BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, June 25, 2011

'Bir halal' haram diminum sehingga majlis fatwa sahkan




Isu' bir halal.'..haram atau halal sesuatu makanan dan minuman sangat sensitif bagi Umat Islam di Malaysia.Umat Islam Malaysia digesa tunggu keputusan dari Majlis Fatwa kebangsaan berkenaan isu ini.




Mengapa panggil 'bir'..mengapa tidak guna 'minuman buah-buahan' sahaja.Walaupun diyakinkan oleh pengusaha produk ini halal,namun sebagai orang Islam kita wajar menunggu keputusan daripada MFK.



Keputusan berkenaan isu 'bir halal' hanya akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim Mat Ali Sarbini.

Beliau berkata sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenainya, bir berkenaan itu adalah haram untuk diminum oleh umat Islam.

Beliau berkata pada masa ini sampel bir berkenaan masih berada di makmal-makmal universiti tempatan untuk dikaji perincian kandungannya termasuk alkohol.

"(Keputusan) belum (ada) lagi. Masih dalam peringkat penyelidikan. Oleh kerana makmal ini mempunyai giliran-gilirannya, jadi banyak benda-benda yang perlu diberikan keputusan yang menjadi perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha merasmikan mesyuarat agung Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kali ke-16 di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields hari ini.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lalu selepas akhbar melaporkan penjualan bir berkenaan di pasaran semakin popular di kalangan umat Islam di negeri Johor dan penjualannya dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Pada 29 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata umat Islam tidak dibenarkan meminum bir berkenaan kerana kandungan alkohol bir berkenaan sebanyak 0.5 peratus iaitu melebihi paras alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.01 peratus.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Mat Ali berkata pada bulan depan Jakim akan mengedarkan naskhah Al-Quran dalam bentuk Braille kepada Jabatan Agama Islam Negeri bagi diagihkan kepada sekolah-sekolah orang cacat penglihatan di negeri masing-masing.

Beliau turut berkata bantuan yang diberikan kepada orang cacat penglihatan bukan sahaja meliputi bantuan Al-Quran dalam bentuk Braille tetapi juga meliputi bantuan-bantuan lain termasuklah kewangan.

Pada majlis itu, Mat Ali menyerahkan dua naskhah Al-Quran Braille berharga RM500 sebuah sumbangan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) kepada dua anggota Pertis.

-bernama-

1 comments:

RazFiRa said...

x pnah minom lg