BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Saturday, February 19, 2011

Murabbi Cinta (Kisah Guru Cinta)



Semuanya bagai fantasi....itulah yang boleh aku katakan tentang bagaimana aku boleh  bertemu jodoh dengan isteriku..Hari ini akan ku abadikan di dalam blogku ini...Mungkin ramai yang tidak percaya jodoh ditentukan oleh Allah.Sampai ada yang mencari-cari hingga tak tercari-cari...Sampai ada yang mencuba-cuba hingga tak tercuba-cuba...Aku juga sedemikian..Namun aku tak menduga bertemunya jodohku sedemikian rupa...Jodoh seseorang akan sampai bila tiba waktunya...Bila Allah yang berkehendakkannya ,maka bertemulah jodoh yang dicari-cari...Subhanallah..

Ketika itu,aku berumur 24 tahun.Masih single and available...Namun aku belum berjumpa dengan calon teman hidup..Nak dikatakan payahnya, tidak ada pula yang minat kat aku...Mungkin rupa pun tak ada agaknya..Kerjaya aku seorang guru menimbulkan rasa ingin berkahwin...Yelah,hari-hari ajar dan didik anak-anak orang,muda-muda dah kena jadi bapa angkat di sekolah...Lebih baik aku kahwin dan dapat didik anak sendiri pada masa yang sama.Kalau bukan kerana aku seorang guru mungkin aku kahwin lambat lagi kot...Sebab diantara faktor pemangkin aku nak kahwin adalah kerana kerjaya aku yang banyak menghabiskan masa mendidik dan menjaga anak-anak yang sedang membesar.

Itulah aku pun pening nak cari jodoh ini.Yelah matlamat nak kahwin pada umur 25...Nak ambil sunnah.Namun, misi  ini amat mustahil dengan tidak ada calonnya...Kalu  nak berkawan mahu-mahu 1 tahun juga nak jadi teman istimewa sebelum diajak kahwin...Masa itu memang aku frust dan binggung.Maka datanglah pelbagai benda-benda bukan-bukan dalam fikiran ku.Namun,dengan izin Allah aku tetap kuatkan iman aku dan mengharapkan keajaiban berlaku pada diri  aku.

Penantian demi penantian akhirnya sampai juga di penghujungnya.Pada bulan februari 2010,pada raya cina tahun lepas aku berkenalan dengan seorang gadis di Facebook.Pada mulanya aku terlalu takut nak menekan punat keyboard menegurnya di kotak chat .Yelah aku ni amat pemalu nak mulakan hal-hal mengorat ini..Aku beranikan juga menekan 'enter' dengan ayat permulaannya 'salam'.Dengan reaksi penuh harapan,dia pun balas...Bermula dari itulah kami berkawan dan menjadi rapat..Rupa-rupanya cinta yang aku cari akhirnya berjumpa juga di suatu tempat yang tidak pernah aku fikirkan ... di alam cyber...

Jodoh kami mudah dan tiada halangan...dia  seorang guru yang bertugas di Sarawak..Bulan Mac dia pulang ke Pulau Pinang dan kami pun berjumpa.Bulan Jun kami bertunang dan Bulan September kami berkahwin...Begitu senang laluan cinta kami hingga ke jinjang pelamin.Maka misi yang aku anggap mustahil untuk berkahwin pada usia 25 tahun pun tercapai dengan izin Allah S.W.T

Kini kami sedang menanti kelahiran anak sulung kami pada bulan jun ini.Aku bersyukur di masa remajaku aku tidak terlibat dengan maksiat yang merosakkan.Aku bersyukur aku tidak terikut-ikut dengan nafsuku yang asyik memujukku ke jalan yang batil...Aku bersyukur akhirnya aku dipertemukan jodoh dengan isteriku yang amat memahami dan memberikan cintanya setulus hati.Alhamdullilaah..

Disini aku ingin menyampaikan  suatu amanat kepada yang membaca kisah cinta aku khasnya kepada adik-adik yang sedang mencari cinta.Jauhilah maksiat dan perkara-perkara ' coupling' yang merosakkan..Bercintalah di selepas perkahwinan...kerana  cinta selepas kahwin lebih  manis dan indah..Bercintalah untuk berkahwin dan bukan untuk bersuka-suka atau  sekadar ingin mencuba-cuba .Jauhilah bercinta ketika belajar kerana akhirnya jiwa akan merana.Yakinlah jodoh datang daripada Allah Taala.Jika ingin dipertemukan jodoh yang baik,jauhilah  diri dari maksiat di usia remaja.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

 
Inilah ayat-ayat Al-Quran yang aku pegang  ketika usia remajaku.Tenyata benar-sebenar-benarnya.Itulah janji Allah dan Allah pasti  menunaikan janjiNya.Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan isteri  atau suami yang akan menemani kita sepanjang hidup di dunia ini.Insyaallah....



