Tuesday, May 31, 2011
Salamun Zakrun:Muhammad Farish Zuhayr
Hari keempat hari tu naik sampai 260...kenalah masuk hospital Kepala Batas 2 hari..then dah turun 190..Tinggal kt rumah esoknya pergi check naik 200...hari ini 209..memang berulanglah pagi2 aku and mak mentua aku ke Klinik Sg Dua..Namun demikian Alhamdullilah tidak naik mendadak seperti sebelumnya...
Kata nurse,biasalah penyakit bayi baru lahir semua kena....aku kena redha dan banyakkan berdoa..
Barulah aku sedar menjadi seorang ayah bukanlah mudah dan banyak pemgorbanan dan masa diperlukan...Untuk anak kecilku yang comel,aku akan lakukan yang terbaik dan Insyaallah aku akan cuba menjadi ayah yang terbaik...Walaupun sukar namun aku bulatkan tekad dan keazaman untuk terus berjuang menjaga dan memberikan segalanya demi untuk masa depan anakku..
Ya Allah,sembuhkanlah penyakit yang dihadapi oleh anakku dan berikanlah kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat untuknya , jadikanlah dia sebagai seorang yang beriman &berilmu pengetahuan tinggi di masa hadapan..Jadikanlah dia seorang yang menghormati ibu dan bapanya..Amin
Posted by fandi at 3:10 AM 2 comments
Monday, May 16, 2011
Taman Rama-Rama Pulau Pinang
Baru-baru ni kelab Fotografi Media di bawah jagaan aku 'outing' pergi ke Taman Rama-rama untuk suatu pertandingan foto shot anjuran kelab.Memang Taman Rama-rama tempat yang cantik,indah dan menarik.Sesuai untuk shoot gambar-gambar permandangan dan objek yang menarik especially rama-rama.
Bagi photographer,tempat ini bagaikan syurga...Memang suatu tempat yang tidak habis-habis kalau nak ambil gambar.Menarik dan indah sangat.Rugi sangat-sangat kalau tidak terjah sini buat shooting foto.
Bagi Famili,memang sesuai untuk bawa anak-anak melihat kebesaran Pencipta yang menjadikan alam yang sebegitu indah dan beraneka rupa.Sesuai untuk mengajar anak-anak tentang sains dan artistik.
Tiket bagi seorang dewasa RM18, seorang kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.Bagi lawatan sambil belajar dengan syarat lebih 20 orang dapat RM10 seorang dan bagi setiap 10 orang pelajar percuma satu tiket untuk guru.Kena tulis surat kebenaran dahulu kepada pihak Taman Rama-rama Pulau Pinang bagi yang nak buat lawatan sambil belajar.Untuk keterangan lanjut,sila hubungi pihak Tmn Rama-rama PP-048851253 atau sila layari butterfly-insect.com
Untuk cuci-cuci mata,Aku pastekan di sini ,gambar-gambar yang memenangi pertandingan fotografi Taman Rama-rama.
2nd prize-karthi- menarik & nampak kepelbagaian
3th prize-habil- cantik dan jelas
4th prize-Thevandran-rama-rama hinggap di atas bunga raya
Posted by fandi at 10:20 PM 0 comments
Saturday, May 14, 2011
Hari Guru:Media Massa tolong henti 'Dajjal' Guru
Media Massa tolong henti 'dajjal'kan guru-guru.Itulah permintaan saya kepada media massa.Mungkin ramai yang sering terbaca berita-berita di media massa tentang sesuatu yang tidak enak tentang guru...guru mer*g*l ,guru menc*b*l,guru menumbuk & memukul pelajar,guru ditangkap khalwat...Patutkah semua ini disebarkan ke seluruh masyarakat?Ya memang benar kejadian ini berlaku..memang tugas media massa untuk menyampaikan sesuatu berita yang berlaku..Akan tetapi pernahkah pihak media massa memikirkan impaknya kepada pandangan masyarakat kepada guru pada amnya?Tidakkah kes-kes terpencil seperti ini yang bukan melibatkan kesemua guru diperdagangkan keburukannya dari mulut ke mulut masyarakat terutamanya ibubapa.Tidakkah jatuh maruah barisan pendidik tanah air?
Pernahkah pihak media massa memikirkan kesan dari penyampaian berita negatif yang melibatkan guru boleh mengundang rasa tidak hormat dan percaya terhadap industri pendidikan?Tolonglah letak ke tepi cerita-cerita sensasi dan hangat sebagai modal cari makan.Fikirkanlah masa depan pendidikan negara.Jika ada guru tersebut ditangkap atau disabitkan kesalahan,biarlah mahkamah yang menjatuhkan hukuman dan biarlah berita tersebut sampai di situ sahaja.Jangan pihak media massa yang menjadi hakim menentukan salah atau benar tentang sesuatu berita itu dan menjadi 'batu api' pembangkit rasa tidak percaya terhadap dunia pendidikan.
