BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, April 12, 2011

Balasan Allah.Mak Nyah Kini Hidup Dalam Buangan





'Mak nyah yang ingin membuktikan Ajaran Islam itu salah',akhirnya hidup dalam buangan akibat dunia  khayalan yang diciptanya sendiri.

LONDON – Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.
Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.
Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.
“Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia,” kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar.
Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.
“Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun,” kata Fatine.
Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka.
Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.
Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah.

Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.
Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.
Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009.
Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain.
Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.
Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.
“Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula berkerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma £640 (RM3,160) sebulan,” kata Young sebelum ini.
Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.
“Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata perkara buruk terhadap saya,” kata Fatine.
Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.
Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki Fatine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.
Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.
“Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya,” ujar Young.
“Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula,” tambahnya. – Agensi

P/s: Makyah,gay dan Lesbian tak akan dapat menjalani  hidup sebagai manusia biasa.Mereka adalah bahan bakar api neraka kelak.Amalan mereka sudah tidak berguna selamanya..Bagi yang ada kesempatan hidup lagi,bertaubatlah..kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Allah masih membukakan pintu taubat bagi yang ingin ke pangkal jalan.Maka hargailah peluang untuk bertaubat.

Pelik tetapi benar:Rokok Penawar Kanser?


SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.
Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.
Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.
"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

Saturday, April 9, 2011

Kekejaman di Palestin:Umat Islam yang sokong?




Sedih dan amat pilu apabila membaca keratan akbar hari ini.18orang rakyat Palestin dibunuh kejam oleh Rejim Israel sejak bulan Mac yang lalu.Kelmarin 9 terbunuh termasuk seorang lelaki tua dan dua wanita.
myMetroIsrael terus mengganas




Adakah Umat Islam mengetahui dan ambil berat tentang berapa angka kematian terbaru rakyat Palestin?Saya pasti tidak..Tapi saya pasti, jika ditanya tentang siapa yang terkeluar dari AF9 dan Maharaja Lawak mesti semua...semua ikut perkembangan.




Pembunuhan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin sudah menjadi perkara biasa dan lapuk dari pemikiran umat Islam sekarang.Tiada perjuangan dan penentangan dari umat Islam lagi.Cuma suara-suara lemah  yang membuat bantahan.Semuanya sudah lupakan palestin.Lupa dengan saudara seIslam sendiri yang sedang merana dibedil oleh senjata Laknatullah Israel.Mengapa?Adakah sebab umat Islam terlalu cintakan dunia...Mengapa? Adakah umat Islam cuma ramai tapi bagai buih-buih di tepi pantai,tiada berguna?




Perjuangan umat Islam sudah terhenti di pertengahan jalan...Baik menteri mahupun rakyat sudah tidak menghiraukan tekanan yang sepatutnya diberikan kepada Yahudi. Kita sudah lupa memboikot produk dari Amerika dan Israel..Semua hanya hangat-hanyat tahi ayam sahaja.Sumbangan kepada tabung Palestin sudah tidak kedengaran lagi...Semuanya sudah senyap bagai suara dibawa angin berlalu pergi...




Pembunuh rakyat Palestin adalah umat Islam sendiri...itulah hakikatnya.Yahudi sudah pasti laknatullah..peranan mereka memang menghancurkan umat Islam..Tapi bagaimana dengan tindakan umat Islam sendiri?Mendiamkan diri dan membenarkan perkara ini berlaku...Meng'ia'kan pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan rejim Yahudi.Bukankah itu tanda sokongan?diam tanda setuju...Sebenarnya umat Islam adalah 'the biggest fan' kepada rejim Yahudi.Mereka yang menjadi penyokong dan peminat kepada pembunuhan rakyat Palestin.Itulah sebenar-benarnya yang terjadi...




Saya harap bila anda bertemu dengan malaikat 'mungkar dan nakir anda akan terlepas menjawab "soalan Siapakah saudaraku?".Jika anda tidak terlepas,maka anda tahu sebabnya..




Bagi umat Islam yang masih ada 'hati' dan perasaan,sumbangkanlah sekurang-kurangnya wang ringgit kepada
tabung Palestine di
1)Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528
          Keterangan lanjut hubungi Sdr. Sabri Ibrahim (019-2395799.)

