BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, March 31, 2011

Lucu:Drama politik konspirasi Datuk T & Anuar

 
Memang lucu..ini barulah drama politik..memang sah terbukti.Kita sebagai pengundi sepatutnya bijak dan bukan menjadi mainan drama politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.Samaada anda perasan atau tidak,dekat-dekat nak pilihanraya,macam-macam drama politik akan dihidangkan kepada kita.Semakin dekat semakin panas drama yang dimainkan semata-mata nak mempengaruhi kita.
 
Sebagai pengundi, jangan layan dengan drama-drama ini,sebaliknya kita sebenarnya mempunyai kuasa
untuk menilai kepimpinan dan sumbangan mereka kepada kita sebenarnya.Mereka berhutang dengan kita dan adakah mereka telah bayar hutang yang telah mereka janjikan kepada kita 5 tahun yang lepas?Soalan ini patut ditanya,bukannya terpengaruh dengan drama-drama meraih undi simpati dan taktik menjatuhkan satu sama lain ini.
 
Jangan sesekali terpengaruh dan terperdaya dengan kata-kata,taktik dan strategi mereka,sebaliknya biar mereka terpengaruh dengan kuasa yang kita ada sebagai pengundi.Kita pemerhati,penilai dan pengkaji tentang kerja dan sumbangan mereka.CAKAP PANDAI KALU TAK ADA APA-APA HASIL KEPADA KITA TAK ADA GUNANYA...
 
Sebelum mengundi cuba tanya pada diri anda Apakah jenis sumbangan dan perubahan yang telah dilakukan di kawasan tempat anda?
    Lihat sekeliling tempat anda,dalam 5 tahun apa sumbangan & perubahan yang telah mereka lakukan.
    contoh:
   a) Pembinaan bangunan baru untuk kegunaan awam:Masjid lama yang diperbesarkan@ masjid baru
      dibina, bangunan perniagaan awam &dll
   b) Rukun tetangga:Adakah ada hari keluarga,sambutan maulidur rasul,& dll
   c)Kebajikan masyarakat:Dewan orang ramai percuma untuk kegunaan pelbagai majlis,Sumbangan tuisyen
       untuk anak-anak,Sumbangan untuk anak-anak cemerlang dalam peperiksaan,saguhati untuk
       melanjutkan pelajaran& dll
  d) Keselamatan : Pengawal rukun tetangga untuk mengelakkan kecurian,maksiat dan dll
   e)macam-macam boleh buat lagi kalu pemimpin itu berkualiti dan ambil berat
 
    Jika tidak ada apa-apa sumbangan& perubahan yang baik dan positif baik anda tukar parti atau jika
    parti-parti  yang bertanding tak boleh buat kerja, baik tak payah mengundi.Kita mesti tetapkan kualiti
    kerja pemimpin  tempat kita.Kalau kita tidak keluar mengundi,kita lihat apa reaksi mereka bila
    peratusan keluar mengundi rendah.
 
 
 
 
 

Wednesday, March 30, 2011

Tarian POCO-POCO adalah HARAM...

Tarian Poco-poco sangat popular dahulu di Universiti sekitar tahun 2007-2008 sampailah sekarang.Dimana-mana pun ia kerap didendangkan sebagai suatu senaman pemanas sesuatu acara sukan atau senaman erobik.Namun,Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.Mengapa?ikutilah artikel di bawah ini.

Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB

gambar sekadar hiasan


IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi-BERNAMA

Tuesday, March 29, 2011

Jangan tertipu: Pengguna mesti tahu tentang kad kredit masing-masing



Adakah anda anda memiliki kad kredit?Saya rasa ini info yang penting yang nak sampai kepada pengguna kad kredit.Saya  pengguna kad  kredit dan saya jahil tentang kad saya sehinggalah peristiwa yang terjadi sebentar tadi.Begini ceritanya...

Ada seorang agen yang menelefon saya dan memberitahu saya bahawa dia adalah dari unit center dari sebuah syarikat di bawah jabatan pelancongan.Beliau menyatakan setiap pemegang kad wajib memiliki kad sampingan berupa kad diskaun yang memberi potongan diskaun untuk hotel,klinikswasta,umrah dan lain-lain lagi.

Disebabkan jahil  dan jarang guna kad kredit,saya telah memberikan 1)No akaun  2)No tarikh luput sebelum mengetahui produk yang dijual.

Nasib baik saya tidak memberikan nombor pin (3 angka dibelakang ) di bahagian belakang kad kredit.
Saya rasa tak wajar kalau sesuatu barang/produk  itu dipersetujui terlebih dahulu tanpa hitam dan putih kemudian baru dihantar ke rumah dan menerimanya.Sepatutnya kalau nak berniaga pun hantar terlebih dahulu browser atau pamplet berkaitan produk atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan.



