BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, April 28, 2011

Amerika berhadapan dengan Bencana Allah?

Rasional Mengapa Amerika Ditimpa Bencana Allah?

1.Negara penyebar Fitnah .Amerika syarikat adalah negara yang menentang kuat Agama Islam...Samseng dunia ini telah melabel Islam sebagai 'Terrorist' dan memburukkan dan menghina Islam di mata dunia.Fitnah yang paling buruk ini telah membuatkan masyarakat dunia memandang serong terhadap masyarakat Islam terutamanya bangsa arab.


 
2.Negara pembunuh-Amerika syarikat dengan bala tentera yang kejam serta sekutunya menyerang negara-negara Islam hingga menyebabkan kematian ramai masyarakat Islam yang tidak berdosa.Kanak-kanak kecil,wanita dan orang tua tidak terlepas menjadi mangsa bom dan senapang mereka.Satu persatu negara Islam tumbang di tangan mereka atas alasan yang tidak munasabah yang dijadikan sebab penyerangan.


 
3.Negara yang cara hidup rakyatnya  lebih teruk daripada 'Binatang'.Hairan sebuah negara maju,menguasai ekonomi dunia,taraf pendidikan yang tinggi,Kemajuan sains dan teknologi tetapi cara hidup rakyatnya lebih teruk dari 'binatang'.Maksiat,seks bebas &bersekedudukan di antara lelaki dan wanita sebelum berkahwin sudah menjadi budaya.Lesbian dan gay sudah diterima haknya semuanya atas nama kebebasan.Sudah tiada garis pemisah yang membezakan cara hidup manusia dan 'binatang'.Anak-anak tiada lagi kesucian keturunannya.Tiada lagi perbezaan 'anak halal' dengan 'anak haram'.Penceraian menjadi sesuatu yang biasa.Hiburan dan pesta menjadi makanan rohani dan hidup atas nama agama keturunan sahaja.


 
4.Penyokong kekejaman di Palestin.Amerika menjadi penyokong kuat kepada penindasan rakyat Palestin oleh Israel.Amerika menutup sebelah mata dan membantu sekutunya Israel menghalau rakyat Palestin dari tanah airnya sendiri.

Demikianlah balasan Allah.Setinggi mana kecanggihan ciptaan manusia sekalipun tidak dapat meramal bila bencana Allah akan menimpa mereka.Tentunya ada sebab dan petanda  mengapa sesuatu kaum terkena bencana Allah.Yang pasti Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.Bertaubatlah sebelum terlambat.
Diucapkan Takziah kepada rakyat Amerika atas nama kemanusiaan.







BIRMINGHAM, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 161 angin puting beliung melanda selatan AS kelmarin dalam kejadian ribut paling buruk sejak 40 tahun lalu.
Cuaca buruk itu menyebabkan lebih 220 orang terbunuh setakat ini dengan 131 sahaja berlaku di negeri Alabama kelmarin.
Perintah darurat diisytiharkan di Alabama, Arkansas, Georgia, Kentucky, Mississippi, Missouri, Tennessee dan Oklahoma ekoran cuaca buruk itu.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan bantuan akan dihantar ke negeri-negeri yang terjejas teruk akibat ribut tersebut.
Para penduduk terkejut apabila melihat kerosakan tersebut semalam di sini manakala sebahagian lagi menangis ekoran kehilangan orang tersayang dan rumah.
Sejumlah serpihan bangunan yang diranapkan oleh angin puting beliung ditemui sejauh 80 kilometer dari tempat asal.
Angin puting beliung dan ribut yang berlaku kelmarin dianggap melibatkan kematian paling ramai sejak ribut taufan Katrina pada 2005.
Menurut laman Accuweather.com, angin puting beliung itu merupakan yang terburuk pernah berlaku sejak 310 orang terbunuh pada 3 April 1974. – Agensi

Wednesday, April 27, 2011

Aktiviti dan tugas Rasmi Yang telah aku jalankan

Aku rasa dah sampai aku Senaraikan aktiviti dan tugas rasmi yang telah aku lakukan sepanjang 4 bulan ini.Terkejut beruk aku bila dapati aku dah jalankan banyak tugas selain P&P.Patutlah aku rasa tenaga aku dah nak "kong".Tak sampai pertengahan semester dah rasa 'exhausted',letih dan lesu..Adakah anda lagi cikgu yang dah buat kerja lebih dari aku buat?...Cuba kongsi2 kalau ada...atau aku sangat yang dah "overlimit' buat kerja ni....Tapi anehnya Pengetua aku kata ' Awak jadilah bendahari pibg..Awak bukan ada kerja lain sangat kan'...Siaplah aku akan lampirkan senarai tugasan ini bersama borang LNPT masa hujung tahun nanti..
Senarai Aktiviti Dan Tugas Rasmi yang telah dijalankan sepanjang  Tahun 2011 selain  P&P
Bil
Aktiviti/ Tugas Rasmi
Tarikh
Tempat
1.
Bendahari PIBG 2011/2012

Jan 2011-Feb 2012
(2 tahun)
SMKHZA
2.
Guru kelas 3 Cekal
Januari-November    2011
SMKHZA
3.
Mengiringi dan Menguruskan Pasukan
bola sepak untuk menyertai Perlawanan
persahabatan Bersama Sekolah Pendidikan khas persekutuan

    20 Januari 2011
SMK Pendidikan
khas
persekutuan
4.
Mengiringi dan menguruskan pasukan
bola sepak untuk pertandingan bola sepak 7 sebelah Perpaduan peringkat
Pulau Pinang

12 Februari 2011
USM
5.
Mengiringi  dan Menguruskan pelajar  untuk Pertandingan Bola sepak MSSPP  15&18 TKB Peringkat Zon Kelawai
5,6,7,8,9 Mac 2011
Penang Free
School &
Smk Pendidikan Khas
6.
Pegawai Sukan Olahraga MSSPP peringkat  Zon Kelawai & Balik Pulau
2011
28,29,30 & 31 Mac 2011
Stadium
USM
7
Mewakili Pengetua Untuk  penyampaian Anugerah pertandingan laman web sekolah

6 April 2011
Dewan
Millenium
Kepala Batas
8.
Pengawai Sukan Olahraga MSSPP
peringkat Pulau Pinang  2011

12,13,14 & 15 April
2011
Stadium
Bandaraya
9.
Mengiringi dan Menguruskan Para pelajar yang mewakili zon kelawai untuk Pertandingan Bola Sepak MSSPP peringkat Negeri 2011
19,20,21 & 25 April  2011
Padang Penang Free School
10.
Kelas Tambahan Sains PMR

April- September 2011
SMKHZA
11.
Menguruskan dan Mengiringi  para Pelajar Kelab fotografi /KRS  untuk lawatan Sambil belajar ke Taman Rama-rama Pulau Pinang

30 April 2011
Taman Rama-rama
Pulau Pinang

Saturday, April 23, 2011

Info Agama Islam:Solat atas Kenderaan

Persoalan Agama: Solat fardu atas kenderaan perlu diulang
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed


Soalan:


Assalamualaikum ustaz, saya melakukan sembahyang di atas kereta api secara duduk kerana tidak dapat berdiri, bergoncang. Soalannya, apakah saya perlu mengulangi sembahyang itu selepas sampai di destinasi.
Jawapan:


Alhamdulillah, wassolatu wassalam 'ala Rasulillah waba'd. Solat ibadat yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam berbeza dengan ibadat lain. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad."


Solat tiang agama, orang yang tetap mendirikan solat, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama pada dirinya, manakala orang yang meninggalkan solat, maka ia telah meruntuhkan agama pada dirinya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk.”


