BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Friday, June 17, 2011

Selamat hari bapa:Besarnya pengorbanan seorang ayah

 
 
hai nama saya Muhammad Farish Zuhayr..comey x saya?
 
Alhamdullilah Muhammad Farish Zuhayr telah sembuh dari dari demam kuning yang dialaminya...Umurnya dah nak cecah sebulan.Beza juga dia apabila kuning dah hilang.Muhammad Farish nampak lebih comel pada pandangan ayah dan mama.Bersyukur kepada Allah, dalam masa sebulan ini kami sekeluarga(ayah,mak &adik, mak mentua & adik-adik isteri) bertungkus lumus & berganding bahu dalam memastikan bayi kami ini sembuh dan dan berada dalam keadaan sihat hendaknya.
 
Dugaan yang mencabar ini ,menginsafkan aku tentang betapa besarnya pergorbanan ayah dan ibu semasa menjaga aku sewaktu  kecil.Alhamdullilah,dengan  rezeki yang ada kini,aku dapat membalas budi  dan menolong ibubapa aku walaupun tidak terbalas budi & pergorbanan mereka itu.
 
Hari bapa bakal menjelang tiba.Teringat kembali pengorbanan ayah aku sewaktu aku masih kecil.Kami bukanlah dari keluarga yang mewah tetapi ayah tetap memenuhi kemahuan kami adik beradik.Sewaktu aku kecil, aku ini jenis nak sesuatu benda nak juga2.Nak itu dan nak ini.Tidak terlintas sesekali di fikiran aku yang ayah aku cuma bergaji kecil.Ayah memang sabar dan amat menyayangi aku.
 
Sewaktu aku berjaya mendapat 4A dalam UPSR,ayah tetap memenuhi janjinya untuk membeli Gameboy sebagai ganjaran  lulus  cemerlang  dalam peperiksaan.Sebaik sahaja mendengar aku berjaya,ayah terus membawa aku membeli permainan itu walaupun dirinya pada masa itu demam dan tidak bermaya.
 
Ayah tidak lokek membelanjakan rezekinya kepada kami.Baju kami cantik-cantik,makanan kami enak-enak,duit sekolah kami banyak dan banyak lagilah.Tetapi ayah nak beli baju baru untuk dirinya satu pun tidak dibelinya.Kalau beli satu pun baju yang murah dan pada harga lelong.Hari raya ayah cuma pakai baju tahun-tahun lepas sedangkan kami tiap-tiap tahun tukar baru..Besarnya pengorbanan seorang ayah bagi memastikan anak-anaknya mendapat keselesaan dan mendapat keperluan yang terbaik sekali.Kalu nak senaraikan sampai bila pun tak akan habis.Suatu benda yang aku  tak boleh balas dan tak akan terbalas selamanya.
 
Alhamdullilah,segala pergorbanannya tidak aku sia-siakan sewaktu aku di alam remaja.Bersyukur aku memilih untuk tekun belajar dan menjaga maruah keluarga sebaik-baiknya.Tidak aku palitkan sesuatu yang buruk pada  nama keluarga aku sehinggakan  tidak terungkap sesuatu yang buruk dari mulut jiran-jiran sekampung melainkan yang baik-baik sahaja.Syukur aku membuat sesuatu yang benar yang menyebabkan pergorbanan besar ayah tidak sisa-sia.
 
Kini giliranku pula untuk menjaga ayah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik .Hasil pengorbanannya yang besar itu ,aku telah mendapat pekerjaan yang baik dan hidup selesa.Terima kasih Ayah di atas segala
 pergorbananmu untuk selamanya.Selamat Hari bapa dan hanya Allah  yang dapat membalas segala jasamu di dunia dan di akhirat.
 

1 comments:

haffizmohdnoor said...

like dmn much..selamat hari bapa