Wednesday, February 16, 2011

Naga ditemui di kalimantan?

                                             Sepasang naga dilihat di Kalimantan




KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.
Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.
Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.
Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.
"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.
Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.
Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.
Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. - Agensi
SEORANG penumpang bot sempat merakamkan gambar naga raksasa sepanjang 40 meter
di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.

Tuesday, February 15, 2011

Salon Muslimah:Pilihan untuk wanita yang menjaga aurat

Kita mungkin pernah mendengar "LRT yang dikhaskan untuk wanita sahaja".Tertanya juga aku bagaimana kalau seorang perempuan muslimah  ingin mengunting rambutnya?.Adakah perlu dia pergi salon Unisex untuk mengunting rambutnya sedangkan rambut itu adalah aurat wanita?Bagaimana seorang perempuan ingin mempertahankan auratnya daripada pandangan lelaki yang bukan hak?
Hari ini aku terbaca artikel di harian metro mengenai Salon muslimah.Konsep salon muslimah ini menawarkan perkhidmatan gunting dan rawatan rambut hanya kepada golongan hawa sahaja.Walaupun tidak banyak,namun dengan konsep ini ia dapat memberi opsyen kepada wanita khasnya muslimah mendapatkan perkhidmatan tanpa rasa was-was lagi tentang masalah penjagaan aurat mereka.Inisiatif ini perlu diperkembangkan dan diperluaskan di seluruh pelosok negara agar dapat membantu wanita muslimah mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya.
Ramai  wanita muslimah juga disaran menceburi bidang perniagaan  ini selain menjalankan fardu kifayah kepada ummah.Saya yakin dengan konsep ini lebih ramai kaum hawa terutamanya muslimah lebih yakin untuk ke salon dan akan mewujudkan trend baru dalam perkhidmatan gunting,rawatan dan penjagaan rambut.Dengan kata lain ia merupakan suatu bidang perniagaan yang baru untuk diterokai.Insyaallah dalam mencari rezeki yang halal dapat juga membantu kaum muslimah dalam menegakkan tuntutan dalam Islam yang telah diwajibkan kepada wanita Islam.
LELAKI DILARANG MASUK!!!
ERAT...hubungan baik memudahkan perjalanan salun.
   ERAT...hubungan baik memudahkan perjalanan salun.
SUSAHNYA mencari salun memotong rambut wanita sahaja. Semuanya uniseks!
Memang ada tetapi jumlahnya sangat kecil. Hendak mencari, sukar sekali. Baik salun bukan Islam ataupun Islam, uniseks pendekatan utama tuan punya salun. Kononnya untuk mendapat lebih pelanggan.
Di alaf baru ini, semakin ramai pengguna Islam yang menyedari tuntutan agama. Sebenarnya salun khas wanita terutama untuk memotong rambut sangat didambakan kerana ada yang terpaksa memotong sendiri rambut mereka di rumah.

Ada juga yang meminta ahli keluarga membantu walaupun ahli keluarga itu langsung tiada ilmu di bidang itu.

"Apabila rambut panjang, suami terpaksa memotong rambut saya kerana itu jalan yang terbaik. Saya tidak mahu bercampur baur di salun dengan lelaki. Kita pula perlu membuka tudung ketika itu," kata seorang teman sambil mengeluh.
Sebenarnya dia hendak sangat memotong rambutnya di salun kerana mahu gaya yang lebih cantik dan juga diurut-urut kepalanya. Namun apakan daya, sekiranya ada cuma di kampungnya.

Penulis sendiri terpaksa mengambil kesempatan ketika pulang bercuti ke Kuala Kangsar, Perak untuk memotong rambut kerana salun Rambulan Emas ada di situ.

"Bukan hanya anda tetapi ramai lagi anak Kuala Kangsar yang berbuat demikian. Balik kampung bercuti kemudian datang ke sini untuk memotong rambut dan rawatan kecantikan yang lain kerana sukar mencari salun Muslimah sahaja," kata Normala Lot, 42, tuan punya salun Rambulan Emas yang sudah beroperasi sejak 2002 lagi.
Di pintu masuk salun ada tertera, 'Kedai Gunting Rambut Wanita,' dan 'Lelaki dilarang masuk'

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul:Memperingati Kelahiran Nabi Muhamad S.A.W

Esok 12 Rabiulawal,umat Islam bakal menyambut Maulidul Rasul yang sangat ditunggu-tunggu.
Sempena menyambut Maulidul Rasul marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.Dengan ini,Marilah kita mengenali Nabi Muhammad,Rasul junjungan kita dengan penghayatan yang sebenar-benarnya.

Siapakah Nabi Muhammad?

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107



"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Bagaimanakah sifat dan akhlak  Nabi Muhammad S.A.W ketika remaja?
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
         Demikianlah sifat terpuji Nabi Muhammad.Sejak zaman remaja lagi beliau adalah manusia terpuji,jauh  
         dari maksiat,sifat-sifat yang buruk ,amalan dan perbuatan yang keji dan hina.Sedangkan remaja yang
         sebaya dengannya bergelumang dengan maksiat,judi dan arak.Keperibadiannya yang suci sejak
          remaja sudah dapat dilihat dan disaksikan oleh masyarakat Jahiliah sejak awal lagi.Marilah remaja
          ikutlah contoh Nabi Muhammad di zaman remaja.Tewaskan nafsu,hindari maksiat dan perbuatan keji
          dan merosakkan seperti arak dan dadah juga amalkan kesopanan dan sesusilaan dalam perbuatan
         dan percakapan.

        Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)
        Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah
       di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum 
        Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
         Begitulah isi khutbah terakhir Nabi Muhammad yang wajib kita sampaikan kepada umat Islam yang
         lain.Berpesan-pesanlah demi kebaikan sesama kita...Sekali lagi marilah memperbanyakan selawat
         keatas Nabi.Moga kita menjadi Hamba Allah yang beriman seperti yang diajarkan oleh Nabi..
         Insyaallah...

Sunday, February 6, 2011

7 Perkara tentang Sarawak yang korang Tak Tahu..


 Sedap sangat makanan istimewa Sarawak kat sini…Kalau datang ke sini mesti cuba mee kolok dan Nasi ayam penyet.Mee kolok special aku dah cuba kat Serapi Corner dan Restoran Cina (gerai Islam) kat sebelah Restoran Bonda Kuching.Kuah dan sambal dia memang pekat dan ada ‘kick’..Manakala Nasi ayam penyet aku dah try kat depan Hotel Dormani.Boleh tahann!!!

Anda nak booking Hotel di Kuching.Aku dah pernah bermalam di ,Habour View,Borneo hotel and Penview.Semua RM100+++ semalam include breakfast..Tapi kalu korang nak hotel betul-betul dengan pusat bandar ,choice yang aku cadangkan adalah Habour View atau Hilton…Memang dekat dengan Waterfront(tempat menarik wajib untuk ambil gambar kalu datang ke Kuching.Hotel budget dan rumah tumpangan ada gak..Cuba Laila Inn.Semalam rm60..

Roti Gardenia dan high5 memang sukar nak cari di Sarawak…So jangan terkejut kalu korang cari roti ini tak jumpa.Jangan samakan macam kedai runcit dan stesen minyak semenanjung yang anda senang-senang akan jumpa roti jenama tersebut.Tapi Roti jenama tempatan adalah.Lapar roti Gardenia..Sedap di makan begitu sahaja…

Ada peraturan memandu di sini yang patut anda tahu.Turn Left when Exit is Clear Iaitu boleh pusing ke kiri jika laluan tersebut dah kosong dan selamat.Memang tiada Lampu Isyarat yang menunjukkan anak panah ke kiri..Sendiri mau ingat lah yer…

Warga Sarawak memang pemandu yang baik..Jika di jalan raya mereka memandu mengikut kadar had laju yang sepatutnya.Tiada seperti di semenanjung yang sering nak cepat dan “rush”.Lambat skit pasti dihon.Sepanjang perjalanan,aku tengok pemandu-pemandu saling membantu.Bila keadaan selamat dan boleh potong terutamanya kenderaan berat, di laluan berbukit dan berliku ,mereka akan mengelip lampu terang sebagai tanda ‘selamat dan boleh potong”.Boleh juga sebagai tanda amaran kalu ada polis..hehehe..Yang pasti kalu ada memandu berhati-hati dan selalu cermat…kalu nak potong pastikan laluan selamat ok!!!

