BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, June 29, 2011

Motosikal terbang dah dicipta

Motosikal terbang pertama di dunia


CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Saturday, June 25, 2011

'Bir halal' haram diminum sehingga majlis fatwa sahkan




Isu' bir halal.'..haram atau halal sesuatu makanan dan minuman sangat sensitif bagi Umat Islam di Malaysia.Umat Islam Malaysia digesa tunggu keputusan dari Majlis Fatwa kebangsaan berkenaan isu ini.




Mengapa panggil 'bir'..mengapa tidak guna 'minuman buah-buahan' sahaja.Walaupun diyakinkan oleh pengusaha produk ini halal,namun sebagai orang Islam kita wajar menunggu keputusan daripada MFK.



Keputusan berkenaan isu 'bir halal' hanya akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim Mat Ali Sarbini.

Beliau berkata sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenainya, bir berkenaan itu adalah haram untuk diminum oleh umat Islam.

Beliau berkata pada masa ini sampel bir berkenaan masih berada di makmal-makmal universiti tempatan untuk dikaji perincian kandungannya termasuk alkohol.

"(Keputusan) belum (ada) lagi. Masih dalam peringkat penyelidikan. Oleh kerana makmal ini mempunyai giliran-gilirannya, jadi banyak benda-benda yang perlu diberikan keputusan yang menjadi perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha merasmikan mesyuarat agung Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kali ke-16 di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields hari ini.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lalu selepas akhbar melaporkan penjualan bir berkenaan di pasaran semakin popular di kalangan umat Islam di negeri Johor dan penjualannya dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Pada 29 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata umat Islam tidak dibenarkan meminum bir berkenaan kerana kandungan alkohol bir berkenaan sebanyak 0.5 peratus iaitu melebihi paras alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.01 peratus.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Mat Ali berkata pada bulan depan Jakim akan mengedarkan naskhah Al-Quran dalam bentuk Braille kepada Jabatan Agama Islam Negeri bagi diagihkan kepada sekolah-sekolah orang cacat penglihatan di negeri masing-masing.

Beliau turut berkata bantuan yang diberikan kepada orang cacat penglihatan bukan sahaja meliputi bantuan Al-Quran dalam bentuk Braille tetapi juga meliputi bantuan-bantuan lain termasuklah kewangan.

Pada majlis itu, Mat Ali menyerahkan dua naskhah Al-Quran Braille berharga RM500 sebuah sumbangan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) kepada dua anggota Pertis.

-bernama-

lucu:Guitar Baby!

baby baru setahun dah pandai main gitar...Benarkah?Sila beri komen...




Saturday, June 18, 2011

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Alhamdullilah,baru hari ini saya dapat baca dan mengetahui apa yang terdapat dalam kaabah,siapa pemegang kunci pintu kaabah dan keadaan dalam kaabah.Disini saya kongsikan untuk pembaca setia blog saya..Sama-samalah beramal semoga suatu hari nanti kita dipilih dapat menziarah dalam kaabah juga seperti Ustaz Haron Din.Insyaallah

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.


Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Gambar Dalam Kaabah

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.





Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

sumber:http://www.harakahdaily.my/pengalaman-ustaz-haron-din-masuk-dalam-kaabah

Friday, June 17, 2011

Selamat hari bapa:Besarnya pengorbanan seorang ayah

 
 
hai nama saya Muhammad Farish Zuhayr..comey x saya?
 
Alhamdullilah Muhammad Farish Zuhayr telah sembuh dari dari demam kuning yang dialaminya...Umurnya dah nak cecah sebulan.Beza juga dia apabila kuning dah hilang.Muhammad Farish nampak lebih comel pada pandangan ayah dan mama.Bersyukur kepada Allah, dalam masa sebulan ini kami sekeluarga(ayah,mak &adik, mak mentua & adik-adik isteri) bertungkus lumus & berganding bahu dalam memastikan bayi kami ini sembuh dan dan berada dalam keadaan sihat hendaknya.
 
Dugaan yang mencabar ini ,menginsafkan aku tentang betapa besarnya pergorbanan ayah dan ibu semasa menjaga aku sewaktu  kecil.Alhamdullilah,dengan  rezeki yang ada kini,aku dapat membalas budi  dan menolong ibubapa aku walaupun tidak terbalas budi & pergorbanan mereka itu.
 
Hari bapa bakal menjelang tiba.Teringat kembali pengorbanan ayah aku sewaktu aku masih kecil.Kami bukanlah dari keluarga yang mewah tetapi ayah tetap memenuhi kemahuan kami adik beradik.Sewaktu aku kecil, aku ini jenis nak sesuatu benda nak juga2.Nak itu dan nak ini.Tidak terlintas sesekali di fikiran aku yang ayah aku cuma bergaji kecil.Ayah memang sabar dan amat menyayangi aku.
 
Sewaktu aku berjaya mendapat 4A dalam UPSR,ayah tetap memenuhi janjinya untuk membeli Gameboy sebagai ganjaran  lulus  cemerlang  dalam peperiksaan.Sebaik sahaja mendengar aku berjaya,ayah terus membawa aku membeli permainan itu walaupun dirinya pada masa itu demam dan tidak bermaya.
 
Ayah tidak lokek membelanjakan rezekinya kepada kami.Baju kami cantik-cantik,makanan kami enak-enak,duit sekolah kami banyak dan banyak lagilah.Tetapi ayah nak beli baju baru untuk dirinya satu pun tidak dibelinya.Kalau beli satu pun baju yang murah dan pada harga lelong.Hari raya ayah cuma pakai baju tahun-tahun lepas sedangkan kami tiap-tiap tahun tukar baru..Besarnya pengorbanan seorang ayah bagi memastikan anak-anaknya mendapat keselesaan dan mendapat keperluan yang terbaik sekali.Kalu nak senaraikan sampai bila pun tak akan habis.Suatu benda yang aku  tak boleh balas dan tak akan terbalas selamanya.
 
Alhamdullilah,segala pergorbanannya tidak aku sia-siakan sewaktu aku di alam remaja.Bersyukur aku memilih untuk tekun belajar dan menjaga maruah keluarga sebaik-baiknya.Tidak aku palitkan sesuatu yang buruk pada  nama keluarga aku sehinggakan  tidak terungkap sesuatu yang buruk dari mulut jiran-jiran sekampung melainkan yang baik-baik sahaja.Syukur aku membuat sesuatu yang benar yang menyebabkan pergorbanan besar ayah tidak sisa-sia.
 
Kini giliranku pula untuk menjaga ayah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik .Hasil pengorbanannya yang besar itu ,aku telah mendapat pekerjaan yang baik dan hidup selesa.Terima kasih Ayah di atas segala
 pergorbananmu untuk selamanya.Selamat Hari bapa dan hanya Allah  yang dapat membalas segala jasamu di dunia dan di akhirat.
 

Thursday, June 16, 2011

karikatur Malaysia:Surat khabar dan kartunis hina Islam

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat dan membaca karikatur sebuah surat khabar nasional yang terang-terang menghina perundangan dan hukum Islam dengan membuat pembandingan yang jelas memburukkan dan menafikan keadilan dan kerelevanan hukum Islam.
 
Disini saya tidak dapat bayangkan,bagaimana sebuah negara yang mengaku Islam,boleh wujud karikatur sebegini yang dilukis oleh umat Islam sendiri.Jika dilukis oleh orang bukan Islam di luar negara kita bangkit menyuarakan bantahan secara besar-besaran terhadap pelukisnya,bagaimana pula yang sudah berlaku di Malaysia?
 
Amat dukacita bila hanya disebabkan pertikamanan politik,maruah agama diperkotakkatikkan.Disebabkan politik kita sanggup menjaja nama buruk Islam.Disebabkan politik kita sanggup memecahbelahkan ummah.
 
Saya amat bersetuju pandangan dan hujah yang dinyatakan oleh penulis Malaysiakini dibawah.Hujah penulis nyata releven dan dapat diterima akal.Yang pasti beliau membela perundanganIslam dengan hujah-hujah yang jelas berserta contoh yang benar.
 