Untuk melakukan solat atas kenderaan, caranya iaitu hendaklah menghadap kiblat pada permulaan solat sebagai mana hadis diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas, beliau berkata yang bermaksud: “Rasulullah ketika musafir dan ingin bersolat sunat di atas tunggangannya, Baginda menghadap ke arah kiblat dan bertakbir untuk solat, kemudian Baginda melepaskan (tali) tunggangannya dan bersolat ke arah mana tunggangannya menghala.”


Namun, solat di atas kenderaan hanya untuk solat sunat. Sekiranya dilakukan untuk solat fardu, hendaklah diulang solat terbabit apabila sampai destinasi yang dituju kerana berdiri adalah rukun solat. Sekiranya dilakukan dengan cara duduk, maka tidak sempurna rukun.


Kedua, solat dalam kenderaan yang bergerak seperti kereta api menjadikan kiblat tidak tetap. Justeru, hendaklah diulang semula solatnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, daripada Amir bin al-Rabi’ah, katanya yang bermaksud: “Saya melihat Rasulullah SAW bertasbih (melakukan solat) ketika Baginda berada di atas tunggangannya dan menghadap kepalanya ke mana-mana arah yang dituju (oleh tunggangannya) dan Rasulullah SAW tidak melakukannya untuk solat fardu.”


Sekiranya seseorang itu melakukan solat sunat ketika dalam kapal terbang dalam keadaan duduk di kerusi, pertama dia hanya perlu niat dan takbir seperti biasa. Sekiranya dapat menentukan arah kiblat, sunat kepadanya untuk menghadap kepadanya pada permulaan solat, iaitu pada ketika takbiratulihram. Lakukan rukun qauli (bacaan) seperti biasa, manakala rukun-rukun fi’li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Wallahua’lam

Friday, April 22, 2011

Tugas Guru Yang Masyarakat tak pernah tahu....

Mentaliti masyarakat ingat kerja guru senang.Pergi kerja jam 7.30 pagi. Balik 1.30 petang.Cuti banyak.Guru ini ibarat kerja paling senang.Pergi  sekolah mengajar budak je...Tak buat kerja lain dah.Ini aku pastekan kat korang kerja-kerja guru ,kasi terbeliak skit mata korang...Tak taula kalau korang tak hargai seorang guru...Aku nak panggil kau manusia ke apa?

Terima kasih juga kepada jawatankuasa kaji beban guru sampai sekarang tak ada respond tentang macam mana nak kurangkan bebanan guru...Nak tambah kerja guru ada lagilah...Aku pun tak tahu macammana nak hadapi cabaran seorang guru ni ...Menjadi seorang guru bukan kerja mudah.Aku cuma guru biasa...itu pasti...




SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

Monday, April 18, 2011

Cegah murid gemuk:Kantin mula jual makanan berkhasiat

 

Ramai murid di Malaysia mengalami berat badan berlebihan disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat
dan seimbang.



Makanan yang berlemak di kantin sekolah membuatkan pelajar mengantuk selepas waktu rehat dan hilang daya tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

 

Semakin ramai murid berlebihan berat badan yang kurang cergas dan kurang aktif dalam sukan.

Saya sebagai guru menyokong 100% cadangan supaya kantin hanya menjual makanan berkhasiat kepada murid-murid.Ini kerana menu yang sihat dan seimbang dapat membantu para pelajar fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam kelas terutamanya selepas waktu rehat.Makanan yang berlemak seperti nasi lemak,roti canai,burger dan lauk pauk banyak minyak dapat membuatkan murid lesu dan mengantuk dalam kelas.

