BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Friday, January 7, 2011

Pendidikan kini sudah menjadi' rojak pasembor'

Ternyata terdapat rombakan yang besar dalan pendidikan pada tahun ini apabila banyak subjek  baru diperkenalkan di sekolah rendah.Salah satu subjek yang diperkenalkan adalah pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS)yang berkuatkuasa pada tahun ini(2011).Subjek ini adalah bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada pencabulan secara nyata dan diam oleh golongan dewasa.Murid-murid sekolah rendah akan diajar bahagian-bahagian tubuh yang tidak boleh dipegang dan harus dilindungi daripada sentuhan orang lain.

Pada pendapat saya,idea perlindungan kanak-kanak daripada pencabulan ini sangat baik cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki.Pertama sekali,subjek ini pastinya tidak begitu berkesan jika disampai oleh guru-guru sekolah.Pilihan yang terbaik menjalankan tugas ini adalah kaunselor sekolah kerana matapelajaran ini lebih kepada perkhidmatan kaunseling  dan guru adalah hanyalah difokuskan kepada akademik.Bilangan kaunselor seharusnya ditambah.Kerana nisbah kaunselor kepada pelajar adalah terlalu jauh iaitu 1:300(berdasarkan sekolah saya).

Seterusnya,subjek ini merupakan sesuatu yang 'taboo' dalam masyarakat kita dan tidak sesuai guru dibebankan dengan perkara-perkara yang begitu sensitif .Tambahan lagi yang berkaitan seksual.Ini terpesong dari hala tuju pendidikan.Apakah matlamat utama pendidikan di sekolah?Adakah guru-guru sekarang perlu pula mengajar bagaimana kanak-kanak memelihara maruah mereka dan bagaimana seorang perempuan dan lelaki menjaga dan mempertahankan 'teruna' dan 'dara'.

Ternyata Pendidikan sudah menjadi 'rojak pasembor'.Apa-apa masalah dan kelemahan yang wujud dalam masyarakat akan difokuskan ke dalam bidang pendidikan.Sekolah bukan mesin untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat.Tetapi apakan daya jalan mudah adalah meletakkan semua masalah di pihak pendidikan.Senario campur tangan politik dalam pendidikan sebenarnya banyak membingungkan pihak sekolah.Apa tidaknya banyak sangat penukaran,pemansuhan ,penambahan sesuatu perkara dalam pendidikan negara.Contoh yang jelas Pemansuhan PPSMI,Pemansuhan PMR,Program Satu murid satu Sukan , program 4M di sekolah rendah dan penambahan beberapa subjek baru seperti (PEERS) dan sejarah.Ada hanya dirancang dalam tempoh satu tahun sahaja iaitu pada 2010 dan akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini tanpa dibuat penyelidikan yang mendalam.Apa yang mengecewakan sehingga kini ada beberapa program tidak ada hitam putihnya sedangkan aktiviti persekolahan 2011 sudah pun bermula.

Ternyata apa yang diharapkan oleh masyarakat terlalu tinggi terhadap pendidikan.Guru-guru sekolah bukan 'tukang majis' dan bukan ada kuasa 'superpower' untuk membantu menyelesaikan segala permasalahan di luar sana.Semua individu perlu berfikiran rasional bahawa penyelesaian yang terbaik adalah mengukuhkan institusi keluarga dan kemasyarakatan itu sendiri.Banyak penyelesaian yang boleh dilakukan contohnya memperkukuh kawalan sosial,penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam masyarakat,rukun tetangga
dan undang-undang yang ketat.

Pendidikan di sekolah cuma dapat membantu dalam mendidik dan memberikan  ilmu pengetahuan.Tidak lebih daripada itu.Pendidikan tidak dapat menghalang seseorang daripada melakukan jenayah,melindungi diri dan mencegah seseorang melakukan kejahatan di luar sana.Jawapannya ada dalam individu itu sendiri.Seseorang individu boleh bertindak mengikut situasi dan keadaan.Bukan bermakna apabila seseorang kecil itu baik apabila dewasa itu akan baik.Manusia boleh berubah bila-bila masa mengikut akal dan nafsunya.