Dengan rasa susah hati saya pun call maybank careline center dan mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai situasi saya.Saya ambil keputusan" safety first "dan 'block" kad saya dan tunggu 7 hari untuk dapat kad kredit yang baru.


Bagi pengguna yang masih jahil macam saya(kalau ada) JANGAN DEDAHKAN KEPADA SESIAPAPUN perkara-perkara berikut:
1)No akaun
 2)No tarikh luput
 3)Nombor pin (3 angka dibelakang ) di bahagian belakang kad kredit.



Ini untuk memastikan pihak ketiga tidak memindahkan atau membuat urusniaga di akaun kad kredit anda.Diharap anda mengambil pengajaran dari kejahilan saya ini.SEKIAN ASSALAMUALAIKUM.

Monday, March 28, 2011

khas wanita:Kasihanilah lelaki ini...

Ada sekumpulan besar lelaki diperintahkan agar berpuasa sehingga diberitahu kelak bila berbukanya...Pada masa yang sama,dihidangkan di depan mereka terlalu banyak makanan-makanan yang nampak menarik,sedap dan cukup membuatkan mereka tergoda untuk melanggar perintah yang telah diberikan.Lalu ada lelaki-lelaki yang tidak tahan , memegang kuih-muih itu sambil memilih yang terbaik dan 'booking' awal-awal sehingga waktu berbuka nanti.Beberapa lama kemudian,dek tidak tahan godaan itu,ramai diantara mereka yang telah memakannya.Namun di dalam kebanyakan lelaki-lelaki yang ingkar itu,ada sekumpulan kecil lelaki yang masih memegang kepada perintah yang diberikan.Mereka masih teguh berpegang kepada perintah walaupun sedih melihat rakan-rakan mereka dengan rakus menjamah makanan-makanan yang ada dihadapan mereka satu demi satu..Malah lebih memilukan,ada lelaki yang bermain-main dengan makanan di hadapan mereka dengan menguli-nguli dengan tangan dan mengigit sedikit, kemudian meninggalkannya semata-mata ingin mencuba dan menikmati makanan yang terhidang banyaknya itu.Dalam situasi ini, makanan yang lazat-lazat semestinya habis dahulu.Mungkin ada yang tinggal adalah makanan-makanan yang nampak tidak menarik,sudah dipegang,sudah dirasa dan ditinggalkan serta yang sudah rosak.Walaubagaimanapun,sekumpulan kecil lelaki ini tetap tabah demi menunaikan perintah yang telah diberikan.Dalam hati kecil mereka,redha dengan apa yang ditinggalkan sekadar untuk mengenyangkan  apabila tiba berbuka nanti.Ada juga yang mengharapkan mungkin ada makanan-makanan yang lazat yang masih tersembunyi dan menjadi hak milik mereka.

Persoalannya.... Mungkinkah?Adilkah untuk lelaki-lelaki yang taat ini?Patutkah mereka menerima nasib begini?
Yang pasti,lelaki-lelaki ini pasti dihidangkan makanan yang lebih lazat yang tidak dapat dibayangkan dan dirasai oleh lelaki-lelaki yang ingkar sebelum itu.Pasti ia disorokkan dan disembunyikan oleh Tuan mereka sampai berbuka nanti.Percayalah...

Sunday, March 27, 2011

Kad pengenalan hilang?


Gambar sekadar hiasan

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.
"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.
"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

sumber:Kosmo

Saturday, March 26, 2011

Biri-biri lahirkan anak anjing





ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.
Gambar:Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri.

XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.

"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi.

Gempa bumi di Malaysia?

Gempa bumi di Malaysia?Benarkah?Jika kita belajar geografi dahulu memang kedudukan Malaysia adalah selamat  daripada kejadian gempa bumi kerana tidak terletak di lingkaran api pasifik.Namun Kenyataan baru daripada Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan menyatakan beliau tidak menolak jika ada kemungkinan Malaysia bakal mengalami gempa bumi suatu hari nanti.

Bagi rakyat yang beragama Islam..insaflah dan bertaubat..Kemungkinan maksiat,masalah sosial,fitnah dan dosa-dosa besar yang dilakukan secara terus-menerus akan menjadi penyebab Allah turunkan bala malapetaka kepada kita pula..Jadikan kejadian di Indonesia dan Jepun sebagai pengajaran.Walaupun sedih mengenangkan apa yang mereka alami,namun hukuman Allah dan azabnya amatlah keras.Bila maksiat berleluasa bersedialah menghadapi azab Allah bila-bila masa.Inilah yang pasti.Jika kita membutakan mata dan memekakkan teliga membiarkan maksiat berlaku di depan dan di tempat kita bersedialah kita menghadapinya walaupun bukan kita yang melakukannya.Allah akan turunkan bala untuk semua.
Marilah kita mengambil langkah sekurang-kurangnya menegur maksiat yang berlaku di hadapan kita.Insyaallah Allah akan melindungi kita semua.


Titik gempa hampiri Malaysia






KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Monday, March 21, 2011

Beban Kerja guru: Suarakan Rasa tidak puas Hati anda di sini

 
Jom Lepaskan Rasa tidak puas hati di sini.Nak tengok berapa Ramai yang mengalami bebanan kerja yang melampau dan kadang-kadang tidak masuk akal...Menjadi guru dalam masa yang sama menjadi kerani,baby sitter,pengawai sukan,polis,tukang kebun,tukang repair ,akautan n macam2 lagi....Banyak kerjalah.......Stress dan letihhhhhhhhhhhh!!!!
 
Mari pakat-pakat luahkan semuanya dan lepaskan stress di sini..kongsi cerita anda..JOMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!suara dan rintihan anda didengari di sini

Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid amalan Kristian?

Terkejut baca surat khabar hari ini...benarkah seperti yang didakwa?ada siapa yang boleh menerangkan lebih lanjut dan boleh membukti kebenarannya?Memang trend sekarang kebanyakan orang akad nikah di masjid.Persoalan mengapa isu ini timbul dan salahkah di sisi agama Islam?

 

the akad nikah being performed
sekadar gambar hiasan
KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Indahnya Permandangan Bulan paling dekat dengan Bumi




ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.
Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

Tips mengelak 'MORNING RUSH'


Memang kelam kabut nak pergi kerja terutamanya hari Isnin...Memang tergesa-gesalah...Lepas tu lupa baranglah,tak sempat nak breakfasat dan macam ribut bawa kereta ke tempat kerja...Semuanya boleh menyebabkan stress kalu tiap-tiap kali macam ni.Di sini saya nak kongsikan 10 tips untuk mengelak
Morning Rush pada tiap-tiap kali nak pergi kerja.

1)Buat persiapan awal-awal- Pastikan baju dan seluar kerja dah digosok dan disediakan pada tempat khas.
   Bila lepas mandi je senang je gapai baju dan seluar.Jimat masa Jimat tenaga. Jangan lupa tali leher  diletakkan dalam beg.Cam aku Hari isnin kena pakai tie  sebab ada perhimpunan rasmi di sekolah.

2)Elakkan Benda hilang-Pagi-pagi mesti tension giler kalau dompet,kunci kereta atau kasut hilang...Tension  ooo.Penat pulak nak mencari..Selalu berlaku hari Isnin.So Sebelah malam sebelum pegi kerja tu letak siap-siap di tempat yang khas dan senang ingat.Kalu ada  anak-anak kecil jauhkan dan letakkan di tempat yang selamat dari capaian mereka.

3)Tidur Awal- Ahad malam tu jangan tidur lewat sangat...Biasalah malam weekend memang nak tengok   Merlin dan Bola EPL..Selewat-lewatnya pukul  12 tu boleh diterimalah.Terbaik pukul 10 sebab dapat tidur 6 jam.So dapat tidur lebih lama dan badan dan otak dapat rest dengan  cukup.

4)Jam loceng yang sesuai-Elakkan guna jam loceng yang bingit bunyinya..macam jam lama-lama tu..Aku   guna Handset je buat jam gerak..Pasang lagu memuji-muji Allah...Tenang bila
bangun..Bila muka mata Ingat Allah...Bersyukur Allah masih memanjangkan umur
 kita sampai dapat melihat dunia lagi..Kalu pasang lagu Mazer Zain pun Terbaikk!!!

5)Jangan Bangun Mengejut-Anda dinasihatkan jangan bangun mengejut..Bagi masa untuk bangun..Tapi
 jangan lama-lama pulak..Nanti terbabas..Ini untuk mengelakkan pening kepala
dan membawa ke tempat kerja pula.

6)Minum air - Setelah bangun tu minum segelas air sebab air dalam badan kita dah terhidrat ketika tidur
yang lama. Minum air dapat menyeimbangkan semula komposisi air dalam badan so badan kita segar balik.

7)Ingat sembayang subuh-Kalu biasa sembahyang subuh gerenti tak ada masalah bangun pagi.Insyaalah
 hari tersebut akan diberkati dan dilindungi dari masalah ke tempat kerja.Kalu ada anggaplah dugaan daripada Allah..dapat pahala

8)Bersarapan- Sebelum pergi kerja harus bersarapan.Sekurang-kurangnya makan roti dan air Milo  panas
 ke..supaya ada tenaga nak buat kerja sebelum sampai time rehat nanti.