Selain itu,Makanan di kantin yang mengandungi terlalu banyak lemak,membuatkan ramai pelajar mengalami obesiti.Ramai murid gemuk dan kurang aktif dalam bersukan.Sebagai guru PJK,saya mendapati ramai pelajar yang mempunyai kadar BMI yang tinggi dan kurang tahap kecergasan.Ramai yang dapat 1 atau 2 bintang sahaja dalam ujian fizikal.Murid semakin lemah dalam sukan dan kualitinya cukup sekadar 'main-main sahaja'

Para  pengusaha kantin juga diperlukan menghantar senarai menu makanan kepada jawatankuasa kantin sekolah untuk dinilai keberkhasiatannya.Seterusnya wujudkan pegawai pemantau untuk memantau kebersihan dan keberkhasiatan menu makanan yang disediakan dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya idea ini sangat bernas dan saya sebagai guru menyokong sekiranya menu di kantin sekolah mengandungi zat-zat seimbang untuk membantu proses pembelajaran dan kecergasan murid di sekolah.

 

Cegah murid gemuk
Oleh Osman Lisut
manlee@nstp.com.my
2011/04/18

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan

SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
 
Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta.
Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.

“Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.
Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.

“Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar,” katanya.

'Penampar Pendidik'

 
 
Suatu hari dahulu,ketika aku masih di sekolah rendah,aku pernah di tampar oleh seorang cikgu Inggeris...Aku masih ingat lagi nama guru itu Hadip Kaur...Seorang guru perempuan yang garang di dalam kelas..Kesalahan aku cuma  salah menjawab soalan-soalan.'Panggggg!!!!!" masih aku ingat bunyi tamparan tepat dipipi aku, cukup mengebaskan tetapi bukan mencederakan..Rasa malu mula memerahkan mukaku kerana aku ditampar oleh seorang guru.Aku balik tidak menceritakan kepada ibubapaku dan aku anggap penampar itu sebagai cabaran dalam hidup.Akhirnya aku yang selalu mendapat C ,mendapat A dalam peperiksaan  UPSR.'hadiah' itu membuatkan aku berjaya ke peringkat menara gading.
 
 
Aku masih ingat 'Penampar Bosnia' cikgu Adnan...Penampar yang mengubah perangai  budak-budak nakal di sekolah kami...Digosok-gosoknya dahulu kemudian 'Pangggg!!!!!!' tepat dibelakang badan.Pedihnya bukan kepalang ..Cukup memberikan amaran agar jangan mengulangi lagi.Begitulah 'penampar seorang pendidik' yang telah menjadi nostalgia dan lagenda suatu ketika dahulu.
 
Namun kini 'Penampar Pendidik' telah menjadi suatu kesalahan disisi masyarakat.Banyak manusia cuba mencari kesalahannya.Banyak manusia cuba membuktikan kesan buruknya.Lebih nampak yang tersurat dari yang tersirat....Ibubapa...Ibubapa...Sayang anak tidak bertempat...Manja anak bukan kepalang...Anak maruah mereka...Jangan dijentik,jangan diusik, jangan disentuh sesekali  oleh 'penampar pendidik'.
 
Ibubapa kini bangga anak mereka melawan guru,menengking guru dan paling mereka bangga anak mereka pula yang menumbuk guru...Padan muka katanya.Banyak sangat bebelannya.Jangan menyibuk hal anak aku.Guru ini sekadar tempat mereka melepaskan anak-anak ketika mereka keluar bekerja.Jangan diusik anak mereka jika tidak mahu bala yang menimpa.
 
Aku pelik dalam dunia yang semakin maju ini,manusia semakin jahil yang dilahirkan.Manusia yang aku katakan tidak dapat melihat 'kuasa penampar cikgu Adnan' yang melahirkan ribuan generasi manusia yang berguna.Manusia yang cuma nampak kesan luarannya tapi buta melihat kesan tersiratnya.Nah!!!gejala sosial berlambak-lambak sekarang...Hisap dadah,rempit dan pergaulan bebas.Datang sekolah buat kacau..Datang sekolah buat kacau....Ibubapa kata tidak mengapa bukan urusan kau cikgu,kau jaga tepi kain kau sendiri...Kau tu makan gaji..Jangan sampai kami datang mengadu ke sekolah  baru jatuh air muka kau.....
 
