Jika disebut nama adik Adi Putra.Ramai rakyat Malaysia mengenalinya..Akan tetapi populariti Adi Putra sudah tengelam di akhir-akhir ini..Malaysia lebih disensasikan oleh adik-adik Bintang Idola Kecil yang diasuh dalam dunia hiburan yang melalaikan.Tidak bagi Adi putra yang lebih suka mengangkat kebesaran Allah dalam setiap kata-katanya.Kemanakah hilangnya ikon budak genius ini?Adakah tercapai hasratnya ingin menjadi ilmuan islam yang akan menaikkan imej umat islam di mata dunia?Apakah perkembangan terbaru adik ini?Adakah muncul lagi kanak-kanak genius seperti Adi Putra?Apapun,doaku semoga lebih ramai generasi genius Malaysia lahir untuk mengangkat semula martabat ilmuan di Malaysia
Kredit kepada Media massa barat yang aktif mensensasikan ikon budak genius mereka.Tidak seperti Malaysia,24 jam mempromosi ikon hiburan semata-mata.Cukuplah aku dah rasa 'Lemau' dengan cerita kontroversi artis-artis tempatan ini.
MANCHESTER - Seorang remaja genius matematik, Jack Hurst memecah rekod tertinggi program kuiz menduga akal, Countdownt yang disiarkan di sebuah televisyen Britain pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan pelajar Universiti Cambridge berusia 18 tahun dari Desford, Leicestershire itu memperoleh markah terkumpul 946 mata iaitu yang tertinggi sepanjang 28 tahun program berkenaan disiarkan oleh stesen televisyen Channel 4 selepas seminggu dia menyertainya.
"Dia telah menonton program itu selama tujuh tahun dan berlatih di laman web Countdown. Justeru, kami tahu dia akan berjaya," kata abangnya, Josh, 22.
Kuiz itu memerlukan peserta mencipta perkataan daripada huruf yang dipilih.
Hurst menewaskan saintis penyelidikan Jonathan Welti dengan memberikan jawapan potatoes, petunias and idolise.
Pada bulan depan, Hurst akan memasuki pusingan akhir kuiz itu bersama tujuh peserta lain yang memperoleh markah tertinggi sepanjang tahun ini untuk merebut hadiah utama yang merupakan satu set 29 buah kamus bersalut emas.
Rekod sebelum ini dibuat oleh pelajar ekonomi Universiti Warwick, Andrew Hulme pada Julai, 2009 dengan markah cuma 930 mata. - Agensi
GAMBAR menunjukkan Jack Hurst (kiri) menentang Jonathan Welti pada kuiz Countdown di stesen televisyen Channel 4 di Manchester pada Jumaat lalu
Sajak Merdeka 2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment