BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Saturday, February 26, 2011

Antara loghat Utara Dan Kelantan,Yang Manakah Paling Releven?


                          

Di antara loghat utara yang kelantan yang mana lebih relevan?Tentulah loghat utara sebab aku orang utara...hehe..Namun aku harus bersikap adil kerana aku orang Malaysia..Mari kita ikuti penemuan aku tentang kelogikan loghat-loghat ini berdasarkan situasi situasi ini.

Situasi 1

Si Leman dan Si Ali dibesarkan oleh kedua-dua neneknya secara berasingan dari sejak kecik lagi.Si Leman dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya yang berasal dari Kedah manakala Si Ali dibesarkan oleh nenek di sebelah ayahnya di kelantan.

Setelah berusia 13 tahun kedua-duanya dijaga semula oleh ayah dan ibu meraka semula di KL.Namun loghat kedua-dua anak itu masih tidak berubah.
Nak dijadikan cerita,suatu hari satu keluarga itu balik kampung untuk bertemu nenek sebelah ibu mereka.

Setelah tiba di kampung halaman,mereka mendapati nenek tidak ada di rumah.Lalu ayah dan ibu menyuruh Leman pergi mencari di Kebun dan Ali mencari di sawah padi.Dengan taat kedua-dua mereka pun menjalankan tugas.

Setelah 10 minit kemudian,Kedua-dua pun memberitahu ayah dan ibu mereka.

kata Ali. "Ali doh gi sawoh . gi gi nenek takdo...
kata Leman"Leman dah pi kebun.Pi pi nenek takdak...

Sorang kata gigi takda sorang kata pipi takda..Yang mana lebih releven gigi takada ke atau pipi tak ada?Ada sendiri yang fikir..hehe

Situasi 2.

Sepasang suami isteri baru berkahwin..Isteri berasal dari Kelantan manakala si suami berasal dari Pulau Pinang.Kedua-duanya baru 3 bulan menjalani kehidupan berumahtangga.

Pada suatu pagi,suami bangun lewat dan ingin bersarapan.

si suami: "Sayang,abang lapar.."
Si Isteri: "abang Gi la makan"

si suami tersentak dengan kata-kata isterinya.

Pada petang itu si suami ingin keluar memancing dan mengajak isterinya bersama-sama.

Si suami : "sayang,Jom keluar memancing"
Si Isteri: "Abang gi la mancing,sayang tak nak"

Si suami tersentak lagi tetapi masih memendam rasa.Dengan perasaan kecil hati dia pun keluar memancing.

Si suami balik sebelum magrib.Selepas waktu isyak,si suami mengajak si isteri menonton TV

Si suami : "sayang jom tengok TV"

dan anda mesti tahu apa yang isteri akan cakapkan ye..hehe

Si Isteri: Abang gi la tengok TV, sayang ada kerja ni"

Kali ini si suami tidak tahan lagi dan menjerkah kepada isterinya

"sayang ini, asyik kata abang gila-gila je dari tadi..Apahal?"

Secara kesimpulannya bahasa kelatan pun tak releven jugak...jangan marah!!!!

Pelik:Aiskrim berperisa susu manusia mula dijual

          

Macam-macam: Ais krim susu ibu mula dijual LONDON: Ais krim berperisa susu manusia mula dijual di sebuah restoran baru di London.

Dengan harga £14 (RM70) yang dipanggil Baby Gaga, ia boleh didapati di restoran Icereamists di Covent Garden.

Susu manusia dari penderma berkenaan diadun dengan perisa vanila Madagascar dan kulit lemon berkenaan kemudian dijadikan ais krim.
Pengasasnya, Matt O’Connor berkata: “Baby Gaga ini amat berkrim. Tiada siapa yang melakukan sesuatu yang menarik dengan ais krim sejak 100 tahun lalu.” – Agensi

Friday, February 25, 2011

Pelik: kucing boleh tunjuk tanda 'BesT'

Ibu jari kaki kucing beri tanda bagus

SATU rakaman klipvideo di laman YouTube menunjukkan seekor kucing bernama Jimmy yang memberikan isyarat bagus dengan menggunakan ibu jari kakinya.

