Gempa bumi di Malaysia?Benarkah?Jika kita belajar geografi dahulu memang kedudukan Malaysia adalah selamat daripada kejadian gempa bumi kerana tidak terletak di lingkaran api pasifik.Namun Kenyataan baru daripada Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan menyatakan beliau tidak menolak jika ada kemungkinan Malaysia bakal mengalami gempa bumi suatu hari nanti.
Bagi rakyat yang beragama Islam..insaflah dan bertaubat..Kemungkinan maksiat,masalah sosial,fitnah dan dosa-dosa besar yang dilakukan secara terus-menerus akan menjadi penyebab Allah turunkan bala malapetaka kepada kita pula..Jadikan kejadian di Indonesia dan Jepun sebagai pengajaran.Walaupun sedih mengenangkan apa yang mereka alami,namun hukuman Allah dan azabnya amatlah keras.Bila maksiat berleluasa bersedialah menghadapi azab Allah bila-bila masa.Inilah yang pasti.Jika kita membutakan mata dan memekakkan teliga membiarkan maksiat berlaku di depan dan di tempat kita bersedialah kita menghadapinya walaupun bukan kita yang melakukannya.Allah akan turunkan bala untuk semua.
Marilah kita mengambil langkah sekurang-kurangnya menegur maksiat yang berlaku di hadapan kita.Insyaallah Allah akan melindungi kita semua.
Titik gempa hampiri Malaysia
KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment