BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, October 25, 2010

Gunting rambut tanpa pakai baju

Semua agama menitikberatkan nilai moral,etika dan adab tatasusila tidak kiralah sama ada agama itu,Islam,Kristian ,Buddha,Hinddu dan sebagainya..Berfikir dengan dengan menggunakan ‘akal sendiri’ tanpa merujuk apa-apa terutamanya dalam aspek agama menyebabkan seseorang boleh terpesong ke arah keruntuhan nilai moral,ahklak dan cara hidup.Seperti yang kita ketahui semua manusia bukan dilahirkan sempurna akal dan fikirannya.Dalam Islam, Nabi Muhammad S.A.W menjadi panduan kepada orang-orang islam dari segi akidah,akhlak dan cara kehidupannya.Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh insan yang terbaik dijadikan oleh Allah S.W.T. Lahirnya Baginda untuk menyampaikan wahyu Allah kepada manusia.Terciptanya baginda begitu sempurna sifatnya semata-mata untuk dijadi contoh bagaimana sepatutnya manusia berkelakuan,berfikir,dan menjalani hidup di muka bumi ini.
Lihatlah kesan jika anda befikir dengan menggunakan ‘akal sendiri’.Akal yang anda fikirkan logik,rasional,bernas,kreatif ,sesuatu yang baharu dengan ditemani hawa nafsu tanpa merujuk kepada agama. Anda boleh terjebak kepada sesuatu yang boleh menelanjangi anda seperti haiwan dalam kewarasan anda sendiri.Golongan anti-agama dan anti-kewujudan tuhan cuba memujuk anda menjadi jahil seperti mereka dengan menjanjikan kesenangan,kepuasan hawa nafsu dan kebebasan.Adakah anda mahu menjadi manusia ‘BODOH’ di zaman moden seperti di artikel di bawah.

‘Gunting rambut tanpa pakai baju-kosmo 25/10/10



GAMBAR menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita yang tidak memakai baju menggunting rambut seorang lelaki di salun Hotcuts, Sydney baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



SYDNEY - Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.

Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.

"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.

Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki. - Agensi

0 comments: