BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, May 14, 2011

Hari guru:"Kembalikanlah adab berguru"


Adakah sambutan Hari Guru disambut dengan penuh penghayatan  atau sekadar rutin tahunan?

Hari Guru bakal disambut 16 Mei ini.Akan tetapi berapa ramai yang sedar dan menghayati hari guru sedalam-dalamnya.Kini Hari Guru disambut sekadar rutin dalam kalendar tahunan.Masyarakat memandang sepi sambutan Hari Guru.Media massa lebih enak menyajikan berita-berita buruk tentang guru dari menyajikan sesuatu yang baik mengenai sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung tiba.Sambutan hari guru sudah tidak sehangat dahulu.Guru-guru bukan lagi idola kepada masyarakat.Guru umpama seperti pekerjaan biasa yang lain.Tiada apa yang istimewa tentang guru jika dibandingkan artis-artis terkenal di kaca televisyen.

Untungnya guru-guru di pedalaman.Teringat kisah kawan-kawan yang pernah mengajar di pedalaman.Tiba hari guru berangkut-angkut buah-buahan,ubi kayu dan makanan balik ke rumah mereka.Besar sungguh penghargaan orang asli terhadap guru-guru.Nampaknya orang yang dianggap lekeh,miskin dan jahil lebih menghargai pengorbanan dan susah payah guru menyampaikan ilmu.Tidak seperti di bandar,orang-orang nampak sahaja berilmu,berkereta besar,rumah besar tetapi tiada perasaan berterima kasih & menghargai pengorbanan guru-guru terhadap anak-anak mereka.Bukan hadiah yang diminta,cukuplah ucapan terima kasih kepada guru-guru yang bersusah payah mendidik anak-anak mereka.

Mentaliti masyarakat bandar terhadap guru sudah berubah selari dengan kesenangan dan kemewahan yang melimpah luah.Buat apa nak hormat dan sanjung guru,bukannya dapat apa-apa...Bukan dapat duit atau tender..Guru macam orang biasa juga,kerja makan gaji...guru bukan idola atau orang terkenal...Tidak nampak sumbangan berbentuk material kepada masyarakat.

Teringat suatu ketika semasa kecil,mak akan buat kenduri pulut kuning apabila saya khatam Al-Quran dan dihadiahkan kain pelikat dan baju kepada ustazah sebagai tanda kesyukuran.Berkatnya penghargaan itu saya dapat mengaji dengan baik sehingga ke hari ini.Jelas sekali ada adab yang diamalkan iaitu adab berguru dalam Islam.

Kemana hilangnya adab berguru di sekolah?Lihatlah bukan ibubapa sahaja tidak hormat kepada guru malah anak-anak mereka sekali.Sesungguhnya rugilah.Tiada keberkatan dalam menuntut ilmu..Jika anak-anak gagal salahkan guru ajar tidak betul...hantar tuisyen ,habis duit anak tetap tidak pandai...puncanya jika dikaji ,ilmu yang diamal tidak berkat.

Melalui pengalaman saya,jelas murid-murid  yang menghormati guru, semakin berjaya dalam pelajarannya.Murid yang dahulunya kelas akhir bila naik tingkatan 3 sudah ada di Kelas No.1.Hormatnya kepada guru,tidak memaki guru,sentiasa membenarkan guru dan mendengar nasihat guru...itulah yang menjadi amalan mereka yang memudahkan mereka belajar dan mencapai kejayaan...ilmu mereka ada keberkatannya..

Keberkatan tidak dapat dilihat dengan mata.Akan tetapi ia dapat dilihat melalui kejayaan yang diperoleh oleh seseorang individu.Ada yang tekun berusaha atas diri sendiri,tetapi juga tidak berjaya..Bila selidiki kembali hubungan dengan guru renggang,buruk dan tidak sopan.Mari bertanya kembali apa rahsia kejayaan para pelajar dalam PMR dan SPM,jawapannya adalah mesti menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas dan menghormati guru...

Tidak hormat akan  guru sudah menjadi budaya dan semakin merebak.Jadi apa maknanya sambutan Hari Guru jika tiada lagi adab berguru yang diamalkan oleh para pelajar sekarang..Hari Guru cumalah rutin tahunan yang disambut tanpa penghayatan dan tiada memberi makna yang mendalam.Apa yang diharapkan,semoga suatu hari nanti muncul kembali zaman kegemilangan ilmu,dimana adab berguru diamalkan dan dijadikan asas dalam menuntut ilmu..InsyaAllah

0 comments: