Semuanya bagai fantasi....itulah yang boleh aku katakan tentang bagaimana aku boleh bertemu jodoh dengan isteriku..Hari ini akan ku abadikan di dalam blogku ini...Mungkin ramai yang tidak percaya jodoh ditentukan oleh Allah.Sampai ada yang mencari-cari hingga tak tercari-cari...Sampai ada yang mencuba-cuba hingga tak tercuba-cuba...Aku juga sedemikian..Namun aku tak menduga bertemunya jodohku sedemikian rupa...Jodoh seseorang akan sampai bila tiba waktunya...Bila Allah yang berkehendakkannya ,maka bertemulah jodoh yang dicari-cari...Subhanallah..
Ketika itu,aku berumur 24 tahun.Masih single and available...Namun aku belum berjumpa dengan calon teman hidup..Nak dikatakan payahnya, tidak ada pula yang minat kat aku...Mungkin rupa pun tak ada agaknya..Kerjaya aku seorang guru menimbulkan rasa ingin berkahwin...Yelah,hari-hari ajar dan didik anak-anak orang,muda-muda dah kena jadi bapa angkat di sekolah...Lebih baik aku kahwin dan dapat didik anak sendiri pada masa yang sama.Kalau bukan kerana aku seorang guru mungkin aku kahwin lambat lagi kot...Sebab diantara faktor pemangkin aku nak kahwin adalah kerana kerjaya aku yang banyak menghabiskan masa mendidik dan menjaga anak-anak yang sedang membesar.
Itulah aku pun pening nak cari jodoh ini.Yelah matlamat nak kahwin pada umur 25...Nak ambil sunnah.Namun, misi ini amat mustahil dengan tidak ada calonnya...Kalu nak berkawan mahu-mahu 1 tahun juga nak jadi teman istimewa sebelum diajak kahwin...Masa itu memang aku frust dan binggung.Maka datanglah pelbagai benda-benda bukan-bukan dalam fikiran ku.Namun,dengan izin Allah aku tetap kuatkan iman aku dan mengharapkan keajaiban berlaku pada diri aku.
Penantian demi penantian akhirnya sampai juga di penghujungnya.Pada bulan februari 2010,pada raya cina tahun lepas aku berkenalan dengan seorang gadis di Facebook.Pada mulanya aku terlalu takut nak menekan punat keyboard menegurnya di kotak chat .Yelah aku ni amat pemalu nak mulakan hal-hal mengorat ini..Aku beranikan juga menekan 'enter' dengan ayat permulaannya 'salam'.Dengan reaksi penuh harapan,dia pun balas...Bermula dari itulah kami berkawan dan menjadi rapat..Rupa-rupanya cinta yang aku cari akhirnya berjumpa juga di suatu tempat yang tidak pernah aku fikirkan ... di alam cyber...
Jodoh kami mudah dan tiada halangan...dia seorang guru yang bertugas di Sarawak..Bulan Mac dia pulang ke Pulau Pinang dan kami pun berjumpa.Bulan Jun kami bertunang dan Bulan September kami berkahwin...Begitu senang laluan cinta kami hingga ke jinjang pelamin.Maka misi yang aku anggap mustahil untuk berkahwin pada usia 25 tahun pun tercapai dengan izin Allah S.W.T
Kini kami sedang menanti kelahiran anak sulung kami pada bulan jun ini.Aku bersyukur di masa remajaku aku tidak terlibat dengan maksiat yang merosakkan.Aku bersyukur aku tidak terikut-ikut dengan nafsuku yang asyik memujukku ke jalan yang batil...Aku bersyukur akhirnya aku dipertemukan jodoh dengan isteriku yang amat memahami dan memberikan cintanya setulus hati.Alhamdullilaah..
Disini aku ingin menyampaikan suatu amanat kepada yang membaca kisah cinta aku khasnya kepada adik-adik yang sedang mencari cinta.Jauhilah maksiat dan perkara-perkara ' coupling' yang merosakkan..Bercintalah di selepas perkahwinan...kerana cinta selepas kahwin lebih manis dan indah..Bercintalah untuk berkahwin dan bukan untuk bersuka-suka atau sekadar ingin mencuba-cuba .Jauhilah bercinta ketika belajar kerana akhirnya jiwa akan merana.Yakinlah jodoh datang daripada Allah Taala.Jika ingin dipertemukan jodoh yang baik,jauhilah diri dari maksiat di usia remaja.
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Inilah ayat-ayat Al-Quran yang aku pegang ketika usia remajaku.Tenyata benar-sebenar-benarnya.Itulah janji Allah dan Allah pasti menunaikan janjiNya.Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan isteri atau suami yang akan menemani kita sepanjang hidup di dunia ini.Insyaallah....
0 comments:
Post a Comment