Anda nak makan kek Lapis Dayang Salhah? Jika anda dari Waterfront Kuching anda boleh naik perahu menyeberangi Sungai Rajang dengan hanya 50 sen sahaja.Nak derma lebih kat pak cik tu pun xpa..Sekejap je tak sampai 2 minit sampai seberang.Jalan dalam 200meter anda akan jumpa rumai kedainya.Kek paling best bagi aku adalah Kek lapis India…Cubalah

Kalau dari pekan Betong nak ke Kuching, anda kena tahu dan ada contact dengan prebet sapu…Sebab yang terbaik ke Kuching adalah naik van prebet sapu..Bas ekspress tak masuk pekan dan anda kena turun di persimpangan jalan.Kalu ada pun bas lama yang ambil masa lama ke kuching sebab singgah banyak tempat.Pastikan anda kenal dan pilih Prebet sapu yang boleh dipercayai dan kawan anda kenal…Setakat aku naik ni selamat.RM30 sahaja..Hantar sampai airport..Thank U Edwin…

Ada banyak benda best lagi kat Sarawak..Anda kena datang kalu nak tahu suasana di sini.Yang pasti Sarawak terbaikkkkk!!!!!

Saturday, February 5, 2011

Pemberontakan dan Kekacauan di Tanah Arab...Apa yang sebenarnya berlaku?

Kekacauan dan pemberontakan rakyat di Tanah Arab..Bagaikan Bom nuklear yang meletus melanda satu negara arab ke suatu negara arab yang lain.Dalam banyak-banyak kerajaan, yang menjadi tumpuan di seluruh media massa dan media cetak adalah Mesir.Media massa sering melaung-laungkan puncanya adalah kemarahan rakyat tentang rasuah,salahgunakuasa dan masalah ekonomi.


Banyak persoalan yang timbul.pertama pemberontakan dan kekacauan bukan berlaku pada satu negara sahaja?kedua apa punca dan motif yang menyebabkan meletusnya pemberontakan di negara-negara arab?
Kenapa begitu ramai rakyat negara arab sanggup mengorbankan segala-galanya nyawa,harta dan keamanan semata-mata untuk mengulingkan kerajaan yang memerintah?Apakah yang sebenarnya terjadi di Tanah Arab?Patutkah ia dipandang dari sudut positif atau negatif?


Yang penting adakah dengan pengulingan kerajaan baru ini akan menyelamatkan rakyat Palestin yang tertindas oleh rejim Yahudi.Sudah sekian lama pintu sempadan Mesir ditutup dan segala makanan dan keperluan rakyat Palestin disekat.Rakyat Palestin telah terkepung oleh negara-negara arab sendiri.


                                       
Ini adalah negara Palestin yang tinggal kini yang terpisah dua.Mari kita lihat negara yang arab yang mengepung Palestin dengan lebih dekat lagi seperti negara di bawah ini.



Disitu letaknya Gaza yang selalu kita dengar.Sempadannya adalah Mesir.Secara geografi, lebih 70% wilayah perbatasan Israel ‘dikepung’ oleh Mesir (Egypt), Yordania (Jordan), Libanon (Lebanon), Syria, dan Palestina. Sedangkan Arab Saudi berbatasan  dengan Semenanjung Sinai, Israel Selatan


Ternyata Negara arab yang mengepung Palestine yang tinggal adalah Kerajaan Mesir Dan Jordan.Adakah Pemberontak dan Kekacauan yang dikatakan untuk mengulingkan kerajaan Mesir dapat membebaskan Rakyat Palestine?Adakah bantuan makanan dan keperluan Rakyat Palestine dapat disalurkan semula?Semua perkembangan ini penting untuk pembebasan negara palestine.


Semuanya tinggal persoalan yang masih belum terjawab dan kita masih menunggu negara Mesir memberi jawapannya...


p/s:silalah baca artikel dibawah yang boleh membantu dalam menjawab persoalan mengapa berlakunya kekacauan dan pemberontakan di Tanah Arab...kita masih memantau perkembangan ini.
myMetroBerontak demi maruah

Tuesday, February 1, 2011

Fernando Torres kini milik Chelsea

Fernando Torres kini telah berhijrah ke Chelsea pada musim perpindahan Januari ini dengan ni lai 50 juta pound bersama David luiz dari Benfica.Perpindahan ini memberi tamparan hebat buat Liverpool yang sedang merosot prestasinya..Namun Kekecewaan Pasukan U will never walk alone terbuat dengan kedatangan permain baru iaitu Luiz Suarez dan Andy Carrol.Pasti memberikan impak yang hebat bagi jentera serangan Liverpool..Persoalannya sekarang adakah Steven Gerrard juga akan meninggalkan Liverpool????..kita tungguuuuuu....