Cerita-cerita hantu memang asyik didengar.Adakalanya takut tapi bila orang nak ceritakan best juga melayannya.Tambahan pula di malam hari yang sunyi dan terasa bosan.Banyak juga aku mendengar cerita-cerita hantu terutamanya dari mulut ke mulut.Yang banyaknya dari kawan-kawan ketika belajar di kolej matrikulasi dan universiti.Percaya atau tak,aku layan sahaja.Bagi aku makhlus halus ada di mana-mana.Cuma kita bacalah ayat-ayat suci Al-Quran agar dilindungi Allah daripada usikan dan gangguannya.Aku cuma sekadar ingin berkongsi cerita.Menarik atau tidak,terpulanglah.Bagi yang lemah semangat janganlah baca dan yang lain janganlah mudah terpengaruh kerana Jin dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya dapat menyesatkan manusia dari Allah S.W.T
Pontianak beri salam
Pada masa itu,aku masih menuntut di tahun 2 di salah sebuah IPTA yang terkemuka di Kuala Lumpur.Aku, Pak wan, Jamil dan Amatjoe sahaja yang tinggal di kolej kerana pada masa itu ramai yang pulang ke kampung kerana cuti umum.Jam sudah pukul 3 pagi,kami asyik terleka bermain game Bola FIFA di bilik Jamil di tingkat 2.Sedang asyik bersembang sambil melayan game , aku terasa lapar dan dahaga pula.Aku bergegas ke bilikku .Amatjoe sedang asyik melayan entah apa-apa di Internet.Dalam masa 15 minit aku turun semula ke bilik Jamil.Aku berasa hairan apabila suasana tidak sekecoh tadi.Terdengar bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dipasang dari komputer.Kawan-kawanku menunjukkan sifat yang kontra daripada tadi.Jamil duduk di atas katil sambil membaca ayat-ayat Al-Quran manakala Wan masih terus bermain game tapi hanya diam membisu.Aku ada terasa ganjil dengan perubahan mereka tetapi tidak terlintas pula untuk bertanya.Dalam 30 minit kami berbual tapi tidak serancak sebelumnya dan kemudian aku naik semula ke bilikku dan tidur.
Keesokan paginya,aku pergi ke bilik mereka semula.Barulah Jamil dan Wan membuka mulut menceritakan kejadian awal pagi tadi.Menurut mereka, tidak lama selepas aku meninggalkan bilik mereka, terdengar bunyi bising seperti pokok-pokok sedang dihayun dan digoncang dengan kuat oleh sesuatu benda yang besar dari arah belakang blok. Blok yang kami duduki pula sememangnya bahagian belakangnya menghadap bukit yang penuh hutan belukar.Tidak semena-mena mereka terdengar suara wanita memberi salam dengan kuat.Assalamualaikum…..tiga kali dari bahagian balkoni di belakang bilik mereka.Jamil ingin membuka tingkap tapi Wan menyergahnya.Persoalannya siapakah yang member i salam pada pagi-pagi buta ini tambahan pula dari arah belakang balkoni tingkah 2.Jiran-jiran sebelah bilik sememangnya semua sudah pulang ke kampung masing-masing.Ditambah lagi dengan bunyi bising yang kuat dari hutan belukar yang ganjil.Semuanya meninggalkan persoalan yang sukar dijelaskan.
Memang ada hikmahnya kejadian ini,sebab kami memang buat bising dengan bunyi hilai ketawa dan bunyi game yang dipasang kuat.Mungkin ada ‘sesuatu’ yang menegur perbuatan kami.Walaupun cuma sedikit diusik,namun peristiwa itu masih kekal sebagai sesuatu yang misteri dalam ingatan kami.Kami lebih berjaga-jaga dengan perangai kami selepas perisiwa itu.
Cerita orang sebelah
Cerita ini memang popular sewaktu aku masih menuntut di kolej matrikulasi 2003.Memang selalu terdengar kawan-kawan menceritakan mengenai orang sebelah.
Pada suatu malam yang memang sudah lewat,ada seorang hamba Allah ini sedang asyik menelaah pelajaran seorang diri.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk berkali-kali.Dia bertanya siapa?Orang itu menjawab orang sebelah.Ditanya lagi Siapa? jawabnya orang sebelah.Kali ini HambaAllah ini bertanya dengan begitu serius dan lantang ,Siapa yang mengetuk pintu?Jawapannya tetap sama,orang sebelah.
Terus HambaAllah ini menerpa pintu dengan bengang..Tiba-tiba terkejut amat HambaAllah ini apabila yang dilihatnya memang orang sebelah.Hanya sebelah bahagian tubuh.Pengsan terus…keesoknya dapat tahu dia demam teruk sampailah seminggu.
Hantu karipap
Memang lawak bunyinya.Cerita ini aku dengar dari Helmi sewaktu Program induksi Universiti.Sambil bual-bual kosong.Helmi membuka cerita mengenai hantu karipap yang berlaku di matrikulasinya Negeri Sembilan.