9)Atur masa- Atur  masa keluar dari rumah awal  dan sebaik-baiknya sampai setengah jam awal sebelum
 waktu pejabat.Sebab bila sampai awal kita boleh relaks dan tenang-tenang sambil-sambil
 belek kerja apa yang nak dibuat hari tersebut.Tambahan pula dapat bersembang-sembang
 dengan kawan-kawan untuk mengadaptasi semula persekitaran di tempat kerja.
                    
10)Last sekali kalu ada bini,pesan kat bini tu mekap jangan lama-lama..hehe.Lelaki cepat je bersiap tapi kalu
perempuan ini faham-fahamlah banyak assesori dia..Jenuh tunggu..

p/S: Ada lagi.Jangan lupa isi minyak kereta siap-siap sebelum pagi itu.Esok pergi kerja tak payah singgah
      nak isi minyak .Jimat Masa tu kalu terbangun lewat dan rushing...Oklah selamat mencuba...

Saturday, March 19, 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj

Alhamdullilah...segala puji bagi Allah..Akhirnya dapat aku baca tentang peristiwa Israk & mikraj...susah juga nak jumpa penerangan yang ringkas dan mudah difahami tentang peristiwa ini.Memang dah lama aku ingin mengetahui tentang peristiwa Israk & Mikraj...Namun aku ingin membacanya dari sumber-sumber yang tulus dan benar.Yelah aku ini bukan seorang ilmuan Islam dan mempunyai ilmu pengetahuan Islam yang mendalam.Semoga Allah membimbingku ke jalan yang benar dalam mengetahui Peristiwa yang penting dalam sejarah Islam ini.Aku ingin kongsikan apa yang aku baca ini.

|| Hayati Peristiwa Israk Mikraj ||

بسم الله الرحمن الرحيم


Mafhum Firman ALLAH S.W.T : "Maha Suci ALLAH yang telah memperjalankan hambaNYA pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah KAMI berkati sekelilingnya agar KAMI perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran KAMI. Sesungguhnya DIA adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)




1. Sebelum Israk dan Mikraj


RASULULLAH S.A.W mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati RASULULLAH S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada RASULULLAH S.A.W Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh RASULULLAH dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):


Sepanjang perjalanan (israk) itu RASULULLAH S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempattempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), RASULULLAH S.A.W telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana RASULULLAH S.A.W akan melakukan hijrah;
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat NABI MUSA A.S menerima wahyu daripada ALLAH;
iii. Baitul-Laham (tempat NABI 'ISA A.S dilahirkan)


Dalam perjalanan itu juga baginda RASULULLAH S.A.W menghadapi gangguan jin 'Ifrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. RASULULLAH S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


- Tempat yang berbau harum. RASULULLAH S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu RASULULLAH S.A.W : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orangyang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba'.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail : Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan memanggil RASULULLAH. RASULULLAH tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika RASULULLAH memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh RASULULLAH S.A.W berhenti. RASULULLAH S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


- Seorang perempuan bongkok tiga menahan RASULULLAH S.A.W untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, RASULULLAH S.A.W turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat bersama segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


RASULULLAH S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. RASULULLAH S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. RASULULLAH S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


i- Tangga Pertama : RASULULLAH S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan NABI ADAM A.S Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


ii- Tangga Kedua : RASULULLAH S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan NABI 'ISA A.S dan NABI YAHYA A.S.


iii- Tangga Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan NABI YUSUF A.S.


iv- Tangga Keempat : Naik tangga langit keempat.Bertemu dengan NABI IDRIS A.S.


v- Tangga Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan NABI HARUN A.S yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


vi- Tangga Keenam : Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan NABI-NABI Seterusnya dengan NABI MUSA A.S, RASULULLAH S.A.W mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


vii- Tangga Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan NABI IBRAHIM KHALILULLAH yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada RASULULLAH S.A.W, NABI IBRAHIM A.S bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan ALLAH pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".


Mengikut riwayat lain, NABI IBRAHIM A.S bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu : SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR dan LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL-'AZHIM.Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".


Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, RASULULLAH S.A.W dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


viii- Tangga Kelapan : Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. RASULULLAH S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda RASULULLAH S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


ix- Tangga Kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. RASULULLAH S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


x- Tangga Kesepuluh : Baginda RASULULLAH S.A.W sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan ALLAH S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan MUHAMMAD SAW, Rasul-Nya:


ALLAH S.W.T : Ya MUHAMMAD SAW.


RASULULLAH S.A.W : Labbaika.


ALLAH S.W.T : Angkatlah kepalaMU dan bermohonlah, KAMI erkenankan.


RASULULLAH S.A.W : Ya, Rabb. ENGKAU telah ambil IBRAHIM sebagai Khalil dan ENGKAU berikan dia kerajaan yang besar. ENGKAU berkata-kata dengan MUSA. ENGKAU berikan DAUD kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. ENGKAU kurniakan kerajaan kepada SULAIMAN yang tidak ENGKAU kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan SULAIMAN menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. ENGKAU ajarkan 'ISA Taurat dan Injil. Dengan izinMU, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. ENGKAU lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


ALLAH S.W.T : AKU ambilMU sebagai kekasih. AKU perkenankanMU sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatMU. AKU buka dadaMU dan buangkan dosaMU. AKU jadikan umatMU sebaik-baik umat. AKU Aberi keutamaan dan keistimewaan kepadaMU pada hari qiamat. AKU kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelumMU. AKU berikanMU ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. AKU berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. AKU kurniakanMU panji-panji Liwa-ul-hamd, maka ADAM A.S dan semua yang lainnya di bawah panji-panjiMU. Dan AKU fardhukan atasMU dan umatMU lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat


RASULULLAH S.A.W di bawa menemui NABI IBRAHIM A.S kemudian NABI MUSA A.S yang kemudiannya menyuruh RASULULLAH S.A.W merayu kepada ALLAH S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya ALLAH perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj


RASULULLAH S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati ALLAH dan takut kepada kekuasaanNYA.

Info Agama Islam:Serigala juga adalah najis Mughallazah



MENURUT Kamus Dewan (2005: 1471) serigala sejenis binatang liar (rupanya seperti anjing dan berwarna kuning kelabu). Ia juga disebut sebagai canis lupus, iaitu sejenis anjing hutan dan cyon rutilans.
Istilah bahasa Inggeris untuk serigala ialah “gray wolf” atau “grey wolf” atau sekadar “wolf” (http://en.wikipedia.org/wiki/Gray_wolf; juga lihat http://commons.wikimedia.org/wiki/Canis_lupus).

Memandangkan serigala termasuk dalam golongan anjing atau spesies kanin (canine species), hukumnya sama dengan anjing. Mazhab Shafie menghukumkan anjing dengan najis mughallazah (berat) sama dengan babi.

Justeru segala hukum berkaitan dengan anjing seperti jilatan dan pemeliharaan diguna pakai dan perlu diambil kira.

Friday, March 18, 2011

Piring Terbang Buatan Manusia

Iran berjaya cipta piring terbang


 

AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an

TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.
Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.
Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.
Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.
"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.
"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.
Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.
Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.
Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.
Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi

Thursday, March 17, 2011

Ahmad Dhani dewa 19 nyaris dibom

Ahmad Dhani terima bom buku


AHMAD DHANI menunjukkan surat yang dihantar bersama bungkusan bom ke kediamannya di Jakarta semalam.


JAKARTA - Penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang pernah dikatakan bakal pengetua Akademi Fantasia Ke-9 (AF-9) terbitan Astro nyaris cedera apabila bom dalam bungkusan buku yang dihantar kepadanya tidak meletup.
Pada mulanya, bungkusan itu tiba di rumah penyanyi dan penerbit lagu tersebut pada Selasa lalu tetapi ia tidak dibuka.
Namun, polis kemudian dipanggil ke rumah Ahmad Dhani yang merupakan duda tiga anak itu semalam bagi memeriksa kandungan bungkusan tersebut.
Menurut penyanyi itu, dia turut menghubungi nombor telefon pihak pengirim yang tertera pada bungkusan tersebut.
Ahmad Dhani berkata, dia menelefon sebanyak tiga kali tetapi ia tidak diangkat sebaliknya disambung kepada peti perkhidmatan suara.
Penyanyi itu menganggap pengirim paket bom buku yang berjudul Yahudi Militan, merupakan perbuatan orang yang tidak suka kepadanya.
Ketua syarikat Republik Cinta Management (RCM) itu juga menganggap pengirim bom itu merupakan korban gosip yang selama ini kerap menimpa dirinya.
"Saya rasa pelakunya adalah korban gosip, yang menyatakan saya adalah ejen Yahudi," jelas bekas suami Maia Estianty itu kepada wartawan.
Bungkusan bom buku tersebut pada mulanya diterima oleh seorang kakitangan Ahmad Dhani.
Semasa dibuka, kakitangan itu berasa terkejut kerana buku tersebut tidak dapat dibuka menyebabkan polis dihubungi bagi melakukan siasatan.
Menurut polis, pihaknya kemudian menemui bom dalam sebuah buku yang dialamatkan ke rumahnya itu selepas ia tiba di rumah Ahmad Dhani.
Dalam bungkusan itu, terdapat surat yang meminta penyanyi tersebut menulis kata penghantar.
Bagaimanapun, polis kemudian meletupkan bom tersebut dekat dengan rumah penyanyi berkenaan di sini.
Pada Selasa lalu, polis turut menemui tiga bom yang serupa dengan salah sebutirnya meletup dan mencederakan empat orang.
Bungkusan bom yang meletup itu dialamatkan kepada seorang tokoh Muslim liberal, Ulil Abshar Abdallah.
Bekas seorang pegawai kanan polis yang memerangi keganasan, Goris Mere dan Yapto Suryosumarno turut menerima bungkusan bom tersebut.
Ketua Agensi AntiPengganas Kebangsaan (BNPT), Ansyaad Mbai memberitahu kelmarin bahawa bom itu didalangi oleh kumpulan Jemaah Islamiah (JI). - Agensi

Pelik:Awan pelangi di gunung everest

Pelangi awan luar biasa di Gunung Everest


 



KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.
Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.
Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.
"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi

Falsafah Pendidikan Negara:Jangan terlalu obses dengan JERI




gambar hiasan

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Adakah anda fahami apa yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan kebangsaan?Adakah dasar pendidikan kini menepati dengan apa yang dihasratkan dalam falsafah ini?

Dahulu sewaktu belajar di Universiti,penulis dan rakan-rakan guru mula-mula sekali diperkenalkan dan didengar falsafah pendidikan kebangsaan(FPK) kepada kami.Pensyarah menyatakan FPK  adalah seperti seorang gadis yang cantik, terlalu sempurna rupa dan tubuhnya.Bibir bak delima,pipi bak pauh dilayang,hidung mancung bak seludang.Terlalu sempurna hasrat yang diinginkan dalam FPK.

Namun adakah ia suatu realiti?FPK yang diumpamakan sebagai gadis yang terlalu sempurna dapat dimiliki oleh semua dalam dunia REALITI?Tentu Tidak!!!Ada yang dapat memilikinya dan ada yang tidak mampu memilikinya.

Penulis bukan bermaksud mempersoalkan kerelevan FPK,namun penulis lebih suka berpijak di bumi yang nyata.Setelah 3 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan, Ternyata JERI sukar dicapai.Ada yang cuma pandai dalam akademik,ada yang kuat bersukan,ada yang dua-dua pun tiada.Itu belum lagi mengambil kira emosi dan rohani.Ternyata pendidik kini berdepan dengan kerealitian terhadap modal insan yang ada kini.Kuantitinya ramai tetapi kualitinya kurang. 

Dasar Pendidikan pula sering berubah-ubah mengikut pemimpin.Datang pemimpin baru tukar dasar baru.Dunia pendidikan menjadi kelam kabut dek dasar-dasar baru yang dibawa.Belum lagi dasar lama menunjukkan hasil dah datang dasar baru.Umpama Tsunami yang datang menghempas segala yang ada.Pengetua dan guru-guru kalut dan serabut dibuatnya.Murid- murid hilang arah tuju dan terbantut matlamatnya.Apa semua ini?Adakah Pendidikan suatu eksperimen?Eksperimen pula bukan dikaji dahulu.Eksperimen cuba jaya,cuba dahulu kemudian kalu tidak berjaya tukar yang baru pula.Yang jadi mangsa para pelajar dan guru-guru.

Segala-galanya kerana terlalu obses dengan JERI.Bagai seorang lelaki  angau yang mencuba apa sahaja asalkan dapat gadis yang cantik dan menawan.Berpijaklah pada bumi yang nyata dan senaraikan perkara-perkara yang utama yang selari dengan fitrah dan kejadian manusia yang semestinya tidak sempurna.

Antara yang perlu ditekankan adalah:

1.Penekanan agama dalam pendidikan
Penekanan agama sangat kurang dalam pendidikan.Ajaran agama dapat menstabilkan rohani dan emosi para pelajar.Penekanan ilmu-ilmu agama dapat mengelak para pelajar  terjerumus kepada perkara-perkara yang negatif dan mengalakkan berbuat kebaikan.Dengan penekanan ajaran agama yang serius, pelajar dapat membezakan antara perkara yang buruk dan baik.

