2)Si pelanggan adalah mangsa keadaan.Namun si pelanggan sepatutnya tidak meninggikan suara kepada pekerja KFC.Ingat kerana mulut badan binasa.Kerana ayam takkan nak dapat lebam-lebam di muka.Tegur dengan cara baik sebab pekerja itu juga seorang manusia atau 'angkat kaki' tinggalkan KFC yang pengurusannya lemah ini menuju ke restoran makanan segera yang lain atau kedai-kedai makan yang lain.Kedai makanan berlambak-lambak kat i-city.Tak makan ayam KFC pun boleh hiduplah.
3)Si pekerja adalah insan yang bersalah dalam kejadian ini.Sebagai pekerja 'Customer always right'.Memang salah memarahi pelanggan apatah lagi menyerangnya.Sepatutnya ia ditangani dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.Sepatutnya pihak KFC i-CITY memohon maaf dan berjanji keadaan ini tidak akan berulang lain.Bekerja biar profesional lah,ayam habis bagitau pelanggan lebih awal supaya pelanggan tidak tertunggu-tunggu.


Posted by fandi at 4:48 PM 0 comments
Thursday, February 9, 2012
Masih adakah yang menghargai sekolah?



Posted by fandi at 5:21 AM 0 comments
Sukan 'Fovourite' Malaysia Bakal Merudum Menjelang 2015


Posted by fandi at 3:11 AM 0 comments