--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Satu klip video di laman YouTube menunjukkan seekor kucing memberikan isyarat bagus menerusi ibu jari kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam klip itu, terdapat seorang wanita yang bercakap dengan menggunakan loghat British meminta haiwan tersebut memberikan isyarat bagus.

Satu maklumat mengenai klip video itu di laman tersebut menyatakan bahawa kucing tersebut bernama Jimmy dan ia merupakan haiwan yang amat bijak walaupun boleh dianggap pemalas. - Agensi

Thursday, February 24, 2011

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version) [With Lyrics] [HD]






Lyrics: Insha Allah - Malay Version


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya


Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


(Ulang korus)


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...


(Ulang korus)


Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

Wednesday, February 23, 2011

Pelik:labah-labah berwajah manusia

Wajah mirip manusia pada labah-labah















WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.
Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Agesi


                                                

Tuesday, February 22, 2011

Wajarkah guru diberi elaun tambahan untuk tugas-tugas sampingan?

               
                  
                                              
                         
                                
Persoalan yang perlu dibincangkan,Adakah wajar kementerian Pelajaran mempertimbangkan pemberian elaun tambahan untuk tugas-tugas sampingan di sekolah?Sejak akhir-akhir ini guru dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang terlalu banyak.Contohnya sebagai guru kelas,guru kokurikulum,jurulatih sukan di sekolah,bendahari PIBG dan lain-lain lagi.Wajarkah guru-guru menyenaraikan semula tugas-tugas tambahan yang telah dilakukan dan menuntut elaun-elaun tambahan daripada kerajaan?
Tugas-tugas sampingan sebenarnya menganggu bidang tugas utama guru iaitu pengajaran dan pembelajaran(P&P) dalam bilik darjah.Penilaian terhadap guru iaitu LNPT  setiap akhir tahun pula tidak memberi markah bonus kepada kerja-kerja sampingan yang telah dilakukan oleh guru sebaliknya menekankan  P&P dalam bilik darjah.Jadi dimana keadilan untuk guru-guru yang telah membuat kerja-kerja tambahan?Di mana markah bonus kepada guru-guru yang memajukan bidang kokurikulum seperti badan beruniform,sukan dan guru kelas yang sepanjang tahun menguruskan keperluan pelajar-pelajar?Adakah cukup sekadar pahala sahaja dengan membuat kerja-kerja amal ini?
Sepatutnya melalui  badan dan persatuan guru , guru-guru bangkit untuk mempersoalkan tugas-tugas sampingan yang terlalu menggangu tugas utama guru.Sebenarnya guru-guru bekerja lebih masa untuk membuat kerja-kerja sampingan untuk tujuan pengurusan para pelajar dan kokurikulum berbanding tugasan akademik.Jadi sekali lagi penulis  bertanya,Wajarkah guru-guru menuntut elaun tambahan untuk tugas-tugas sampingan yang dilakukan di sekolah?
Guru-guru patut bersatu dalam membela nasib guru-guru kini.Bilangan guru-guru adalah yang paling ramai dalam sektor perkhidmatan awam.Tapi dimana suara-suara guru sekalian?Adakah suara guru cuma lantang di bilik darjah sahaja?Guru-guru perlu bersatu dan bukan mengharapkan sebilangan guru dalam NUTP sahaja yang buat kerja dalam  membela nasib guru.Sebarang usul tidak akan jadi jika mengharapkan NUTP sahaja  sekalipun NUTP 'fighting like hell'. Sepatutnya guru yang bijak pandai tidak seharusnya didominasi malah mendominasi sebarang keadaan.Di manakah Silapnya?
Jadi cadangan penulis untuk  mengelakkan penyalahgunaan tenaga guru untuk kerja-kerja bukan tugasan utama.Wajarkan pemberian elaun tambahan oleh kerajaan untuk tugas-tugas sampingan di sekolah kepada guru-guru?Saya pasti jika elaun tambahan ini diberikan nescaya beban guru-guru untuk tugas sampingan akan menurun.Percayalah...Melakukan kebajikan ada tempatnya,jika kebajikan yang dilakukan menganggu kehidupan harian sehingga menggangu masa beribadah kepada Allah,adakah kebajikan itu akan diberikan pahala?Fikir-fikirkanlah dan sebar-sebarkanlah diantara guru-guru supaya dapat membuka minda dan mulut mereka.

Saturday, February 19, 2011

Fesyen wanita Islam kini langgar larangan Allah

                                                                 
                                                 gambar sekadar hiasan

Fitrah wanita sememangnya ingin kelihatan cantik dan tampil bergaya....Sejak kebelakangan ini, berlaku ledakan fesyen Islam yang terkini dari hujung rambut hinggalah ke kaki...Pelbagai jenis tudung dan baju dikeluarkan semata-mata untuk 'up to date'  kepada fesyen wanita Islam terkini.Namun,adakah semua fesyen yang digayakan memenuhi spesifikasi tuntutan Agama Islam...Adakah sekadar cukup tudung di kepala dengan membiarkan susuk tubuh yang lain dilihat pada oleh lelaki bukan muslim?atau adakah wanita Islam bertudung hanya kerana ingin nampak cantik dengan mengayakan pelbagai jenis fesyen yang ada?Wahai wanita,berbaliklah kepada tujuan sebenar pemakaian tudung dan baju iaitu ingin menutup aurat daripada pandangan lelaki yang bukan hak.

Ikutilah artikel ini yang saya ambil dari harian metro..bacalah wahai saudara-saudari seislamku sebagai peringatan sesama muslim.


DIRIWAYATKAN oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman).
“Golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias.

“Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun sesungguhnya bau syurga dapat dihidu dari jauh.” Umum mengetahui, dalam dunia hari ini, rata-rata sibuk memajukan diri dalam mengejar arus kemodenan yang bukan saja membabitkan bidang teknologi, malah turut memberi kesan kepada corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama dan budaya.

Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dan terus diperlekehkan oleh pihak lain.

Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai antara kita terlupa bahawasanya kita banyak melanggar batasan yang ditetapkan Allah SWT. Ramai tidak menyedari fesyen pemakaian yang diikuti bertentangan dengan konsep Islam yang menuntut supaya menjaga aurat.

Arus perubahan zaman ini menyaksikan wujud kelonggaran dan kelekaan dalam kehidupan kita, di mana ada di kalangan suami dan ibu bapa membenarkan atau membiarkan anak dan ahli keluarga mereka mendedahkan aurat.

Paling mengaibkan, perubahan fesyen masa kini menjadikan ramai menutup aurat secara menipu.

Jadi, bagaimana pula ramai yang menutup aurat tetapi sebenarnya menipu? Keadaan ini boleh dilihat apabila ramai memakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh mereka tetapi dalam masa sama, pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan pula bentuk susuk tubuh mereka.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu tertentu seperti pada Jumaat dengan alasan menghormati hari berkenaan, sedangkan hari lainnya mereka memakai pakaian yang menampakkan aurat.

Ramai yang kembali mendedahkan aurat dan membuang pakaian menutup aurat pada masa lain, ketika ke pejabat, membeli-belah, melancong ke luar negara, bersukan dan beriadah seolah-olah ajaran Islam ini ada hadnya dan hanya sesuai pada hari tertentu.

Firman Allah SWT, bahawasanya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka, umpan dan bahan bakar api neraka itu terdiri daripada manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (at-Tahrim, 6) Berdasarkan ayat ini, jelas Allah SWT mewajibkan setiap hamba-Nya menjaga diri serta keluarga supaya tidak melanggar larangan-Nya selain tidak tergelincir daripada batas sempadan antara kebaikan dan kejahatan.

Umat Islam diseru supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

Firman Allah SWT: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Al-Isra, 7) Sebagai hamba Allah yang lemah dan pastinya tidak akan tertahan apabila menerima azab-Nya yang pedih, hendaklah kita melihat adakah pemakaian kita ini seperti kaum yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW atau kita mengikut sewajarnya cara pemakaian yang disyaratkan dalam Islam.

Marilah kita bersama-sama meneguhkan sifat takutkan azab Allah dalam perkara ini kerana setiap perkara yang kita lakukan, walaupun sekecil zarah sekalipun, pasti akan diazab oleh Allah SWT kelak.

Walaupun kita ingin kelihatan maju dengan mengikuti setiap perubahan teknologi dunia termasuk dalam cara berpakaian, hukum haram tetap tidak dapat dielakkan sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Ahzab, 36 yang bermaksud: “Dan tidaklah wajar bagi orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (mereka tidak) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka; dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang nyata.”