2.Penekanan adab dalam menuntut ilmu
Adab dalam menuntut ilmu tidak ditekan  di sekolah-sekolah.Para pelajar kini lansung tidak tahu adab menuntut ilmu.Kebanyakan pelajar yang kurang baik dalam pencapaian akademik rata-rata langsung tidak mempunyai adab berguru.Dengan itu keberkatan ilmu hilang dan menyebabkan mereka terus mundur.

3.Penekanan back to basis
Sebenarnya sekolah adalah suatu tempat yang memberi peluang untuk pelajar mencuba apa yang dia mampu lakukan .Penekanan akademik yang melampau  boleh menekan para pelajar yang tidak berkemampuan dari segi akademik.Untuk para pelajar sedemikian pendekatan back to basis sesuai untuk tahap mereka.Penguasaan  kemahiran sangat sesuai untuk golongan ini.Perbanyakan sekolah aliran vakasional dengan  penumpuan sepenuhnya dalam bidang-bidang kemahiran.

4.Penekanan pengurusan sukan yang sistematik
Kebanyakkan pengurusan sukan di sekolah diuruskan oleh guru yang tiada kelayakan.Adakah logik jika Guru sains,guru inggeris dan guru-guru wanita yang melatih para pelajar dalam bidang sukan?Seharusnya lebih ramai jurulatih-jurulatih sukan diberi kontrak untuk mengendalikan latihan sukan di sekolah.Namun,perkara ini dipandang sepi kerana kelemahan pentadbiran dalam pendidikan dan kekurangan bajet.Dasar cuma tinggal dasar.Cuma keajaiban sahaja yang menyokong dasar ini.



Yang pasti PFK  mampu dicapai jika ia  boleh berdepan dengan realiti kehidupan .Dasar pendidikan  mesti dilaksanakan dengan sistematik  dan mempunyai pengurusan yang baik dan berkemampuan.Pemimpin yang berpengetahuan luas dan mempunyai pengalaman yang lama dalam pendidikan selayaknya diberi tanggungjawab memacu hala tuju pendidikan bukan orang luar.

Penulisan ini cumalah pendapat penulis dan bukan menghentam mana -mana pihak.Penulis cuma mencurahkan pendapat untuk memajukan bidang pendidikan.Rasional atau tidak terpulanglah kepada pembaca.


Tuesday, March 15, 2011

Statistik Pasangan Malaysia kahwin di Sempadan Thailand

Peningkatan nikah campur membimbangkan

SONGKHLA (Thailand): Sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia yang direkodkan di lima daerah wilayah Selatan Thailand sepanjang tahun lalu, membabitkan kahwin campur dengan warga asing.
Rakyat Malaysia terbabit dikesan memilih pasangan dari 31 negara asing berlainan, dengan perkahwinan antara rakyat Malaysia-Thailand mencatat angka tertinggi iaitu 419 pasangan, diikuti Malaysia-Indonesia (228), Malaysia-Pakistan (45) dan Malaysia-Filipina (18).
Selain empat negara itu, rakyat Malaysia turut memilih pasangan yang berasal dari Bangladesh, Kemboja, Afrika Selatan, Nepal, Singapura, Perancis, Nigeria, Korea, Jepun, Afghanistan, Lubnan, Denmark, Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan.

Walaupun pernikahan mereka dilangsungkan secara sah mengikut rukun serta undang-undang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, namun peningkatan angka itu saban tahun menimbulkan kebimbangan Konsul Malaysia di sini, terutama berhubung status agama rakyat asing terbabit.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika ditemui di sini, mengakui wujud kebimbangan mengenai keadaan itu terutama status ‘Islam' warga asing yang dinikahi rakyat Malaysia.

Katanya, perkahwinan sesama rakyat Malaysia di Songkhla perkara biasa, walaupun angkanya meningkat setiap tahun, namun perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga asing mula menjadi 'trend' baru sejak setahun dua lalu.
“Malah, rekod kajian dan temubual pihak kami bersama pasangan terbabit juga mendapati perkahwinan bersama warga asing turut menjadi antara sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand.

“Puncanya, selain perkahwinan itu dihalang pihak keluarga, ada juga yang memilih melangsungkan pernikahan di Thailand untuk mengelak prosedur rumit ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing jika mahu mengahwini warga asing," katanya.

Sementara itu, Mohd Aini juga berkata, jumlah rakyat Malaysia nikah di Selatan Thailand juga meningkat mendadak sejak 10 tahun lalu dan angkanya sudah melebihi 3,000 pasangan setahun.

“Pada 2005, hanya 314 pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand. Namun, selepas 2006 ia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 845 pasangan, diikuti 1,944 pasangan pada 2007.