Seorang hamba Allah ini sedang asyik mengulangkaji pelajaran pada lewat awal pagi .Biasalah study mengadap tingkap,angin awal pagi dingin masuk membuai –buai membuatkan terasa segar untuk study.Tiba-tiba ,datang seorang makcik tua menjual karipap ditepi tingkap.Bila study memang terasa lapar pun selalu.Bagaikan terpukau,hambaAllah ini pun belilah karipap makcik tu.Bila makcik tu berlalu pergi barulah dia teringat bilik dia di tingkat 3.Karipap pula bertukar jadi batu nisan.Terus pengsan HambaAllah ini sampai pagi.Demam panas.Terus fobia nak belajar awal pagi lagi…..
Thursday, December 30, 2010
cerita-cerita hantu dari mulut ke mulut (bahagian 1)
Posted by fandi at 2:53 PM 0 comments
Labels: cerita hantu
Tuesday, December 28, 2010
Indonesia pasti kecundang di Stadium Utama Gelora Bung Karno
Indonesia cuma menunggu detik-detik kekalahan mereka di tangan Malaysia.Usaha yang tinggal cumalah provokasi-provokasi yang digembar gemburkan oleh media massa mereka untuk menutup kekalahan teruk 0-3 kepada Malaysia ahad lalu.Indonesia memang terkenal dengan gelaran 'Jaguh Kampung' dan terkenal dengan tipu helah dan muslihatnya.Diharap barisan Malaysia cukup kental dari segi mental kerana Indonesia sekarang sedang menyerang kekuatan mental kita habis-habisan dengan harapan ia dapat menolong pasukan mereka mengalahkan pasukan Malaysia dengan teruk.Barisan Malaysia jangan sesekali gentar dan takut berkunjung ke stadiun 'keramat' mereka sebaliknya tumpaskanlah mereka dengan yakin dan berani supaya mulut mereka akan tertutup rapat sambil tapak tangan menutup muka mereka.Yang jelas Barisan Indonesia cuma Indah khabar dari rupa tidak seperti yang digembar gemburkan oleh media massa mereka.
Bambang cumalah pemanas bangku simpanan ketika menentang Malaysia
Safee sali bakal meledak gol lagi malam ini.Awasss Indonesia!!!!
Syafiq Kata Barisan Indonesia cuma 'Sayur'
Indonesia kata Malaysia Main Laser tapi tengok Mereka yang main laser kat Malaysia masa di Stadium Utama Gelora Bung Karno.Malaysia tewas 5-1 ketika itu.Tapi Malaysia rileks sahaja tak kecoh macam Indonesia..Takkan kalah sebab laser...Lawak2
Boleh tengok kat Youtube untuk kesahihan buktinya.
Inilah barisan kita yang iklas berjuang,tetap setia berkorban demi ibu pertiwi...
akhir kata Malaysia Juara Asean Juara piala suzuki AFF 2010..
Posted by fandi at 6:15 PM 0 comments
Labels: Galeri Sukan
Sunday, December 26, 2010
Musibah melanda diriku
Posted by fandi at 9:22 PM 1 comments
Labels: cerita tentang aku
Saturday, December 25, 2010
Kembalikan hukum jenayah Islam,kembalikanlah hukum hudud
'KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian'
Begitulah sebahagian daripada artikel yang bertajuk 'Dua Beradik peluk Kekasih' yang dipetik daripada akhbar Harian Metro bertarikh 25 disember 2010.Sesungguhnya ia membawa impak yang besar,bersedialah maksiat sudah sampai di pintu rumah anda.Jangan terkejut bila anda sedang indah dibuai mimpi, anak-anak anda sedang ligat membuat maksiat bersama pasangan masing-masing di dalam rumah anda sendiri.
Kini,maksiat boleh berlaku bila-bila masa.Tidak perlulah kita melihat di luar rumah,cukuplah antara adik dan abang,ayah dan anak,datuk dan cucu dan macam-macam lagi boleh terjadi tanpa disangka.Mengapa hal ini berlaku kepada Umat Islam yang suci lagi mulia.
Sebenarnya ia tidak berlaku kepada umat Islam yang beriman,tetapi kepada si fasik yang bertopengkan Islam semata-mata.Mereka merupakan musang berbulu ayam yang menjadi musuh dalam selimut yang akan
merosakkan dan mencemarkan nama Islam di mata masyarakat lain.Warna kulit 'melayu' bukan lambang kepada Islam tetapi adakah sesuatu bangsa itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dan Meninggalkan laranganNya.Masyarakat Melayu yang sebenarnya sedang diambang kemusnahan bukannya orang-orang
Islam yang beriman.Janganlah membusukkan nama Islam sedangkan penganutnya bukan yang berpegang teguh kepada ajarannya.
Namun atas dasar sebangsa dan seagama ,wajib golongan beriman membantu golongan yang lemah dan fasik supaya kembali bertaubat.Masalah seks bebas dan masalah sosial cuma satu ubatnya.Kembalilah hukum-hukum jenayah Islam kembalilah hukum hudud.
Hukum hudud adalah antara tiga hukum dalam hukum-hukum jenayah islam iaitu hukum qisas dan hukum ta'zir.Marilah kita memahami hukum hudud ini.
A. HUKUM HUDUD
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Hukuman : sebat 80 kali
Hukuman : sebat 40 kali
Hukuman : potong tangan
Hukuman :
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad);
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
Posted by fandi at 12:08 AM 0 comments
Labels: Islam
Friday, December 24, 2010
Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.
Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.
Pihak majikan di pasaraya tidak boleh memaksa pekerja mereka memakai topi santa claus ni.Ini boleh mengundang sensitiviti agama.
Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.
Posted by fandi at 1:55 AM 0 comments
Labels: Islam
Wednesday, December 22, 2010
telefon bimbit sebabkan barah otak?benarkah?
Ramai yang memperkatakan tentang kesan frekuensi elektromagnet ke atas otak manusia hingga boleh menyebabkan terjadinya barah otak.Benarkah penyataan ini?ikutilah artikel yang telah aku petik dari salah satu laman akhbar hari ini
Telefon selular tak cetus barah otak
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar
2010/12/23
Frekuensi elektromagnet terbukti selamat
.
KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita. Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di
telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.
Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.
KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar.
Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.
Posted by fandi at 9:18 PM 0 comments
Labels: artikel menarik
tikus boleh berkicau macam burung
Saintis cipta tikus boleh berkicau seperti burung
.
SEEKOR tikus yang boleh berkicau seperti burung didedahkan kepada pemberita di Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
TOKYO - Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.
Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan 'Projek Evolusi Tikus' yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.
"Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku," kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura.
"Kami memeriksa setiap anak tikus yang baru lahir dan pada suatu hari, kami mendapati seekor anak tikus tersebut boleh berkicau seperti burung," katanya.
Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.
Makmal tempat penyelidikan itu dibuat dikendalikan oleh Profesor Takeshi Yagi dari Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun yang kini memiliki lebih 100 tikus berkicau untuk kajian lanjutPasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.
Sebelum ini, saintis-saintis mendapati burung-burung yang berkicau menggunakan bunyi berbeza-beza dan menyusunnya seperti perkataan dalam bahasa manusia serta mempunyai tatabahasa tersendiri. - AFP
Posted by fandi at 1:51 AM 0 comments
Labels: pelik tetapi benar
Tuesday, December 21, 2010
Sakit gigi vs doktorgigifobianisme
Dah seminggu aku sakit gigi...kejap hilang kejap sakit,kejap sakit kejap hilang pulak..gigi berlubang...nk jumpa doktor gigi dia jadi baik tapi bila doktor gigi tutup klinik dia mulalah balik..wuaaaaaaa..Tolong!!!!sapa ada penawar tahan sakit gigi bagi skit...esok aku pikir kena pergi palam gigi ni la jugak....kalu tak sampai bila pun tak baik jugak..
betul la orang cakap,kalu sakit gigi apa pun x boleh buat...jem satu badan..kepada korang yang masih baik lagi giginya jaga gigi tu..gosok betul2 dan kurang makan makanan manis2..jgn jd macam aku ni...kurangkan gula lebihkan senyuman k...
p/s:dah baik kejap pasal aku layan wat blog ni..nanti dia datang la balik..huhu
Posted by fandi at 1:13 AM 2 comments
Labels: cerita tentang aku
Monday, December 20, 2010
Syoknya kahwin tapi........
Ish-ish kenduri nak dekat dah ni..pulus pakai banyak pulak..mana mau korek..tapi Allhamdullilah la FAMA support..lepas la sesak..aku pikir macam manala orang nak kawin tapi pulus xda...jenuh mengumpulnya..teringat jenuh jugak aku mengumpul duit buat akad nikah dan hantaran...ish pikir-pikir boleh aku angkat myvi sebijik...tapi takpela ada isteri lagi syok beb...hehe
damai dalam hati...syok giler kahwin...untuk yang bujang dan tak kawin,sedang kumpul duit... aku tribute lagu ni kat korang..zasssss
Posted by fandi at 10:04 PM 0 comments
Labels: cerita tentang aku
Jangan sebut jodoh tidak ada
JOdoh itu ada cuma perlu dicari.samala macam rezeki kalu tak dicari tak ke kebulur...Bagi yang belum berkahwin dan nak berkahwin tapi tak ada calon ringan-ringankanlah mulut.Yang perempuan tu mintalah pertolongan orang tua kamu..kalu malu melepasss...tengok datuk dan nenek kita ni dah senja pun masih datang lagi jodoh...jodoh anda ada berusahalahhh...yang penting jangan maluuuu..nak cakap nak:)
BAHAGIA...pasangan pengantin warga emas, Md Yusof dan Khotijah bersama anak serta cucu mereka. BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.
Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.
“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.
Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.
Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.
“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.
“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.
“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.
Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.
“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.
Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.
Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga.
Posted by fandi at 9:33 PM 0 comments
Labels: motivasi
rekod kes kemalangan melibatkan bas ekspress 2010
2010/12/20
KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.
Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping. Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi tadi.
16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.
14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.
11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.
4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.
29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.
10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.
2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.
27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.
17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.
20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.
4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA
Posted by fandi at 4:21 AM 0 comments
Labels: info semasa
Statistik anak luar nikah amat membimbangkan
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Cetus kebimbangan
Perbuatan maksiat dan seks bebas merupakan punca utama meledaknya angka kelahiran anak luar nikah.Trend peningkatan yang semakin meningkat ini boleh menyebabkan kesucian keturunan yang dipelihara oleh umat Islam semakin lama semakin tercemar.Anak-anak luar nikah akan hilang kebanyakan hak di dalam Islam.Peningkatan kelahiran anak luar nikah ini melambangkan keruntuhan pegangan agama Islam oleh penganutnya dan mencemarkan imej dan kesucian agama Islam itu sendiri di mata masyarakat lain.
Punca-punca
Media elektronik merupakan punca utama yang menjadi pemakin kepada peningkatan gelaja sosial di kalangan remaja.Kemudahan mengakses laman-laman lucah di internet yang mudah dan lambakkan laman-laman web lucah sedia ada menjadi punca remaja-remaja terpengaruh dan semakin giat melempiaskan nafsu serakah tanpa memikirkan kesan buruk dari perbuatan terkutuk itu.Paling mengejutkan,apabila pelajar sekolah pun sudah pandai bercakap tentang seks dan ada yang sudah melakukan perbuatan tersebut.
Penguatkuasaan dan undang-undang yang tidak berkesan dan longgar telah menyokong aktiviti negatif ini.Imuniti aktiviti maksiat dan seks bebas menjadi lebih kebal apabila undang-undang sedia ada cuma mendenda pesalahnya dan bukan hukuman yang lebih berat.Justeru itu,disyorkan hukuman yang lebih berat seperti penjara dikenakan kepada pesalah maksiat.
Posted by fandi at 3:48 AM 0 comments
Labels: info semasa
Saturday, December 18, 2010
>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia
Maher zain paling popular...INSYAALLAH..INSYAALLAH..
1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)
Posted by fandi at 10:47 PM 0 comments
Labels: artikel menarik
golongan gay dah berani buat pengakuan
sekarang ni sedang ligat golongan homoseksual @ gay tampil secara umum melalui internet mengaku bahawa'" aku gay,aku OK".Golongan perosak masyarakat ini begitu berani membuat pengakuan ini dan mempromosikan amalan tidak berakhlak ini di Negara Islam...Tambahan yang membuat pengakuan ini adalah orang yang mengaku Islam...Memang jijik dan geli melihat orang yang membuat pengakuan ini...Tunggulah Balasan Allah di dunia dan akhirat.Skang ni ko seronoklah hidup,ko muda lagi...nanti bila ko dah sakit dan nk mamposss baru ko tahu...Allah Maha penyayang biarkan ko hidup selesa walaupun ko melanggar perintahNya.ko dah buat salah tetap dia bagi ko rezeki,sihat walafiat.Tak kah berfikir...walaupun ada kekurangan yang ko alami..Cubalah hargai dan hidup normal.Dunia ni sementara je.Allah bagi sesuatu kekurangan untuk menguji kita semua..Memang tujuan kita diturunkan untuk diuji samaada kita beriman atau tidak.Takkan ko Bodoh sangat sampai tak boleh pikir.Pikir Pasal NAFSU ko je sampai AKAL ko dah takda.BINATANG pon tak ada yang GAY...BODOH NAK MAMPUS PUNYA MANUSIA,KO LAGI TERUK DARI BINATANG...Takpa,'ko boleh terus hidup,Cuma bila ko mati' dan di akhirat aku nak dengan ko cakap begitu Di hadapan Allah S.W.T...Aku nak tengok apa ko kena....
Pihak kerajaan tolonglah kuatkan undang-undang Islam skit..Tengok sampai golongan Gay pun dah berani buat pengakuan di khayalak umum.Kalu Macam nilah Tahun 2020 adalah tahun dimana kita dipenuhi golongan rosak akhlak walaupun kita dah maju.Pihak JAKIM tolong Buat pemantau dan ambil tindakan tegas..kalu boleh buat hukuman mati hantar terus mereka ke NERAKA JAHANAM..GOLONGAN GAY JIJIK DAN KOTOR LEBIH BUSUK DARI BANGKAI.SAMA SPESIES DENGAN NAJIS DADAH MEROSAKKAN MASYARAKAT PERLAHAN-LAHAN..Tolonglah sebelum kita diturunkan bala bencana oleh ALLAH,Baik mereka yang kena dulu...Bacalah ayat-ayat Al-Quran bukankah pernah diceritakan dahulu bagaimana kaum lut dibinasakan oleh Allah kerana golongan homoseksual.Berpeganglah kepada Al-Quran bukan guna otak kamu yang tak ada akal itu.Golongan gay dah lama wujud dan tak akan diterima dari dulu sampailah Kiamat.Malah bala bencana akan tiba kelak.
P/S:golongan gay bertaubatlah sebelum maut datang.Sesungguhnya ALLAH adalah MAha Pengampun lagi Maha Penyayang.Pintu Taubat masih luas terbuka.Pulanglah ke pangkal jalan..Sebelum API NERAKA JAHANAM MELUAP-LUAP MEMBAKARI TUBUH BADAN KAMU....
Posted by fandi at 9:23 PM 0 comments
Labels: rosak-rosak
Tuesday, December 14, 2010
Al-Fatihah:Anakku Sazali meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.
Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok.
“Jenazah tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan saudara-maranya dari Filipina,” katanya. Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.
Bagaimanapun, jelas Salleh, dia tidak begitu tahu mengenai keluarga Allahyarham kerana dia sangat berahsia orangnya. “Dia seorang peramah tetapi tidak suka bercakap mengenai keluarganya. Namun, setahu saya dia tinggal di sini bersama anaknya, manakala isterinya menetap di Filipina,” katanya. Sementara itu Datin Rosnani Jamil (Mak Nani), yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam filem Anakku Sazali dan Masyarakat Pincang, berkata ketika dia berlakon dan menetap di Jalan Boon Teck, Singapura, Tony dan seorang lagi pelakon, Rahmat Ali suka datang ke rumahnya.
“Jika tiada kerja, mereka berdua suka melepak di rumah saya dan saya sudah menganggap mereka adik angkat saya. “Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bapanya peniup trompet terkenal. Dalam filem Ibu yang membabitkan adegan Allahyarham Tan Sri P Ramlee meniup trompet, ia sebenarnya ditiup bapa Tony. “Ibunya pula guru tari di Jalan Ampas. Semua pelakon atau penari yang akan menari dalam filem, belajar menari dengannya. Tony sangat baik dan pernah serta selalu berangan-angan hendak jadi Elvis Presley. “Dia budak pandai. Selain berbakat dalam bidang lakonan dia juga boleh menyanyi dengan baik dan mewarisi kehandalan bapanya bermain trompet. Kali terakhir saya berjumpa Tony ketika dia dan Hashimah Yon datang pada pelancaran buku Pak Jamil (Datuk Jamil Sulung), Ogos lalu di Kuala Lumpur,” katanya.
Tambah Mak Nani, dia dapat tahu berita kematian Allahyarham lewat petang dan tidak sempat untuk melawat Allahyarham. “Pak Jamil tak sihat, jadi saya tidak boleh pergi begitu saja meninggalkannya tanpa jagaan sesiapa. Insya-Allah, apabila saya balik Singapura nanti, saya akan pergi menjenguk pusara dan kaum keluarganya yang masih ada di Singapura. “Walaupun dia saudara baru tetapi kalau diajak bercakap mengenai agama, dia memang bijak dan ilmu pengetahuannya sangat tinggi. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Menerusi keberkesanan lakonan Tony membawakan watak Sazali ketika kecil, dia menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
Posted by fandi at 2:19 AM 0 comments
Labels: info semasa
Gangguan seksual:lelaki pun kena?
gangguan seksual memang selalu yang menjadi mangsanya adalah kaum wanita. Jarang kita dengar gangguan seksual mangsanya adalah lelaki.Bagaimanapun,jangan terkejut pula, dalam satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya
Adakah juga pakaian seksi dan menjolok mata boleh dikatakan gangguan seksual bagi lelaki?fikir-fikirkanlah sendiri...
sumber:kosmo
Posted by fandi at 1:48 AM 0 comments
Labels: rosak-rosak
Monday, December 13, 2010
Usaha ringankan bebanan tugasan guru disambut baik oleh golongan pendidik
Terima kasih dan sokong di atas segala usaha untuk meringankan beban guru.Diharap segala cadangan dan usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar omong kosong dan hanyat-hanyat tahi ayam sahaja.Golongan guru menghadapi krisis bebanan tugas sampingan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan profesion-profesion yang lain.Ingin menganggu kualiti 'core business' iaitu pengajaran dan pembelajaran...dengan kata lain kita ambil contoh, seorang polis ialah tugas utamanya menjaga keamanan dan menangkap penjenayah..patutkah seorang anggota polis menjadi tukang kebun pada masa yang sama...perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam profesion yang dilabel golongan professional..Banyak lagi bebanan yang 'tidak masuk akal' ditanggung oleh golongan pendidik ini.Jutaaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berusaha untuk meringankan bebanan guru-guru.Jasamu dikenang...
Dua guru 1 kelas
Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/12/13
Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.
Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.
Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.
Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.
Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.
Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.
“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.
“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.
INFO: Antara beban tugas guru
Kekerapan guru keluar berkursus
Kokurikulum/sukan
Tugas hujung minggu
Tugas rencam
Tugas tidak jelas
Penempatan guru
Rantaian arahan (chain of command)
Ujian/peperiksaan
Silap padanan (mismatch)
Saiz kelas
Sebaran kurikulum.
INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru
Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
Pelan Operasi Latihan Tahunan
Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
Pengenalan kurikulum secara atas talian
Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah
Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran
Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi
Posted by fandi at 8:58 AM 0 comments
Labels: guru, info semasa
kedai makanan murah giler: teh'o' 30 sen dan kuih muih 20 sen sebiji
Zaman moden ni nak jumpa kedai jual Teh 'o' 30 sen,milo ais 80 sen dan kuih-muih 20 sen jangan berangan la.Tambahan pula kalau tinggal di bandar-bandar besar..tapi apa yang menjadi satu dalam sejuta, ada satu kedai di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu jual dengan harga begini.aku 'respect'habis tauke kedai ni..walaupun harga gula dan bahan makanan kerap naik,harga jualan air dan kuih-muih di kedai beliau masih 'maintain'dari dulu sampai sekarang...memang tauke ni bukan nak untung segera macam peniaga-peniaga lain.sekarang ni bila guna naik sahaja,harga barangan pun ikut naik sama..memang orang sekarang nak meniaga untung cepat sahaja.Kedai ini patut dijadikan contoh kepada semua peniaga...kalu semua peniaga macam tauke ni kan senang..taklah terbeban rakyat negara kita...Kalu ada award 'peniaga contoh' hari ni juga aku bagi kat tauke kedai ni..amacam setuju?
p/s:bila la tauke ni nak buka cawangan dekat kawasan rumah aku..
Jual murah pun boleh untung
Oleh FAUZI MOHD.
berita@kosmo.com.my
ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman
di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.
Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.
Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.
“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya
Posted by fandi at 2:35 AM 0 comments
Labels: fakta menarik
Sunday, December 12, 2010
Lelaki yang meniru suara 100 karakter berlainan
Posted by fandi at 5:24 AM 0 comments
Labels: video menarik
Kahwin isteri cun RM14000 sahaja
'dunia ana yang punya' bak kata Allahyarham P.Ramlee..hehe..Bagi sesiapa yang berminat nak kahwin dengan wanita magribi yang cun dan putih gebu bacalah artikel ini.untung dapat bini yang bergolek-golek depan anda.Tapi awas jangan pula anda terbawa balik 'Mak Arab' pulak.Bukan semuanya yang anda dengar indah.Kadang-kadang indah khabar dari rupa.berhati-hatila.kalu dapat yang elok bersyukur Alhamdullilah..Kalu tak elok Inallillah lah jawabnya.huhu..Itu terpulanglah pada anda semua..berani buat berani tanggung.Wanita Malaysia pun tak semua 'tercemar'.Carilah yang sepadan dan sesuai dengan anda dan berdoalah dapat jodoh yang baik...Insyaallah Allah akan pertemukan jodoh yang terbaik untuk anda.Buat wanita Malaysia jagalah diri,maruah & sopan santun.Kalu yang dah kawin layanlah suami anda bagaikan raja..kalu tidak siapa tahu 'wanita Magribi' adalah madu kepada anda pula.huhu
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun. KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.
Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.
“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.
“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.
Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.
“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.
Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.
Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.
Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.
“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.
“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.
“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.
“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.
Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.
“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.
“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.
“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.
“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.
Posted by fandi at 1:22 AM 0 comments
Labels: artikel menarik
Thursday, December 9, 2010
tips kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga
sekadar lawak aja..jangan jadikan panduan pulak...tetarik bila Johan Raja lawak boleh membawa watak Fadzilah Kamsah dengan baik..mantap...
Posted by fandi at 4:48 AM 0 comments
Labels: lucu
Budaya Sindir Menyindir - Rumah Sewa [HQ]
video lucu tentang sindir menyindir...tapi ending dia adakah selalu berakhir dengan sesuatu yang baik?watch out...
Posted by fandi at 4:34 AM 0 comments
Labels: lucu
Wednesday, December 8, 2010
The Snake game using the lights of an entire building
Posted by fandi at 3:42 PM 0 comments
Labels: video menarik
Penghijrahanku yang paling besar
Sesungguhnya tahun ini aku telah melakukan penghijrahan yang paling besar dalam hidupku..Dulu bujang sekarang dah kawin macam lagu S.M Salim...Hijrahku ini banyak mendewasakan aku secara akali dan rohani...Menakhodai bahtera rumahtangga hingga ke destinasi terakhir dengan aman dan sejahtera.Sesungguhnya banyak yang perlu aku pelajari tentang alam yang baru aku tempuhi ini...Doakan aku ,sahabat-sahabat agar rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat...itulah harapan kami yang masih mentah menerokai alam cinta hakiki ini dan masih bertatih menjalani saat-saat berumahtangga...
Posted by fandi at 1:20 AM 2 comments
Labels: cerita tentang aku
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia(sempena Maal hijrah 1432)
Alhamdullilah masyarakat Islam telah melangkah ke tahun baru 1432 hijrah..Bersyukur kerana Malaysia dalam keadaan aman dan sejahteradengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semua masyarakat haruslah berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita kerana 10 sebab:
1) Tak ada rakyat Malaysia mati kebuluran(malah makanan ada yang dibuang-buang)
2)taraf kualiti kesihatan yang baik(tiada kes yang penyakit merebak bunuh ramai manusia macam di Negara Haiti
3)Boleh tidur lena malam-malam (tiada ancaman bom macam di Iraq,Afganistan dan korea)
4)tiada ancaman bencana alam yang teruk(macam gunung merapi di Indonesia)
5)tiada yang menganggur(kecuali yang memilih kerja kerana kerja ada di mana-mana)
6)tiada rusuhan dan gaduh-gaduh(semua kaum hidup aman)
7)semua anak-anak dapat pendidikan yang sempurna( merata ada sekolah,cuma nak tak nak saja ke sekolah)
8)kemudahan-kemudahan/infrastruktur yang banyak(mudah ke mana-mana)
9)agama Islam dipertahankan(cuma ada yang patuh ada yang mungkar sahaja)
10)kalu buang sapa-sapa la kat Malaysia gerenti boleh hiduplah lama-lama senang kata..hehe
Namun, setiap kerajaan ada kelemahannya...Apa yang penting perbaikilah dan cari jalan mengatasi
1)maksiat merata-rata
2)dadah
3)buang anak
4)isu harga barang naik
5)rasuah dan penyelewangan
6)miskin bandar
dan macam-macam lagi....
