BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Tuesday, August 9, 2011

Wang polimer RM5 mudah terkoyak?

Sejak Wang RM5 baru diperkenalkan pada 26 oktober 2004 menggantikan yang lama,didapati wang ini mudah terkoyak dan tidak tahan lasak.Walaupun ia diperbuat ia diperbuat daripada polimer dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baru namun dari segi ketahanan wang ini adalah tidak memuaskan jika dibandingkan dengan wang RM1,RM10 dan RM50.
Wang polimer RM5 mudah terkoyak pada bahagian sisi dan renyuk .Bila dilipatkan ia  tidak mudah kembali ke bentuk asal.
Pengeluaran  wang polimer  RM5 ini perlulah dikaji semula Bank Negara Malaysia dari segi ketahanannya berbanding RM yang lain.Setakat ini RM10 menunjukkan ketahanan yang tinggi dan sepatutnya RM5 diperbuat dari bahan yang sama.



Kertas  wang RM5 yang lama


 Wang polimer RM5 yang baru

P/s:Aku sebenarnya ada  2 keping RM5 yang terkoyak dan hilang sebahagian kecil bahagian tepi dia...Sapa yang volunteer nak tukar ngan aku?angkat tangan....

Kek lapis Sarawak & mentega golden churn

Tidak sangka sungguh kek lapis yang popular di Sarawak kini dah jadi najis berat.Bukan semua kek lapis ,cuma  yang  menggunakan mentega golden churn sahaja yang haram.Ini berikutan penemuan  DNA babi dalam mentega tersebut oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan Johor.
Lepas ini aku rasa was-waslah nak beli kek lapis Sarawak dah...Selalu beli kat Dayang Salhah.Tak tahu dibuat guna mentega tersebut atau tidak.Harap-harap tidaklah.
Apapun kepada pengusaha kek lapis yang beragama Islam wajiblah bertukar  kepada mentega yang halal setelah dapat tahu perkara ini.Kalu dah terpakai butter itu tanpa pengetahuan sepatutnya kita maafkan mereka.Perkara tentang golden churn ini kita semua baru tahu.Kalu ada kek lapis yang dah dibuat...lupuskan sahaja dan jangan terus dijual kepada pengguna.Wajib samak semua peralatan membuat kek lapis.Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang Islam.Jangan kerana duit anda nak menanggung dosa .
Apa pun benda dah terjadi...buang yang keruh,ambil yang jernih.Jom support kek lapis Sarawak semula...Dengan itu kita dapat bantu  memajukan saudara Bumiputera Islam kita di sana.
Janganlah kerana nyamuk kelambu hendak dibakar.Pastikan kita beli kek lapis yang kita tahu pengusahanya Islam...Insyaallah selamat.........
golden churn butter haram ada DNA babi
 Jom Support semula kek lapis sarawak ...

Jualan kek lapis Sarawak jatuh merudum


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUCHING: Industri kek lapis Sarawak yang sebelum ini menjana pendapatan tinggi usahawan bumiputera wanita negeri ini serta sinonim dengan imej pelancongan Sarawak kini berdepan masa depan yang gelap sehingga ada menghadapi prospek gulung tikar.
Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata, walaupun jaminan sudah diberi mereka tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka.
Beliau berkata ada peniaga yang sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal untuk menyakinkan pelanggan Islam.

"Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak dari Selangor menghubungi saya menangis kerana diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama

Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan:Puasa belum mula lagi dah fikir nak raya?

Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap golongan manusia ini,puasa belum mula lagi dah fikir nak raya.Nak berfikiran jauh pun biarlah bertempat.Nak buat baju baru lah,nak tempah kuihlah dan ada yang siap bertengkar nak balik raya rumah ibubapa atau mentua  raya nanti....
 
 
Baju raya dah hantar tailor?kuih raya dah tempah?set perabot nak tukar?
 
Adakah bila berakhirnya puasa ramadhan ini, perlu kita raikan besar-besaran?Kita raikan kejayaan kita melawan hawa nafsu atau kejayaan kita membebaskan diri mengikut hawa nafsu semula?Raya ini semacam disalahertikan oleh masyarakat seperti suatu pesta yang diraikan,tersasar daripada erti sebenar iaitu meraikan kejayaan melawan hawa nafsu dan kejayaan mengumpul pahala yang ibadah kepada Allah.
 
Itulah jika "hasil didikan syaitan " dah tertanam dalam jiwa,semua pengertian dan tujuan sebenar sesuatu yang kebaikan boleh  menyimpang jauh menjadi keburukan pula.Hawa nafsu itu sudah menguasai diri berbanding akal yang menafsir makna tersirat di sebenar sambutan Aidil Fitri bagi orang-orang yang beriman.
 
Fokus yang perlu diutamakan adalah soal ibadah kita buka soal nak raya semata-mata...bulan puasa ini adakah kita dapat kumpul pahala sebanyak mana bukan fikir persediaan  nak raya nanti sehebat mana..Tetapi itulah yang selalu difikirkan oleh kebanyakan orang yang akalnya pendek..
 
Aku sebagai sahabat nak nasihatkan diri aku dan sahabat-sahabat sekalian..Soal raya tolak kemudian..Di bulan puasa ini marilah kita beramal mengumpul pahala ibadah sebanyak mana yang mampu.Moga-moga ia menjadi bekalan yang cukup di hari perhitungan kelas..