Memang menjadi adat di dunia,bukan segalanya sempurna.Jangan jadikan kesalahan seorang dua daripada guru sebagai bahan memperlekehkan guru.Mengapa jika seseorang disyaki atau ditangkap atas sesuatu kesalahan perlu disebutkan pekerjaannya sekali.Mengapa tidak diistiharkan kesalahan itu atas namanya sendiri dan tanpa melibatkan sesuatu pekerjaan yang dilakukannya.Secara logika,Jika diistiharkan namanya,mungkin hanya keluarganya mendapat malu.Namun jika diistiharkan pekerjaannya, semua anggota pekerjaaan itu mendapat malu.Contohnya apa yang berlaku kepada guru-guru.
Ditambah lagi,jika berlaku kes-kes kemalangan dan sebarang kejadian tidak diingini di sekolah.Media massalah yang memperhanyatkan dan mengembar-gemburkan kejadian itu dan mencetuskan kebimbangan masyarakat.Ya,masyarakat perlu tahu tetapi jangan menyampai yang buruk sahaja..yang baik-baik di mana?
NUTP dan persatuan guru perlu peka dengan perkara ini.Suara NUTP dan persatuan guru-guru perlu lantang untuk menyekat penyalahgunaan penyampaian berita tanpa had dan sensitiviti.Saya cadangkan semua guru sehausnya menulis blog-blog pendidikan yang membela nasib guru-guru dan lantang menyuarakan pendapatan dan kritikan terhadap sebarang ancaman yang boleh menjatuhkan maruah dan ketidakpercayaan terhadap dunia pendidikan.Saya merasakan bilangan guru-guru memang cukup ramai dan dapat mengimbangi dominasi penyampaian berita oleh media massa sahaja.Guru sebagai golongan ilmuan selayaknya menonjolkan bakat mereka dalam bidang penulisan dan ICT.Jawatankuasa blog-blog guru perlu
ditubuhkan untuk mengumpulkan blogger-blogger guru yang aktif dan disatukan dalam unit blog guru & pendidikan.Saya percaya terdapat ramai guru-guru yang berbakat dalam penghasilan blog dan penyampaian maklumat.
Saya menyeru pihak media massa supaya memikirkan sensitiviti dan kesan buruk sesuatu berita negatif yang melibatkan dunia pendidikan.Saya percaya anda juga mempunyai anak,adik & keluarga belajar di sekolah.Fikirkan masa depan mereka jika dunia pendidikan diancam oleh berita-berita yang tidak enak didengari.Dapat berjalan lancarkah proses pendidikan mereka?Renung-renungkanlah.
Posted by fandi at 11:27 PM 0 comments
Hari guru:"Kembalikanlah adab berguru"
Adakah sambutan Hari Guru disambut dengan penuh penghayatan atau sekadar rutin tahunan?
Hari Guru bakal disambut 16 Mei ini.Akan tetapi berapa ramai yang sedar dan menghayati hari guru sedalam-dalamnya.Kini Hari Guru disambut sekadar rutin dalam kalendar tahunan.Masyarakat memandang sepi sambutan Hari Guru.Media massa lebih enak menyajikan berita-berita buruk tentang guru dari menyajikan sesuatu yang baik mengenai sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung tiba.Sambutan hari guru sudah tidak sehangat dahulu.Guru-guru bukan lagi idola kepada masyarakat.Guru umpama seperti pekerjaan biasa yang lain.Tiada apa yang istimewa tentang guru jika dibandingkan artis-artis terkenal di kaca televisyen.
Untungnya guru-guru di pedalaman.Teringat kisah kawan-kawan yang pernah mengajar di pedalaman.Tiba hari guru berangkut-angkut buah-buahan,ubi kayu dan makanan balik ke rumah mereka.Besar sungguh penghargaan orang asli terhadap guru-guru.Nampaknya orang yang dianggap lekeh,miskin dan jahil lebih menghargai pengorbanan dan susah payah guru menyampaikan ilmu.Tidak seperti di bandar,orang-orang nampak sahaja berilmu,berkereta besar,rumah besar tetapi tiada perasaan berterima kasih & menghargai pengorbanan guru-guru terhadap anak-anak mereka.Bukan hadiah yang diminta,cukuplah ucapan terima kasih kepada guru-guru yang bersusah payah mendidik anak-anak mereka.
Mentaliti masyarakat bandar terhadap guru sudah berubah selari dengan kesenangan dan kemewahan yang melimpah luah.Buat apa nak hormat dan sanjung guru,bukannya dapat apa-apa...Bukan dapat duit atau tender..Guru macam orang biasa juga,kerja makan gaji...guru bukan idola atau orang terkenal...Tidak nampak sumbangan berbentuk material kepada masyarakat.
Teringat suatu ketika semasa kecil,mak akan buat kenduri pulut kuning apabila saya khatam Al-Quran dan dihadiahkan kain pelikat dan baju kepada ustazah sebagai tanda kesyukuran.Berkatnya penghargaan itu saya dapat mengaji dengan baik sehingga ke hari ini.Jelas sekali ada adab yang diamalkan iaitu adab berguru dalam Islam.