          2) Tabung aman Palestin
              Dana Sumbangan & Derma            Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
           Maybank (M) Berhad: 562263010787
           Untuk kepastian sila rujuk http://www.amanpalestin.net
         Telefon: +603 8926 7019

        Sumbanglah dengan apa yang kita ada dan mampu samaada dalam bentuk harta atau
        tenaga.Ingatlah tiada siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk membebaskan Palestin
       melainkan umat Islam itu sendiri.InsyaAllah Palestin pasti bebas dari cengkaman  Yahudi.
   

Pelik tetapi benar:Batu nisan 'hidup'?

 
Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa

Pandang ke Acheh:Hukuman sebat ke atas pesalah zina

Sesungguhnya Bandar Acheh telah melalui suatu perubahan keislaman yang tinggi.Masyarakat Islam di Acheh sudah benar-benar  mengambil iktibar selepas peristiwa Tsunami yang melanda mereka pada tahun 2004 yang lalu.Penyebabnya hanya masyarakat Aceh sahaja dapat menilainya.Hukum sebat di khalayak ramai ke atas pesalah zina telah mereka jalankan.Benarlah dari sejarah yang kita baca di sekolah,Acheh dikenali sebagai "serambi Mekah' pada suatu ketika dahulu.Masyarakat Acheh benar-benar mengikuti tatacara dan pentadbiran Islam yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Bersyukurlah jika menjadi rakyat Acheh yang dilindungi  dengan keberkatan Allah S.W.T.


Sesungguhnya masyarakat Acheh seharusnya bersyukur  kerana dapat mengalami dan melihat sendiri Kebesaran  dan Keagungan Allah S.W.T.Sesungguhnya Islam adalah sebenar-benarnya agama yang patut dianuti.Disebalik peristiwa buruk yang mereka hadapi,tersirat petunjuk daripada Allah kepada mereka yang beriman yang percaya pada Al-Quran dan hadis nabi.Rugi dan sesatlah bagi mereka yang melihat kebesaran Allah,lalu berpaling dan menutup kedua-dua mata dan telinganya,kerasnya hati mengatakan Allah tidak wujud.


Acheh 2011..Acheh telah bangkit kembali.Memperingati kejadian tsunami sebagai peringatan dari Allah,Acheh kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.Sesungguhnya Masyarakat Acheh telah menuju ke jalan yang benar,jalan yang diredhai oleh Allah.


Ikuti artikel tentang hukum sebat di khalayak ramai di
IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


Kita sebagai masyarakat Malaysia dan umat Islam patut pandang ke Acheh.Pelajari  dan buat kajian dasar Islam di sana..Mereka telah jalankan hukuman Allah..Dalam 5 tahun lagi,kita akan tahu statistik anak luar nikah,maksiat dan gejala sosial pasti akan berkurang.Insyallah..


Di Acheh,ada  ini ke?Malaysia?

Friday, April 8, 2011

Kes pelajar tumbuk guru, apa tindakan Kerajaan?

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.
 ikuti harian metro di pautan ini.
myMetro Pukul cikgu

Pelajar lelaki  tumbuk guru?Guru wanita pula?Apa sudah jadi dengan dunia pendidikan sekarang?Jika sebelumnya kita dikejutkan dengan kejadian seorang ustaz membunuh seorang murid tujuh tahun,sekarang kita berdepan pula dengan kebiadapan para pelajar sendiri terhadap guru.Bezanya,Kes ustaz membunuh murid mendapat perhatian sampai ke pihak atasan dalam kerajaan,kes guru ditumbuk dipandang sepi pula oleh kerajaan.Apahalnya?
Seorang ustaz mengajar  SAR bukan dalam KPM pun..Tetapi mendapat perhatian...Kes pelajar tumbuk guru ,kerajaan diam...KPM membisu...Sedangkan guru  seharian berdepan tugas-tugas getir dalam mendidik dan mendisiplinkan para pelajar yang kini makin teruk dan tidak bermoral....
Inikah maksud 'Membawa Pendidikan ke persada antarabangsa?Tinggi sungguh cita-cita Kerajaan macam ingin meminang Puteri Gunung Ledang.Namun,tiada pelan yang releven dan tiada usaha menyeluruh.Mungkin kerajaan suka melaung-laungkan sahaja kerana nak mengambil hati rakyat.Kami faham,bukan kerajaan yang buat kerja,kami di barisan bawahan  ini yang buat kerja dan kami lebih memahami situasi pendidikan.Adakah Kerajaan tanya guru-guru sebelum buat sesuatu keputusan? Ada?

Kadang-kadang betul juga dakwaan pembangkang,Kerajaan pelekeh guru-guru.Kerajaan ubah itu dan ini tanpa mendapat sokongan dan pandangan guru-guru.Ya memang kerajaan majikan guru,namun guru-guru bukan milik kerajaan yang boleh dibuat sesuka hati.

Saya sebagai guru ingin memberi cadangan kepada kerajaan,PANDANG SERIUS ISU DISIPLIN para pelajar.Kaji dan gubalkan peraturan pelajar yang tegas,relevan dan mengikut peredaran masa.TERAPKAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN para pelajar melalui pengenalan ADAB BELAJAR dalam Pendidikan.Pelajar-pelajar wajib diasuh dengan adab-adab belajar menurut Islam supaya ilmu dan pengetahuan diberkati dan mudah diperolehi.Jika para pelajar gagal menunjukkan adab belajar dan menghormati guru kenakan kelas kaunseling sehingga para pelajar itu benar-benar dapat mengamalkannya.


Yang kedua,Syorkan PENALTI atas kesalahan pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang teruk.Penalti berbentuk SEKATAN dan DENDA WANG RINGGIT .Sekatan bantuan kewangan kerajaan untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti tanggungan kendiri Yuran sekolah,buku teks dan Yuran peperiksaan.Ini dapat memberi amaran kepada  ibubapa untuk menjaga dan menasihati anak-anak mereka ketika di sekolah.Ibubapa perlu peka  dan ambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah.Ambil contoh pendidikan di Singapura,semuannya tanggungan sendiri dan kos pendidikan sangat tinggi.Kita rakyat Malaysia sangat beruntung,pendidikan di bawah Tanggungan Kerajaan,Namun menjadi adat kepada manusia,benda yang diberi percuma selalunya tidak dihargai.

Sesungguhnya membawa pendidikan ke persada antarabangsa memerlukan keseluruhannya sempurna.Pelajar,guru dan Pentadbir bersama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing
dengan disiplin,bertanggungjawab dan bekerjasama.Matlamat yang dirancang perlu diterima dan dikongsi oleh semua.Bermula dengan DISIPLIN dan ADAB belajar yang baik yang menjadi amalan  para pelajar, merupakan langkah pertama sebelum menyusur langkah-langkah yang seterusnya.Kuantiti pelajar yang cintakan ilmu perlu ditingkatkan semaksimanya  seterusnya kualiti perlu dianjak ke paras yang tinggi Barulah kita boleh melaung-laungkan pendidikan Malaysia sudah ke peringkat antarabangsa.Sesuatu Masyarakat yang berilmu dapat dikenalpasti melalui sifat-sifat mereka yang cintakan ilmu,hormati guru dan ada adab menuntut ilmu.Jika tidak mampu melahirkan masyarakat sebegini,hentikan melaung-laungkan cita-cita besar dan umumkan  cuma tanggungjawab sosial kepada rakyat.
.
Penulis memohon maaf jika ketelanjuran memberikan kritikan kepada Individu atau badan-badan tertentu.Bukan Isu politik yang disuarakan,namun perbincangan masa depan pendidikan negara.Segala kritikan , pendapat agar isu dan matlamat pendidikan diperincikan,diperjelaskan dan tindakan yang lebih releven dan menyeluruh perlu diambil oleh golongan yang terlibat dalam  dunia pendidikan

.
P/s:Teringat suatu ketika dahulu,sebelum pergi ke sekolah ibu dan ayah berpesan agar menghormati guru dan belajar bersungguh-sungguh supaya ilmu diberkati dan berjaya suatu hari nanti..Alhamdullilah aku menjadi golongan yang berilmu pengetahuan akhirnya.

Wednesday, April 6, 2011

Al-Fatihah:Nenek sy Maznah bt Ibrahim meninggal dunia

Kepada sahabat-sahabat blogger yang singgah ke blog sy ini,sy minta sahabat-sahabat sedekahkanlah  bacaan Al-Fatihah kepada nenek sy Maznah bt Ibrahim yang telah kembali ke Ramatullah pagi Khamis sebentar tadi..Jasa sahabat-sahabat akan saya kenang...Terima kasih.