Bulan Ramadhan:bulan kumpul pahala ,bukan bulan gila 'business'

Umat Islam diingatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadat mengumpul pahala sebanyak mana yang mampu,bukan bulan untuk mengumpul duit melalui  aktiviti perniagaan semata-mata.Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan melipatgandakan pahala di bulan ini  kepada hamba-hambaNya bagi memberi peluang kepada mereka menimba pahala ibadat sebanyak mana yang mampu memandangkan usia manusia yang terlalu singkat dan demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Sepanjang bulan Ramadhan kita dapat menyaksikan dua golongan yang meraih keuntungan.Satu golongan yang gigih mengumpul pahala ibadah dan satu lagi golongan yang gigih mengumpul wang sebanyak mana yang mampu melalui  aktiviti perniagaan di bulan puasa.Sebaik-baik keuntungan adalah golongan yang mencari pahala ibadah kerana dapat menggunakannya apabila bertemu Allah di akhirat kelak.Dan seburuk-buruk keuntungan adalah 'keuntungan sementara' yang diraih  oleh golongan yang asyik dengan business mereka sehingga terlupa erti sebenar Allah menjadikan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Aktiviti perniagaan bukan tidak boleh dijalankan,bahkan digalakkan dalam Islam.Namun mencari pahala ibadah di bulan puasa perlu diutamakan dan aktiviti perniagaan adalah yang dikeduakan kerana bulan Ramadhan inilah umat Islam diberi suatu peluang mengumpul pahala yang besar.



Bukan tidak boleh berniaga...Pastikan ibadah diutamakan berbanding perniagaan di bulan Ramadhan


Melihat dengan masa yang terus berlalu,bilakah agaknya kesempatan untuk seseorang peniaga untuk melakukan ibadah jika terlalu asyik  menjalankan dan menguruskan business sepanjang bulan puasa?Wujudkah  seseorang peniaga yang tidak puasa lantaran keletihan menyediakan juadah untuk perniagaan di sebelah petangnya dan malamnya tidur akibat kepenatan?Wujudkah  peniaga yang  siang dan malamnya bertungkus lumus mengadun dan membakar kuih- muih semata-mata memenuhi 'order' dari para pelanggannya?

Bulan puasa sepatutnya dalam jiwa dan raga mereka adalah untuk Allah semata-mata.Rugilah golongan yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan business mencari wang semata-mata dan mendahulukan peniagaan daripada beribadah kepada Allah.Suatu yang perlu direnungkan oleh semua,"Bila seseorang ditimpa penyakit yang mengundang ajalnya  ,segala wang  yang dimilikinya sudah tidak berguna lagi,akan tetapi jika di masa hidupnya dia sibuk mengumpul pahala,pahala yang dikumpulnya menjadi penyelamat ketika hari akhirat kelak.Ajal pasti datang dan sempatkah dalam hidup kita ini ,kita mengumpul bekalan sebanyak mana  di sana nanti ?kerana bukan pasti Ramadhan akan tiba lagi untuk kita yang terlalu leka dengan kesenangan dan kemewahan dunia ini yang hanyalah ujian dan bersifat  sementara sahaja.

Monday, July 25, 2011

Bulan Ramadhan:Tindakan Tegas Ponteng Puasa

Denda RM3,000 ponteng puasa




Sikap segelintir umat Islam enggan berpuasa pada bulan Ramadan boleh dituduh hina Islam. - Gambar hiasan.


KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat. Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.
Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam. Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.

Saturday, July 23, 2011

Malaysia tumbang di tangan Singapura 3-5


Dimanakah hilangnya rentak sang Juara?Mudah tumbang kepada lawan yang tidak ternama.

Skuad Harimau Malaya tumbang di tangan Singa...Itulah yang boleh diperkatakan tentang nasib anak buah K.Rajagopal.Pemain Malaysia hanya boleh dikatakan 45 minit di masa separuh masa kedua sahaja.Pertahanan Malaysia macam paip bocor...air mudah melimpah keluar...Terlalu mudah pemain singapura melulu mara ke kawasan pertahanan kita dan menjaringkan gol.Seolah-olah langkah mereka tiada halangan.

Kali ini kualiti permainan Malaysia amat merosot mendadak...Ball positon kita kurang,kurang rangkaian ball passing yang lancar dan tersusun serta kawalan tengah yang longlai.Punca utama midfielder malaysia yang gagal menguasai bahagian tengah padang.Peluang ini diambil oleh barisan pemain Singapura mudah mara ke gawang pasukan malaysia.

K Ragagopal nyata tersalah percaturan dengan menyediakan barisan pertahanan yang amat lemah dan mudah bocor.Ditambah penyakit kelam kabut dan mudah panik apabila lawan menjaringkan gol.Penjaga gol pula nampak tidak fokus dan tangkas menepis gol lawan.Pemain no 6 dan 8  malaysia semalam terlalu panik dan kelam kabut dan mengundang kenyakinan pasukan lawan menyerang dan menjaringkan gol.Pemain No 2 pula amat keras permainannya dan banyak memberi ruang kepada penyerang lawan.Ternyata semuanya angkara pertahanan Malaysia menyebabkan kekalahan pasukan kita semalam.

K.Gopal juga banyak memasukkan muka baru dalam perlawanan genting seperti ini.Nyata kombinasi gagal dan penyudah pula lemah.Midfielder kita memudahkan pemain lawan tiba ke kawasan kotak penalti malaysia.

Semuanya perlu diperbaiki sebelum menjelang perlawanan khamis ini.Ternyata ada hikmah disebalik kekalahan ini.Tanya pemain-pemain kita adakah mereka ingin ke piala dunia.Jika ya, tingkatkan mutu dan kualiti permainan.Jika ingin ke piala dunia,anda perlu tebus semula jaringan dan menang besar pada perlawanan khamis ini.Tunjukkan taring kita dan mengaumlah sepuas-puasnya menerkam lawan.Itulah tanda sang juara....