BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, May 31, 2011

Salamun Zakrun:Muhammad Farish Zuhayr

Pejam celik pejam celik dah masuk 10 hari usia anak sulungku Muhammad Farish Zuhayr..makin cerdik dan berat dah bertambah jadi 3.3 kg Namun,.kesian dia sebab demam kuning tak baik lagi...macam2 petua dah aku cuba,mandi daun kuchai & daun belimbing buluh,minum air sengkuang cina & susu kambing, still tak turun-turun bilirubin dalam badan dia....Kuning masih meningkat dan sehingga hari ini dah capai 209...

Hari keempat hari tu naik sampai 260...kenalah masuk hospital Kepala Batas 2 hari..then dah turun 190..Tinggal kt rumah esoknya pergi check naik 200...hari ini 209..memang berulanglah pagi2 aku and mak mentua aku ke Klinik Sg Dua..Namun demikian Alhamdullilah tidak naik mendadak seperti sebelumnya...
Kata nurse,biasalah penyakit bayi baru lahir semua kena....aku kena redha dan banyakkan berdoa..

Barulah aku sedar menjadi seorang ayah bukanlah mudah dan banyak pemgorbanan dan masa diperlukan...Untuk anak kecilku yang comel,aku akan lakukan yang terbaik dan Insyaallah aku akan cuba menjadi ayah yang terbaik...Walaupun sukar namun aku bulatkan tekad dan keazaman untuk terus berjuang menjaga dan memberikan segalanya demi untuk masa depan anakku..

Ya Allah,sembuhkanlah penyakit yang dihadapi oleh anakku dan berikanlah kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat untuknya  , jadikanlah dia sebagai seorang yang beriman &berilmu pengetahuan tinggi di masa hadapan..Jadikanlah dia seorang yang menghormati ibu dan bapanya..Amin

2 comments:

Busu Anor said...

salam, tahniah fandi.. huhu, moga baby n mak baby sihat .. anugerah yang tak ternilai kan fandi..didiklah dgn sebaiknya ye.. tahniah my fren :)

Lyana@Mely said...

tahniah fandi..comel btol baby..i loike...

cer try kasi titikkan js anggur hijau,...


ibunye jangan kasi makan jamu2 k...n kerap susukan baby...

(oh meh r try breastfeeding set shaklee..hahah)