Punahlah dunia kalu tiada guru-guru tegas....Punahlah dunia kalu tiada guru yang mencegah keburukan dengan tangannya..Punahlah dunia jika tiada lagi 'Penampar Pendidik'...Sesuatu yang aku rindui dan aku ingati sehingga sekarang.......
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, April 16, 2011

Lucu : Dialog Poligami antara suami isteri



..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

 p/s :Kalau mampu  dan adil dari segi kewangan,masa & batin...kahwinlah..tak salah disisi agama..

Tuesday, April 12, 2011

Balasan Allah.Mak Nyah Kini Hidup Dalam Buangan





'Mak nyah yang ingin membuktikan Ajaran Islam itu salah',akhirnya hidup dalam buangan akibat dunia  khayalan yang diciptanya sendiri.

LONDON – Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.
Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.
Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.
“Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia,” kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar.
Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.
“Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun,” kata Fatine.
Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka.
Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.
Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah.

Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.
Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.
Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009.
Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain.
Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.
Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.
“Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula berkerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma £640 (RM3,160) sebulan,” kata Young sebelum ini.
Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.
“Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata perkara buruk terhadap saya,” kata Fatine.
Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.
Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki Fatine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.
Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.
“Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya,” ujar Young.
“Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula,” tambahnya. – Agensi

P/s: Makyah,gay dan Lesbian tak akan dapat menjalani  hidup sebagai manusia biasa.Mereka adalah bahan bakar api neraka kelak.Amalan mereka sudah tidak berguna selamanya..Bagi yang ada kesempatan hidup lagi,bertaubatlah..kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Allah masih membukakan pintu taubat bagi yang ingin ke pangkal jalan.Maka hargailah peluang untuk bertaubat.

Pelik tetapi benar:Rokok Penawar Kanser?


SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.
Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.
Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.
"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

Saturday, April 9, 2011

Kekejaman di Palestin:Umat Islam yang sokong?




Sedih dan amat pilu apabila membaca keratan akbar hari ini.18orang rakyat Palestin dibunuh kejam oleh Rejim Israel sejak bulan Mac yang lalu.Kelmarin 9 terbunuh termasuk seorang lelaki tua dan dua wanita.
myMetroIsrael terus mengganas




Adakah Umat Islam mengetahui dan ambil berat tentang berapa angka kematian terbaru rakyat Palestin?Saya pasti tidak..Tapi saya pasti, jika ditanya tentang siapa yang terkeluar dari AF9 dan Maharaja Lawak mesti semua...semua ikut perkembangan.




Pembunuhan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin sudah menjadi perkara biasa dan lapuk dari pemikiran umat Islam sekarang.Tiada perjuangan dan penentangan dari umat Islam lagi.Cuma suara-suara lemah  yang membuat bantahan.Semuanya sudah lupakan palestin.Lupa dengan saudara seIslam sendiri yang sedang merana dibedil oleh senjata Laknatullah Israel.Mengapa?Adakah sebab umat Islam terlalu cintakan dunia...Mengapa? Adakah umat Islam cuma ramai tapi bagai buih-buih di tepi pantai,tiada berguna?




Perjuangan umat Islam sudah terhenti di pertengahan jalan...Baik menteri mahupun rakyat sudah tidak menghiraukan tekanan yang sepatutnya diberikan kepada Yahudi. Kita sudah lupa memboikot produk dari Amerika dan Israel..Semua hanya hangat-hanyat tahi ayam sahaja.Sumbangan kepada tabung Palestin sudah tidak kedengaran lagi...Semuanya sudah senyap bagai suara dibawa angin berlalu pergi...