Justeru itu sekolah bukan yang jelas difokuskan.Sebaliknya nilailah kembali institusi masyarakat dan undang-undang sedia ada..Adakah anda mengenal jiran-jiran anda?adakah setiap malam anda bertugas sebagai rukun tetangga?adakah institusi kekeluargaan masyarakat kini kukuh?adakah undang-undang Islam patut diperkenalkan?Adakah ilmu pengetahuan menandingi hiburan?Adakah nilai-nilai murni diamalkan?

Marilah bertatih membentuk semula institusi rukun tetangga dan membetulkan kembali 'kawalan sosial masyarakat  dahulu' dan menolak budaya 'bebas' masyarakat barat.Perkukuhkanlah budaya ketimuran dalam masyarakat.Semoga kita tidak akan runtuh dalam ketamadunan moden yang sedang kita bina.

Thursday, January 6, 2011

postmortem 2 bulan tinggal bersama isteriku


Baru beberapa hari isteriku terpaksa pulang ke betong sarawak untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang guru...namun masih terasa saat-saat kami hidup bersama di bawah satu bumbung.Ada gembira,kadang-kadang berselisihfaham,pujuk memujuk dan macam-macam lagi gelagat ketika kami bersama...banyak kelemahan yang perlu aku perbaiki..maklumlah aku ni dah banyak pelupa sebab makan semut,cuai dan seorang yang egois.kelam kabut dan serabut pun sekali pakej..Isteri aku lah yang selalu back up aku..aku lupa dia peringatkan,aku cuai dia tegur.Namun sebagai seorang lelaki aku memang egois dan tak mengaku punya kesalahan aku.Tambahan,dia melayan aku dengan baik dari segi zahir dan batin..keperluanku dipenuhi dengan kasih sayang walaupun dia kini sedang sarat mengandung.Walaupun dalam keletihan dia tetap melayan aku dengan senyuman.
Kini aku terasa kehilangannya buat seketika...rindu yang amat mendalam terhadap isteriku...Tiada lagi suara yang manja menemani hari-hariku...tiada lagi sentuhan yang halus memegang erat tanganku..tiada lagi senyuman yang menyejukkan hatiku...Aku keseorangan menanti hari-hari kepulangannya...Rupa-rupanya kehadirannya terlalu bermakna dalam hidupku....

Wednesday, January 5, 2011

Misteri banyak haiwan-haiwan mati di Amerika Syarikat.Apa puncanya?

kejadian pelik dan misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika apabila penemuan kematian banyak haiwan-haiwan di sekitar beberapa tempat di Amerika Syarikat.Berikut merupakan artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo mengenai kejadian ini.

NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.
Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.
Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.
Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State.
Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."
Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.
Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan.
Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.
Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.








Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.
Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.
"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.
Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.
Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.
Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu. - Agensi

Rupa-rupanya ramai yang masuk Islam di luar negara

Jika di Malaysia,kita dikejutkan dengan sebahagian orang melayu yang ingin keluar daripada Islam dan menganut agama lain,akan tetapi hal yang sebaliknya rupa-rupanya berlaku di luar negara.Menurut artikel daripada berita harian sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.Inimenunjukkan sinar Islam masih utuh walaupun musuh-musuh Islam cuba memburuk-burukkan Islam dengan mencetuskan Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.Sebenarnya ini mencetuskan kebimbangan musuh-musuh Islam kerana semakin ramai yang menerima hidayah Allah dan memeluk Islam terutamanya di eropah dan Amerika sendiri.Taktik yang dilakukan oleh musuh Islam dengan mencetuskan Islamophobia sebenarnya memakan diri sendiri.Semakin ramai yang sedang mendalami dan mendekati agama Islam.Kejadian yang sebaliknya terjadi bukan seperti ramalan dan keputusan yang difikirkan oleh musuh-musuh Islam ini.Ini membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T yang maha Bijaksana dan Maha mengetahui.Musuh-musuh Islam mungkin boleh merancang dengan strategi-strategi yang sangat bijak dan tersusun,tetapi keputusannya ditentukan oleh Allah S.W.T.Ternyata mereka cuma hidup dalam tipu daya yang dibuat oleh mereka sendiri.Menyebarkan ketakutan dan keburukan Islam di seluruh dunia,akhirnya tempat sendiri sedang berkembang ajaran Islam.Alhamdulillah...



Di Malaysia,masyarakat melayu patut bersyukur kerana terus dilahirkan sebagai seorang Islam.Ramai orang melayu ingin keluar dari Islam atau Islam atas dasar keturunan sahaja kerana mereka ingin keseronokan dan kebebasan dalam hidup.Mereka tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.Maka rugilah mereka kerana mensia-siakan hidayah percuma dari Allah sejak mereka lahir.Marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah S.W.T dan kembali ke jalan Allah.Sesungguhnya Allah akan menerima taubat hamba-hambanya.Manusia memang tidak lepas dari melakukan baik dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.Tetapi Allah memang memahami dan sering memberikan peluang untuk manusia bertaubat sehingga ajal menanti.Hargailah dan beramallah selalu....Syukur..

100,000 peluk Islam di Britain




2011/01/05
Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan


LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.


Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.


Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.


Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.


“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.


“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.


“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”


Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi

Monday, January 3, 2011

Journey to Betong,Sarawak

Pekan Betong here i come again....hati aku keberatan berangkat ke Betong untuk menghantar isteriku ke sana.Perjalanan menaiki bas merisaukan aku kerana isteriku sedang mengandung.Melambung-lambung juga kami dengan keadaan jalan raya yang berbukit-bukit dan kurang sempurna.Alhamdullilah keadaan kandungan isteriku masih selamat walaupun menghadapi perjalanan yang lasak dan jauh..4 jam ke Betong sama seperti dari penang ke KL.

hotel ini cukup berbaloi jika anda bertujuan menginap di pekan betong

sepanjang perjalanan ke Betong,kami cuma dihidangkan dengan permandangan hutan kiri dan kanan..tak tahulah kalu kereta rosak mana nak repair ye?
Bas tak masuk ke pekan cuma singgah di simpang ke betong.itupun kena bagitau driver kalu tak dia akan terus ke sarikei.Disana kawan-kawan isteri akan menjemput kami dengan kereta.Aku menginap di rumah isteriku semalam.Rumah dia dan kawan dia kat taman Goodland.

Esoknya aku balik dengan van sapu..senang skit dia ambil di rumah.kalu tak terpaksalah aku tahan bas dipersimpangan betong,tempat yang kami turun semalam.Murah lagi kalu naik van sapu.Cuma RM30 dari betong ke Kuching.Dia hantar terus ke Airport.kalu naik bas ekspress kena Rm33.tambah pula tambang teksi ke airport RM26..Baik aku naik van sapu...lagipun selamat sebab kawan isteri aku biasa naik van sapu yang ini.


Dah sampai airport..aku kena tunggu 5 jam lagi sebab flight aku pukul 5.sebab tula aku tulis blog ini...sekian.wasalam

p/s:semoga isteri aku dan kandungannya selamat dan sihat di sana...baby kena kuat dan bertahan dengan keadaan disana.InsyaAllah Allah lindungi kamu berdua.

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof,pelakon adamaya meninggal dunia

Al-Fatihah....Pelakon yang pernah membintangi salah satu watak utama dalam drama Adamaya, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.



Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal yang juga  dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

Jambatan yang terpanjang di dunia

Jambatan terpanjang dunia siap dibina


JAMBATAN Qingdao Haiwan di China yang terpanjang di dunia siap pada Isnin lalu.


QINGDAO - Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.
"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.
Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS). - Agensi