BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, June 29, 2011

Motosikal terbang dah dicipta

Motosikal terbang pertama di dunia


CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Saturday, June 25, 2011

'Bir halal' haram diminum sehingga majlis fatwa sahkan




Isu' bir halal.'..haram atau halal sesuatu makanan dan minuman sangat sensitif bagi Umat Islam di Malaysia.Umat Islam Malaysia digesa tunggu keputusan dari Majlis Fatwa kebangsaan berkenaan isu ini.




Mengapa panggil 'bir'..mengapa tidak guna 'minuman buah-buahan' sahaja.Walaupun diyakinkan oleh pengusaha produk ini halal,namun sebagai orang Islam kita wajar menunggu keputusan daripada MFK.



Keputusan berkenaan isu 'bir halal' hanya akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim Mat Ali Sarbini.

Beliau berkata sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenainya, bir berkenaan itu adalah haram untuk diminum oleh umat Islam.

Beliau berkata pada masa ini sampel bir berkenaan masih berada di makmal-makmal universiti tempatan untuk dikaji perincian kandungannya termasuk alkohol.

"(Keputusan) belum (ada) lagi. Masih dalam peringkat penyelidikan. Oleh kerana makmal ini mempunyai giliran-gilirannya, jadi banyak benda-benda yang perlu diberikan keputusan yang menjadi perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha merasmikan mesyuarat agung Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kali ke-16 di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields hari ini.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lalu selepas akhbar melaporkan penjualan bir berkenaan di pasaran semakin popular di kalangan umat Islam di negeri Johor dan penjualannya dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Pada 29 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata umat Islam tidak dibenarkan meminum bir berkenaan kerana kandungan alkohol bir berkenaan sebanyak 0.5 peratus iaitu melebihi paras alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.01 peratus.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Mat Ali berkata pada bulan depan Jakim akan mengedarkan naskhah Al-Quran dalam bentuk Braille kepada Jabatan Agama Islam Negeri bagi diagihkan kepada sekolah-sekolah orang cacat penglihatan di negeri masing-masing.

Beliau turut berkata bantuan yang diberikan kepada orang cacat penglihatan bukan sahaja meliputi bantuan Al-Quran dalam bentuk Braille tetapi juga meliputi bantuan-bantuan lain termasuklah kewangan.

Pada majlis itu, Mat Ali menyerahkan dua naskhah Al-Quran Braille berharga RM500 sebuah sumbangan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) kepada dua anggota Pertis.

-bernama-

lucu:Guitar Baby!

baby baru setahun dah pandai main gitar...Benarkah?Sila beri komen...




Saturday, June 18, 2011

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Alhamdullilah,baru hari ini saya dapat baca dan mengetahui apa yang terdapat dalam kaabah,siapa pemegang kunci pintu kaabah dan keadaan dalam kaabah.Disini saya kongsikan untuk pembaca setia blog saya..Sama-samalah beramal semoga suatu hari nanti kita dipilih dapat menziarah dalam kaabah juga seperti Ustaz Haron Din.Insyaallah

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.


Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Gambar Dalam Kaabah

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.





Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

sumber:http://www.harakahdaily.my/pengalaman-ustaz-haron-din-masuk-dalam-kaabah

Friday, June 17, 2011

Selamat hari bapa:Besarnya pengorbanan seorang ayah

 
 
hai nama saya Muhammad Farish Zuhayr..comey x saya?
 
Alhamdullilah Muhammad Farish Zuhayr telah sembuh dari dari demam kuning yang dialaminya...Umurnya dah nak cecah sebulan.Beza juga dia apabila kuning dah hilang.Muhammad Farish nampak lebih comel pada pandangan ayah dan mama.Bersyukur kepada Allah, dalam masa sebulan ini kami sekeluarga(ayah,mak &adik, mak mentua & adik-adik isteri) bertungkus lumus & berganding bahu dalam memastikan bayi kami ini sembuh dan dan berada dalam keadaan sihat hendaknya.
 
Dugaan yang mencabar ini ,menginsafkan aku tentang betapa besarnya pergorbanan ayah dan ibu semasa menjaga aku sewaktu  kecil.Alhamdullilah,dengan  rezeki yang ada kini,aku dapat membalas budi  dan menolong ibubapa aku walaupun tidak terbalas budi & pergorbanan mereka itu.
 
Hari bapa bakal menjelang tiba.Teringat kembali pengorbanan ayah aku sewaktu aku masih kecil.Kami bukanlah dari keluarga yang mewah tetapi ayah tetap memenuhi kemahuan kami adik beradik.Sewaktu aku kecil, aku ini jenis nak sesuatu benda nak juga2.Nak itu dan nak ini.Tidak terlintas sesekali di fikiran aku yang ayah aku cuma bergaji kecil.Ayah memang sabar dan amat menyayangi aku.
 
Sewaktu aku berjaya mendapat 4A dalam UPSR,ayah tetap memenuhi janjinya untuk membeli Gameboy sebagai ganjaran  lulus  cemerlang  dalam peperiksaan.Sebaik sahaja mendengar aku berjaya,ayah terus membawa aku membeli permainan itu walaupun dirinya pada masa itu demam dan tidak bermaya.
 