Saya bukanlah arif dalam bidang perundangan,namun saya berpendapat hukum Allah adalah yang sebenar-benarnya.Dialah pencipta langit dan bumi dan  Maha mengetahui apa yang manusia tidak ketahui dan tercapai akalnya.Mustahil bagi Pencipta langit dan bumi melakukan kesilapan melainkan manusia yang sering melakukan kesilapan.Lihatlah bagaimana Allah mencipta langit dan bumi dengan sempurna dan manusia yang melakukan kerosakan terhadap ciptaannya yang terang dan nyata.Diutuskannya rasul untuk memberi bimbingan kepada umat manusia.Rasul yang disampaikan hidayah beserta ilmu untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.Janganlah kita mempertikaikan ajaran rasul kerana sesungguhnya dia diutuskan oleh Allah yang Maha bijaksana lagi Maha mengetahui.
 
 
 
Kartunis Utusan, rogol dan zina
Mohd Asri Zainul Abidin
Jun 16, 11
4:47pm
Kongsi 777
Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.


Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.
Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.


Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?


Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?


Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.
Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.
Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.
Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?
Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:
“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.
Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.
Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.
Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).


Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.


Lian


Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.
Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.
Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;
Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.
Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.
Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

Wednesday, June 15, 2011

khas wanita:Ajaran Rasullulah mengelak dirogol


Cegah diri anda daripada menjadi mangsa rogol..Amalkan pesanan yang diajar Rasullulah

Ketahuilah para wanita sesungguhnya Rasullulah S.A.W  telah mengajar cara untuk mengelak seseorang wanita daripada menjadi mangsa rogol dan tercetusnya kejadian rogol.Bacalah dan amalkanlah..Insyaallah anda akan selamat daripada menjadi mangsa.

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketahuilah! Seorang lelaki bukan mahram tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda, kecuali jika dia bernikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.”
(Hadis Riwayat Muslim)


“Suruhlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan ketika sudah berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)” (HR. Abu Dawud).


Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Karena setan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.” (Hadis Riwayat Muslim)


Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam Al-Qur’an dalam surah An Nuur ayat 30:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Kalau masyarakat kita beramal, sudah tentu banyak masalah dapat diselesaikan.Sudah pasti punca-punca dan permulaan kepada tercetusnya jenayah rogol dapat diatasi...Lebih baik mencegah daripada merawati...Paling penting tutuplah aurat anda dengan sebenar-benarnya..Ia dapat mengelak daripada mencetuskan keinginan seseorang lelaki daripada melakukan perbuatan terkutuk.

P/s:Silalah pesan  dan kawal  anak-anak perempuan,adik beradik perempuan,teman-teman rapat ajaran ini...Jika kita jaga dan ambil tahu anak-anak perempuan kita  nescaya mereka akan dijauhkan daripada kecelakaan ini.

Tuesday, June 14, 2011

Hujah PAS laksanakan Hukum Hudud

Ini bukan kerana tentang politik..Ini adalah usaha untuk menyelamatkan anak-anak dan keturunan kita supaya tidak rosak akhlaknya dibuai dengan hawa nafsu & melakukan jenayah.Sesungguhnya Hukuman Allah adalah yang terbaik.Yang rosaknya bila manusia berlagak tuhan yang berhujah tentang ketidaksempurnaan hukum Islam pada pandangan mereka.Pengetahuan mereka sebenarnya  terbatas kepada hal-hal tertentu sahaja dan meramal sesuatu yang negatif jika hukuman hudud dijalankan di negara ini.
Masyarakat bukan Islam menolak hudud kerana mereka tidak memahami  dan dijelaskan tentang hukum Hudud.Terang-terang mereka ditakutkan dengan kesan hukuman hudud seperti hukuman potong tangan,rejam dan sebagainya.Mereka seharusnya diberi penerangan dan hujah yang membuktikan bahawa Hukuman hudud bersifat adil dan bukan untuk menindas dan mengundang kezaliman.Sesungguhnya dakwah Islam di Malaysia amat lemah kepada masyarakat bukan Islam sehingga kini.