Kemana hilangnya adab berguru di sekolah?Lihatlah bukan ibubapa sahaja tidak hormat kepada guru malah anak-anak mereka sekali.Sesungguhnya rugilah.Tiada keberkatan dalam menuntut ilmu..Jika anak-anak gagal salahkan guru ajar tidak betul...hantar tuisyen ,habis duit anak tetap tidak pandai...puncanya jika dikaji ,ilmu yang diamal tidak berkat.
Melalui pengalaman saya,jelas murid-murid yang menghormati guru, semakin berjaya dalam pelajarannya.Murid yang dahulunya kelas akhir bila naik tingkatan 3 sudah ada di Kelas No.1.Hormatnya kepada guru,tidak memaki guru,sentiasa membenarkan guru dan mendengar nasihat guru...itulah yang menjadi amalan mereka yang memudahkan mereka belajar dan mencapai kejayaan...ilmu mereka ada keberkatannya..
Keberkatan tidak dapat dilihat dengan mata.Akan tetapi ia dapat dilihat melalui kejayaan yang diperoleh oleh seseorang individu.Ada yang tekun berusaha atas diri sendiri,tetapi juga tidak berjaya..Bila selidiki kembali hubungan dengan guru renggang,buruk dan tidak sopan.Mari bertanya kembali apa rahsia kejayaan para pelajar dalam PMR dan SPM,jawapannya adalah mesti menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas dan menghormati guru...
Tidak hormat akan guru sudah menjadi budaya dan semakin merebak.Jadi apa maknanya sambutan Hari Guru jika tiada lagi adab berguru yang diamalkan oleh para pelajar sekarang..Hari Guru cumalah rutin tahunan yang disambut tanpa penghayatan dan tiada memberi makna yang mendalam.Apa yang diharapkan,semoga suatu hari nanti muncul kembali zaman kegemilangan ilmu,dimana adab berguru diamalkan dan dijadikan asas dalam menuntut ilmu..InsyaAllah
Posted by fandi at 7:41 PM 0 comments
Tuesday, May 10, 2011
Selamat Hari Ibu:Terbang ke Sarawak
tiket berharga RM50 seorang...Nak murah tempah awal ye...
Subhanallah...sungguh cantik pemandangan dari atas awan.semuanya kerdil dan dunia ni nampak luas.Ternyata Allah Maha Besar dan Maha Bijaksana.
7.25 p.m Tiba di Sarawak.Sudah gelap...kami makan malam di suatu restoran di lapangan Terbang Kuching.Takut nanti tak jumpa tempat makan kata aku..Harga amat mahal jika dibandingkan dengan makanan yang disediakan.Ibu merungut,katanya kuah nasi cuma kicap sahaja.tambah ayam..tak berbaloi satu hidangan Nasi Roasted Chicken dalam pot RM9.90 harganya.Namun,aku kata makan sahaja,tiada pilihan lain.kita di tempat yang asing...
8.00 p.m Kami menaiki teksi ke hotel Fata yang terletak di pusat bandaraya Kuching dengan menaiki Teksi.Bayar dahulu di kaunter teksi dalam airport.Kami difahamkan dari lapangan terbang ke pusat bandaraya harga tambangnya adalah RM26.Jika pemandu teksi minta bayaran lebih bermakna anda telah di perdaya.
9.00p.m Kami jalan ke Waterfront.Jalan cuma lebih kurang 500 meter dari Hotel Fata.Jadikan Bangunan Pelita(bangunan tinggi warna-warni) sebagai panduan.Belakang bangunan Pelita itu adalah berdekatan dengan Waterfront.(Anda perlu berjaga-jaga bila berjalan ke sana).Perjalanan kami Alhamdulillah selamat.
9.30 a.m Terus berjalan ke Waterfront.Waktu siang tiada apa-apa yang menarik di sepanjang Sungai Rajang ini.Cuma dapat menenangkan jiwa apabila melihat pemandangan indah semulajadi bagaikan taman di sini.Ada sikit orang berjaja itupun makanan & minuman.Mak aku kata rugi tak beli banyak-banyak rantai mutiara sebab siang memang tak ada orang berjaja macam waktu malam.
Sempat berposing depan perahu..kenangan wei...
Pengalaman naik perahu.terumbang ambing...terbalik naya jadi santapan Bujang Senang
kedai kek lapis paling popular di Sarawak...datang jangan tak datang....
10.30a.m. Naik Perahu balik ke waterfront semula.Pergi ke deretan kedai-kedai cenderamata di seberang jalan bertentangan dengan waterfront.Angkut lagi cenderamata.Macam-macam ada...Aku beli kain pelikat Gajah duduk Sarawak khas untuk ayah aku.Adik aku angkut baju,beg cap Sarawak dan macam-macam lagilah..memang pokai duit aku masa ni.hehe
Posted by fandi at 3:31 AM 2 comments