Persoalan yang perlu dibincangkan,Adakah wajar kementerian Pelajaran mempertimbangkan pemberian elaun tambahan untuk tugas-tugas sampingan di sekolah?Sejak akhir-akhir ini guru dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang terlalu banyak.Contohnya sebagai guru kelas,guru kokurikulum,jurulatih sukan di sekolah,bendahari PIBG dan lain-lain lagi.Wajarkah guru-guru menyenaraikan semula tugas-tugas tambahan yang telah dilakukan dan menuntut elaun-elaun tambahan daripada kerajaan?
Tugas-tugas sampingan sebenarnya menganggu bidang tugas utama guru iaitu pengajaran dan pembelajaran(P&P) dalam bilik darjah.Penilaian terhadap guru iaitu LNPT setiap akhir tahun pula tidak memberi markah bonus kepada kerja-kerja sampingan yang telah dilakukan oleh guru sebaliknya menekankan P&P dalam bilik darjah.Jadi dimana keadilan untuk guru-guru yang telah membuat kerja-kerja tambahan?Di mana markah bonus kepada guru-guru yang memajukan bidang kokurikulum seperti badan beruniform,sukan dan guru kelas yang sepanjang tahun menguruskan keperluan pelajar-pelajar?Adakah cukup sekadar pahala sahaja dengan membuat kerja-kerja amal ini?
Sepatutnya melalui badan dan persatuan guru , guru-guru bangkit untuk mempersoalkan tugas-tugas sampingan yang terlalu menggangu tugas utama guru.Sebenarnya guru-guru bekerja lebih masa untuk membuat kerja-kerja sampingan untuk tujuan pengurusan para pelajar dan kokurikulum berbanding tugasan akademik.Jadi sekali lagi penulis bertanya,Wajarkah guru-guru menuntut elaun tambahan untuk tugas-tugas sampingan yang dilakukan di sekolah?
Guru-guru patut bersatu dalam membela nasib guru-guru kini.Bilangan guru-guru adalah yang paling ramai dalam sektor perkhidmatan awam.Tapi dimana suara-suara guru sekalian?Adakah suara guru cuma lantang di bilik darjah sahaja?Guru-guru perlu bersatu dan bukan mengharapkan sebilangan guru dalam NUTP sahaja yang buat kerja dalam membela nasib guru.Sebarang usul tidak akan jadi jika mengharapkan NUTP sahaja sekalipun NUTP 'fighting like hell'. Sepatutnya guru yang bijak pandai tidak seharusnya didominasi malah mendominasi sebarang keadaan.Di manakah Silapnya?
Jadi cadangan penulis untuk mengelakkan penyalahgunaan tenaga guru untuk kerja-kerja bukan tugasan utama.Wajarkan pemberian elaun tambahan oleh kerajaan untuk tugas-tugas sampingan di sekolah kepada guru-guru?Saya pasti jika elaun tambahan ini diberikan nescaya beban guru-guru untuk tugas sampingan akan menurun.Percayalah...Melakukan kebajikan ada tempatnya,jika kebajikan yang dilakukan menganggu kehidupan harian sehingga menggangu masa beribadah kepada Allah,adakah kebajikan itu akan diberikan pahala?Fikir-fikirkanlah dan sebar-sebarkanlah diantara guru-guru supaya dapat membuka minda dan mulut mereka.
0 comments:
Post a Comment