Ayah tidak lokek membelanjakan rezekinya kepada kami.Baju kami cantik-cantik,makanan kami enak-enak,duit sekolah kami banyak dan banyak lagilah.Tetapi ayah nak beli baju baru untuk dirinya satu pun tidak dibelinya.Kalau beli satu pun baju yang murah dan pada harga lelong.Hari raya ayah cuma pakai baju tahun-tahun lepas sedangkan kami tiap-tiap tahun tukar baru..Besarnya pengorbanan seorang ayah bagi memastikan anak-anaknya mendapat keselesaan dan mendapat keperluan yang terbaik sekali.Kalu nak senaraikan sampai bila pun tak akan habis.Suatu benda yang aku  tak boleh balas dan tak akan terbalas selamanya.
 
Alhamdullilah,segala pergorbanannya tidak aku sia-siakan sewaktu aku di alam remaja.Bersyukur aku memilih untuk tekun belajar dan menjaga maruah keluarga sebaik-baiknya.Tidak aku palitkan sesuatu yang buruk pada  nama keluarga aku sehinggakan  tidak terungkap sesuatu yang buruk dari mulut jiran-jiran sekampung melainkan yang baik-baik sahaja.Syukur aku membuat sesuatu yang benar yang menyebabkan pergorbanan besar ayah tidak sisa-sia.
 
Kini giliranku pula untuk menjaga ayah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik .Hasil pengorbanannya yang besar itu ,aku telah mendapat pekerjaan yang baik dan hidup selesa.Terima kasih Ayah di atas segala
 pergorbananmu untuk selamanya.Selamat Hari bapa dan hanya Allah  yang dapat membalas segala jasamu di dunia dan di akhirat.
 

Thursday, June 16, 2011

karikatur Malaysia:Surat khabar dan kartunis hina Islam

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat dan membaca karikatur sebuah surat khabar nasional yang terang-terang menghina perundangan dan hukum Islam dengan membuat pembandingan yang jelas memburukkan dan menafikan keadilan dan kerelevanan hukum Islam.
 
Disini saya tidak dapat bayangkan,bagaimana sebuah negara yang mengaku Islam,boleh wujud karikatur sebegini yang dilukis oleh umat Islam sendiri.Jika dilukis oleh orang bukan Islam di luar negara kita bangkit menyuarakan bantahan secara besar-besaran terhadap pelukisnya,bagaimana pula yang sudah berlaku di Malaysia?
 
Amat dukacita bila hanya disebabkan pertikamanan politik,maruah agama diperkotakkatikkan.Disebabkan politik kita sanggup menjaja nama buruk Islam.Disebabkan politik kita sanggup memecahbelahkan ummah.
 
Saya amat bersetuju pandangan dan hujah yang dinyatakan oleh penulis Malaysiakini dibawah.Hujah penulis nyata releven dan dapat diterima akal.Yang pasti beliau membela perundanganIslam dengan hujah-hujah yang jelas berserta contoh yang benar.
 
Saya bukanlah arif dalam bidang perundangan,namun saya berpendapat hukum Allah adalah yang sebenar-benarnya.Dialah pencipta langit dan bumi dan  Maha mengetahui apa yang manusia tidak ketahui dan tercapai akalnya.Mustahil bagi Pencipta langit dan bumi melakukan kesilapan melainkan manusia yang sering melakukan kesilapan.Lihatlah bagaimana Allah mencipta langit dan bumi dengan sempurna dan manusia yang melakukan kerosakan terhadap ciptaannya yang terang dan nyata.Diutuskannya rasul untuk memberi bimbingan kepada umat manusia.Rasul yang disampaikan hidayah beserta ilmu untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.Janganlah kita mempertikaikan ajaran rasul kerana sesungguhnya dia diutuskan oleh Allah yang Maha bijaksana lagi Maha mengetahui.
 
 
 
Kartunis Utusan, rogol dan zina
Mohd Asri Zainul Abidin
Jun 16, 11
4:47pm
Kongsi 777
Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.


Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.
Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.


Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?


Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?


Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.
Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.
Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.
Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?
Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:
“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.
Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.
Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.
Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).


Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.


Lian


Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.
Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.
Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;
Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.
Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.
Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

Wednesday, June 15, 2011

khas wanita:Ajaran Rasullulah mengelak dirogol


Cegah diri anda daripada menjadi mangsa rogol..Amalkan pesanan yang diajar Rasullulah

Ketahuilah para wanita sesungguhnya Rasullulah S.A.W  telah mengajar cara untuk mengelak seseorang wanita daripada menjadi mangsa rogol dan tercetusnya kejadian rogol.Bacalah dan amalkanlah..Insyaallah anda akan selamat daripada menjadi mangsa.

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketahuilah! Seorang lelaki bukan mahram tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda, kecuali jika dia bernikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.”
(Hadis Riwayat Muslim)


“Suruhlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan ketika sudah berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)” (HR. Abu Dawud).


Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Karena setan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.” (Hadis Riwayat Muslim)


Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam Al-Qur’an dalam surah An Nuur ayat 30:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Kalau masyarakat kita beramal, sudah tentu banyak masalah dapat diselesaikan.Sudah pasti punca-punca dan permulaan kepada tercetusnya jenayah rogol dapat diatasi...Lebih baik mencegah daripada merawati...Paling penting tutuplah aurat anda dengan sebenar-benarnya..Ia dapat mengelak daripada mencetuskan keinginan seseorang lelaki daripada melakukan perbuatan terkutuk.

P/s:Silalah pesan  dan kawal  anak-anak perempuan,adik beradik perempuan,teman-teman rapat ajaran ini...Jika kita jaga dan ambil tahu anak-anak perempuan kita  nescaya mereka akan dijauhkan daripada kecelakaan ini.