BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, October 25, 2010

Koleksi Buku Pembangunan Diri untuk Remaja

Dari laman blog:http://alamceritera.blogspot.com

Koleksi Buku Pembangunan Diri untuk Remaja
Tip Pelajar Cemerlang

Penulis : Mohd Fadzilah Kamsah,
Jumlah Muka surat : 78


Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, Berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang? Buku kecil ini menyediakan tip-tip praktikal untuk pelajar-pelajar yang dapat digunakan dalam kehidupan harian. Tip yang mudah tetapi berkesan membantu pelajar meningkatkan potensi diri menjadi lebih cemerlang.


Harga : RM6.50





Teknik Belajar Berkesan & Efektif
Penulis : Hasan Mohd. Ali
Jumlah Muka surat : 256


Buku disusun bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kaedah belajar secara berkesan. Kaedah ini dikenal pasti dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dengan kaedah pembelajaran yang lebih tersusun, sistematik dan mampu merealisasikan kecemerlangan yang menjadi idaman pelajar.

Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sedikit ilmu dalam buku ini untuk dijadikan panduan sepanjang proses menimba ilmu.

Harga : RM15.90






Resipi Kejayaan untuk RemajaPenulis : A. Razak A. Muthalib, Ahmad Fadzli Yusof,
Jumlah Muka surat : 208



Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam suatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu.

Setiap hari kita mencuba pelbagai jenis juadah untuk mengisi perut. Ada yang manis, masam, pedas, tiga rasa, dua rasa, pahit, tawar, dan banyak lagi. Jika makan yang terlalu pedas, perut meragam. Kalau terlebih makan juadah manis, mungkin terkena kencing manis. Jika asyik makan yang berkolesterol, nanti terkena penyakit kardiovaskular.

Buku kecil ini memberikan serba sedikit panduan cara ‘memasak juadah-juadah kejayaan’ dalam hidup kerjaya saudara. Ia merangkumi beberapa aspek iaitu Tingkatkan Diri Anda, Mengurus Kehidupan Remaja, Remaja Berbudi Tinggi, Remaja dan Keluarga, dan Menjadi Remaja yang Disukai.



Bagaimana menggunakan buku ini?



Setiap ‘resipi’ mengandungi tip-tip ringkas berkenaan kerjaya dan karier saudara. Saudara boleh membacanya sehingga habis, tetapi jika tiada masa, saudara boleh merujuk setiap kali dirasakan perlu. Contohnya, saudara ingin menasihati dan memberi kaunseling kepada rakan, saudara boleh merujuk Resipi Tiga Puluh Dua: Memberi Kaunseling kepada Rakan. Di situ, saudara akan memperoleh beberapa tip segera yang mungkin dapat membantu saudara.

Akhir sekali, kami doakan semoga saudara berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Walau setebal mana buku yang dibaca, saudara tetap perlu berusaha. Membeli dan membaca buku ini mungkin permulaan yang baik, tetapi ia tidak memberikan apa-apa faedah jika saudara tidak mempraktikkannya. Terima kasih kerana sudi menjamah ‘juadah’ yang tidak seberapa ini. Semoga saudara berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, insya Allah.
Selamat menjadi remaja hebat yang disukai ramai.



Harga : RM14.90

1 comments:

Lyana Mansor said...

waaa bagus lah cikgu fandi ni... kasi promote kat student eh nanti