 Mahukan kita lihat anak-anak kita yang kita besarkan dari sebesar tapak tangan dirogol @ merogol,melakukan maksiat atau melakukan jenayah.Betapa susahnya kita membesarkan  dan mendidik mereka dan akhirnya kita melihat kehancuran akhlak mereka..Sebagai ibubapa tidakkah kamu merasa tanggungjawab anda memastikan anak-anak di jalan yang benar?fikir-fikirkanlah....
Malaysia adalah Negara Islam.Sesebuah negara Islam seharusnya memiliki pentadbiran & perundangan yang menunjukkan cirir-ciri dan berlandaskan Islam.Bukan mengambil dari 'pentadbiran &undang -undang orang putih' sebagai rujukan.
" Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan. Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah. Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa. Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ? Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara. Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.. Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf
NegeraKes RogolTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi x 1 juta
Kanada24,35033,465,300727.62
Malaysia1,43127,730,00051.60
Jerman8,61582,127,000104.90
Arab Saudi5924,735,0002.39
United Kingdom13,39561,186,000218.92
Amerika95,136305,975,000310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara. Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
NegeraTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi x 1 juta
Kanada2,516,91833,465,30075,210
Jerman6,507,39482,127,00079,236
Arab Saudi84,59924,735,0003,420
United Kingdom6,523,70661,186,000106,621
Amerika11,877,218305,975,00038,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara. Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur Kebaikkan seterusnya akan bersambung.. ... KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ? Suhaizan Bin KaiatKetua PeneranganDewan Pemuda PAS PusatBlog : http://kentong- suhaizan. blogspot. com"
P/s:Cuba lihat pula bagaimana Acheh laksanakan hukuman hudud selepas dilanda tsunami

Hujah UMNO tolak Hukum hudud

17 tahun dahulu Dr.M mengeluarkan hujah-hujahnya mengapa hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia...
 
 Berdasarkan kefahaman saya,hujah-hujah beliau menolak hukum hudud dilaksanakan atas sebab ini:
1)Khuatir jika berlaku ketidakadilan hukuman dan penindasan kepada umat Islam
2)Hukuman yang berlainan kepada Umat Islam dan bukan Islam
3)Wujud persoalan mencari 4 saksi terdiri orang-orang  baik dan tidak melakukan dosa besar apabila berlaku kes rogol wanita.Pesalah bakal terlepas jika tiada saksi yang benar-benar layak dan mangsa akan dituduh salah atas tuduhan berzina (melahirkan anak luar nikah)
 
17 tahun sudah berlalu(2011).Sesungguhnya undang-undang 'orang putih' lebih baik..Ini telah dibuktikan dengan
1) Peningkatan kes rogol
 
2)Peningkatan masalah sek bebas yang sudah menjadi budaya terutamanya  golongan muda-mudi http://www.hmetro.com.my/articles/Sekshobimasalapang/Article
 
Atas hujah-hujah ini selama 17 tahun telah muncul generasi baru yang tidak segan silu melakukan seks bebas dan maksiat..dan ia telah menjadi budaya yang sedang aktif berkembang.Semua disebabkan hujah 'undang-undang orang putih lebih baik daripada undang-undang Islam'.Kita sedang menuju ciri-ciri Negara Maju(masalah sosial yang serius)
 
Apa pandangan anda?
 
 
Surat Dr. M kepada TG Nik Aziz
 
PERDANA MENTERI MALAYSIAYAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.


3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.


4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.


5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .


6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.


7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994


Monday, June 13, 2011

Tony Blair pun baca Al-Quran setiap hari

Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

Wednesday, June 8, 2011

Kelab Isteri Taat?Macam2...

Kenyataan Dr Rohaya jatuh imej Islam, nafi hak wanita dalam perkahwinan


Gambar sekadar hiasan...Jom masuk kelab isteri Taat..sapa setuju angkat tangan...

KUALA LUMPUR: Kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ terus dikecam pelbagai pihak yang melihatnya sebagai cubaan menjatuhkan imej Islam dan menafikan hak wanita dalam perkahwinan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang melihat kenyataan itu sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula pendaftaran kelab berkenaan yang disifatkan menimbulkan rasa tidak senang wanita Islam.


JOM BACA KENYATAANNYA DENGAN LEBIH LANJUT SEBELUM COMMENT DIA...

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.


Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.


“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.


“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.


Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.


Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.


Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.


P/s: Apamacam nak joint kelab ni tak para wanita?Tujuan baik tapi kenyataan tu yang menyimpang jauh?Perlukah diadakan kelab isteri taat ni???..any comment