Pembunuh rakyat Palestin adalah umat Islam sendiri...itulah hakikatnya.Yahudi sudah pasti laknatullah..peranan mereka memang menghancurkan umat Islam..Tapi bagaimana dengan tindakan umat Islam sendiri?Mendiamkan diri dan membenarkan perkara ini berlaku...Meng'ia'kan pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan rejim Yahudi.Bukankah itu tanda sokongan?diam tanda setuju...Sebenarnya umat Islam adalah 'the biggest fan' kepada rejim Yahudi.Mereka yang menjadi penyokong dan peminat kepada pembunuhan rakyat Palestin.Itulah sebenar-benarnya yang terjadi...




Saya harap bila anda bertemu dengan malaikat 'mungkar dan nakir anda akan terlepas menjawab "soalan Siapakah saudaraku?".Jika anda tidak terlepas,maka anda tahu sebabnya..




Bagi umat Islam yang masih ada 'hati' dan perasaan,sumbangkanlah sekurang-kurangnya wang ringgit kepada
tabung Palestine di
1)Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528
          Keterangan lanjut hubungi Sdr. Sabri Ibrahim (019-2395799.)

          2) Tabung aman Palestin
              Dana Sumbangan & Derma            Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
           Maybank (M) Berhad: 562263010787
           Untuk kepastian sila rujuk http://www.amanpalestin.net
         Telefon: +603 8926 7019

        Sumbanglah dengan apa yang kita ada dan mampu samaada dalam bentuk harta atau
        tenaga.Ingatlah tiada siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk membebaskan Palestin
       melainkan umat Islam itu sendiri.InsyaAllah Palestin pasti bebas dari cengkaman  Yahudi.
   

Pelik tetapi benar:Batu nisan 'hidup'?

 
Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa

Pandang ke Acheh:Hukuman sebat ke atas pesalah zina

Sesungguhnya Bandar Acheh telah melalui suatu perubahan keislaman yang tinggi.Masyarakat Islam di Acheh sudah benar-benar  mengambil iktibar selepas peristiwa Tsunami yang melanda mereka pada tahun 2004 yang lalu.Penyebabnya hanya masyarakat Aceh sahaja dapat menilainya.Hukum sebat di khalayak ramai ke atas pesalah zina telah mereka jalankan.Benarlah dari sejarah yang kita baca di sekolah,Acheh dikenali sebagai "serambi Mekah' pada suatu ketika dahulu.Masyarakat Acheh benar-benar mengikuti tatacara dan pentadbiran Islam yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Bersyukurlah jika menjadi rakyat Acheh yang dilindungi  dengan keberkatan Allah S.W.T.


Sesungguhnya masyarakat Acheh seharusnya bersyukur  kerana dapat mengalami dan melihat sendiri Kebesaran  dan Keagungan Allah S.W.T.Sesungguhnya Islam adalah sebenar-benarnya agama yang patut dianuti.Disebalik peristiwa buruk yang mereka hadapi,tersirat petunjuk daripada Allah kepada mereka yang beriman yang percaya pada Al-Quran dan hadis nabi.Rugi dan sesatlah bagi mereka yang melihat kebesaran Allah,lalu berpaling dan menutup kedua-dua mata dan telinganya,kerasnya hati mengatakan Allah tidak wujud.


Acheh 2011..Acheh telah bangkit kembali.Memperingati kejadian tsunami sebagai peringatan dari Allah,Acheh kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.Sesungguhnya Masyarakat Acheh telah menuju ke jalan yang benar,jalan yang diredhai oleh Allah.


Ikuti artikel tentang hukum sebat di khalayak ramai di
IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


Kita sebagai masyarakat Malaysia dan umat Islam patut pandang ke Acheh.Pelajari  dan buat kajian dasar Islam di sana..Mereka telah jalankan hukuman Allah..Dalam 5 tahun lagi,kita akan tahu statistik anak luar nikah,maksiat dan gejala sosial pasti akan berkurang.Insyallah..


Di Acheh,ada  ini ke?Malaysia?