“Jumlah itu terus meningkat dan pada 2008 lebih 2,000 perkahwinan dan tahun lalu jumlahnya mencapai 3,260 perkahwinan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, pernikahan di Selatan Thailand membabitkan lima daerah iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana prosedurnya mudah dan kos yang perlu ditanggung juga jauh lebih murah berbanding di negara asal.

INFO: Pasangan rakyat Malaysia berkahwin di Thailand mengikut daerah pada 2010

  • Songkhla - 2,559




  • Narathiwat - 177




  • Yala - 160




  • Satun - 173




  • Pattani - 191



  • P/s:Pernikahan di luar Malaysia perlu didaftarkan bagi mengelak hal-hal yang tidak diingini di kemudian hari.Banyak sidiket dan agen yang menawarkan perkhidmatan pengurusan kahwin di sempadan.Janganlah terpengaruh,sebaik-baiknya kahwinlah dengan cara elok dan diberkati ayah dan ibu.Cara perkahwinan yang elok menjamin kehidupan yang bahagia dan mengelak masalah di kemudian hari.Berkat ibubapa yang menjamin kebahagiaan anak-anaknya sebenarnya.Oleh itu kahwinlah dengan restu ibubapa...Mudah-mudahan berkekalan hingga ke syurga..Amin...

    Lucu:Ular mati selepas patuk wanita


    Ular mati patuk wanita

    TEL AVIV - Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.
    Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.
    Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.
    Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. - Agensi

    Rahsia Lelaki:Ramai lelaki mati pucuk sebab telefon bimbit?


    PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan

    GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
    Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
    Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
    Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
    "Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

    Monday, March 14, 2011

    Botol susu ada unsur BPA diharamkan

    KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
    KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

    PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

    Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

    "Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

    Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

    Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
    Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

    Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

    "Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

    Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

    Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

    Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

    P/s:Tips membeli botol susu..Pastikan anda perhatikan pada botol susu ada tulis BPA free..aku dah beli semalam.Nasib baik beli yang tepat jenama Pureen memang ada tulis BPA free.Alhamdullilah...

    Pelik:Telur rebus guna air kencing di China


    DUNIA


    Telur direbus guna air kencing

    BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
    Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
    "Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
    "Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.
    Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Agensi

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

    Friday, March 11, 2011

    Pray for Japan:Graviti bulan penyebab bencana?

    Pertama sekali takziah kepada negara Jepun yang kini sedang dilanda musibah gempa bumi dan tsunami.Saya berdoa agar negara-negara lain terutamanya negara jiran Indonesia dan Filipina mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya gempa bumi dan tsunami.Moga semuanya insan di dunia ini selamat hendaknya.
     
    Bolehkah malapetaka ini diramal?Apakah penyebabnya?Bila ia boleh berlaku lagi?Sesungguhnya ia adalah kuasa Allah S.W.T. Namun adakah kita boleh mengkaji secara sains faktor penyebabnya?Ikuti artikel ini.
     

    Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran


    OMBAK tsunami melanda pantai di Iwanuma, utara Jepun semalam.


    LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.
    Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
    Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
    Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.
    "Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.
    Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

    Thursday, March 10, 2011

    Khas untuk wanita: Syurga sebenarnya terbuka luas untukmu


    Sahabat Hikmah...
    Kadang saya HAIRAN,  menurut Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam kebanyakan penduduk neraka adalah wanita.
    “Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)
    Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita, dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga, dan wanita telah mendapatkan KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:
    1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.
    2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
    3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
    4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
    5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
    6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
    7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
    8. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
    9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).
    10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
    11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
    12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
    13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
    14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
    15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
    16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
    17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
    18. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
    19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
    20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
    21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.
    22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
    23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
    24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
    25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
    26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
    27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
    28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
    29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
    30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.
    31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
    32. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
    33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
    34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
    35. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
    Wahai wanita sedarlah betapa untungnya dirimu jika engkau beriman kepada Allah...Melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya...Sudah pasti syurga tempatmu...Bertaubatlah jika engkau tersalah langkah dan kembalilah ke jalan Allah.Sesungguhnya dunia ini tempat cubaan dan dugaan,suatu hari engkau akan kembali maka kembalilah dengan membawa amal dan pahala...Selamatkanlah dirimu dari Api Neraka yang meluak-luak..

    Monday, March 7, 2011

    Memang bergaya:Proton R3 Satria Neo Baru

    Proton R3 Satria Neo baru tampil dengan warna unikModel Proton R3 Satria Neo itu dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.
    R3 Satria Neo dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3) dan kereta itu itu mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.
    R3 Satria Neo merupakan lanjutan kepada pembabitan Proton dalam perlumbaan motor dan melaluinya ia dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan dan peminat yang mahukan kenderaan yang dibangunkan khusus untuk prestasi selain kegunaan harian.