semoga tahun baru ini dapat memberi peluang kita berhijrah ke arah negara Islam yang lebih sempurna akidah moral, tingkahlakunya disamping memajukan pembangunan fizikal dan material
Posted by fandi at 12:39 AM 0 comments
Labels: Islam
Saturday, December 4, 2010
Tasik 'darah' di Indonesia
TASIK merah di hutan Raje Mandare, Sumatera Selatan, Indonesia.
sumatera selatan - Merah bak darah! Itulah warna permukaan sebuah tasik seluas enam hektar yang ditemui sekumpulan penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam di sini, lapor akhbar Kompas semalam.
"Kami bersama rombongan 21 orang melakukan ekspedisi di kawasan Rimbacandi dengan menyusuri tebing, hutan, dan bukit bukau selama dua hari untuk sampai ke lokasi tasik merah itu," kata Asmidi, seorang penduduk tempatan.
Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.
"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata Asmidi.
Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya. - Agensi
Posted by fandi at 6:59 PM 1 comments
Labels: pelik tetapi benar
Friday, December 3, 2010
Naik,naik dan gaji tak naik
Soalan teka-teki..
1.Benda apa yang naik tapi tak akan turun-turun?
2.Benda apa yang naik benda lain akan ikut sama naik?
3.Benda apa yang naik,tapi gaji tak naik-naik?
Soalan Sains
1.Nyatakan satu perkara yang dapat melawan hukum Graviti?
Soalan bahasa inggeris
1.What come up must come down or what come up and never go down?
Soalan bahasa melayu
Nyatakan sama ada naik minyak ada kena mengena dengan minyak naik.
soalan sejarah
bagaimana mulanya perkataan naik minyak dan dimana asalnya perkataan ini?
Tahniah kalu anda dapat menjawabnya bererti anda layak memenangi hadiah Nobel..dan hadiah sampingan seliter minyak Ron(97 @95) dan sekilo gula..berbaloi ooo skang..
4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagiDis 3, 10 5:07pmKongsi 0Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.
Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .
Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.
Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.
Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas
(sumber Malaysiakini)
Posted by fandi at 3:24 PM 4 comments
lagi bencana menimpa israel
Siapa kata Israel terlepas dari hukuman Allah...Sesungguhnya Allah memakbulkan doa orang yg teraniaya.Umat Islam teruskan berdoa agar Israel terus diberi pembalasan oleh Allah S.W.T...bebaskan Palestin...
ANGGOTA penyelamat berjalan di celah pokok rentung di luar Kibbutz Beit Oren berhampiran bandar Haifa di utara Israel. Pesawat bomba dari empat negara tiba di Israel untuk membantu melawan kebakaran besar hutan yang sudah meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa dan memaksa ribuan penduduk dipindahkan. - Foto Reuters
Dec 3, 2010 9:07 pm
Berpuluh maut dalam kebakaran hutan terburuk Israel
2010/12/03
MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu.
Ketika pengawal terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka. Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering. Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut.
“Bencana ini amat besar," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel.
Api masih marak di luar kawalan sehingga tengah malam tadi.
Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran.
Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria.
Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin. - AP
Posted by fandi at 9:09 AM 0 comments
Labels: Islam
Friday, November 26, 2010
Bencana kemarau sudah sampai kepada Israel laknatullah
Sesungguhnya telah datang bencana kepada Israel.Umat Islam teruskan berdoa kepada Allah.Bebaskan Palestin dari penindasan rejim zionis
Pemimpin agama Israel minta hujan
BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.
GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.
Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.
Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi
Posted by fandi at 7:07 PM 1 comments
Labels: Islam
video lucu dan kreatif :dR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam
bukan nk mentertawakan sesiapa tapi videoklip ini amat menarik dan lucu.Harap maaf kepada sesiapa yg berkenaaan.apa yang menarik untuk ditonton adalah idea dan jalan crita ini disampaikan bukan mengutuk mana-mana pihak.saksikan lah video lawak dan kreatif ini..
Posted by fandi at 5:24 AM 1 comments
Labels: lucu, video menarik
Saturday, November 20, 2010
Muslim Univesity first ever in California
Universiti Muslim pertama di California
2010/11/24
Penubuhan tangani kebencian terhadap Islam
BERKELEY: Sebuah universiti Muslim pertama dibuka di California, Amerika Syarikat, bertujuan mengatasi kebencian dan ketidakpercayaan terhadap Islam dengan menonjolkan versi Islam Amerika lebih sederhana.
Walaupun kelas pertamanya hanya mempunyai 15 pelajar dan menyewa blok ruang pejabat daripada kampus Universiti California. Kolej Zaytuna berharap akan menjadi universiti Muslim AS pertama yang diiktiraf, setanding dengan gergasi akademik yang mempunyai kaitan agama seperti Universiti Columbia dan Rutgers. Setiap kumpulan agama yang datang ke AS akhirnya akan sampai ke tahap di mana mereka perlu membentuk sebuah institusi bagi memastikan mereka terus kekal, dan masyarakat kami sudah tiba ke peringkat itu, kata Hamza Yusuf, pengasas bersama Kolej Zaytuna, yang juga sarjana terkemuka mengenai Islam klasik di Barat. Lebih 30 peratus rakyat Amerika percaya Islam menggalakkan keganasan, dan ramai berpendapat agama berkenaan tiada tempatnya di negara Judeo-Kristian itu, menurut tinjauan pendapat terbaru Pusat Penyelidikan Pew.
Perdebatan masih lagi diadakan mengenai kesesuaian penempatan sebuah masjid berhampiran tapak serangan 11 September, 2001 di New York, yang dilihat oleh penganalisis sebagai petanda jelas mengenai syak wasangka AS terhadap Islam.
Pengasas Zaytuna menyatakan diskriminasi yang dihadapi Muslim di Amerika Syarikat tiada bezanya dengan pengalaman Katolik pada abad ke-19 atau Yahudi pada abad ke-20, dan hanya masa menjadi penentuan sama ada mereka diterima sepenuhnya.
Pendidikan secara umumnya adalah penyelesaian utama bagi menangani kejahilan, kata Hatem Bazian, pengerusi hal ehwal akademik Kolej Zaytuna, yang juga mengajar di Universiti California, Berkeley.
Program empat tahun itu menawarkan kursus dalam kesusasteraan Islam, perundangan, teologi dan sejarah dan terbuka kepada semua penganut agama, walaupun semua pelajar yang ada sekarang adalah Muslim, daripada pelbagai latar belakang.
Terdapat institusi pendidikan tinggi Muslim lain di Amerika, tetapi Zaytuna berharap akan menjadi yang pertama memperoleh akreditasi dalam kalangan universiti tertinggi. Reuters
Posted by fandi at 6:56 PM 0 comments
Labels: Islam
Thursday, November 18, 2010
Selamat aidil adha kepada semua....
Masihbelum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua masyarakat Islam di dunia.Hari raya ini 'spesial'skit sebab pertama kali beraya di rumah mertua...terima kasih tok kerana balas daging korban yang byk dan mak mertua yang menjamukan nasi daging dan kurma daging yang memang enak..trima kasih kepada keluarga baru ku.Bermaknanya hari raya tahun ini....
Posted by fandi at 7:09 AM 0 comments
Labels: Islam
Lambakan Warga Asing:Ada anda kesah?
Teringat lagi ketika aku masih belajar di UM,aku dan kawan2 tak balik raya Haji..Kami pun pi la ronda-ronda sekitar KL.Terkejut kami sebab rasa macam tempat asing sedangkan kami berada di tanah air kami.Apa tidaknya pergi mana saja di pusat bandar nampak muka warga asing ja...naik seram pun ada ,kalu depa menyerang...Kami pun terpaksa berhati-hati dan beredar dari kawasan yang dijangka tidak selamat dek gerombolan pendatang asing yang nampak mendatangkan rasa was-was.Isu ini tak perlu dibangkitkan lagi.Sejak Tahun 2004 pun dah jadi budaya mereka bila ada cuti ,mereka akan berkumpul dan berhimpun di perkarangan pusat bandar dan KLCC(kononnya kebangaan negara last2 org asing yang tawan dek sikap ada aku kesah warga tempatan dan pihak berkuasa.Warga tempatan pulak ramai berpusu-pusu balik kampung.tinggal sekerat dua yang x balik.Kl jadi pekan merekalah.Sikap pejam mata pihak berkuasa pula dan tiada tindakan susulan telah menyokong budaya mereka ini.Tercemarla imej Malaysia di mata pelancong-pelancong.Guna otak skit la pihak berkuasa... buatla apa-apa taktik dan strategi membendung budaya ini.Tak kan tu pun nak bagitau. Last-last depa merusuh dan tawan KL anda baru nak kalut dan jadi 'kepoh'.Ada anda kesah?
Rimas warga asing ramai(harian metro,18 nov 2010)
MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.
Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.
Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.
Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.
“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.
Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.
“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.
“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.
Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.
“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.
Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang.
Posted by fandi at 5:06 AM 1 comments
Tuesday, November 16, 2010
wanita lebih selamat dengan lelaki perokok kerana....
Posted by fandi at 4:39 AM 0 comments
Labels: video menarik
Saturday, November 13, 2010
Konspirasi 'shoalin soccer' dalam perlawanan CHINA vs MALAYSIA
Semalam aku naik meluat dan menyampah tengok perlawanan bola sepak antara CHINA dan MALAYSIA.Apa tidaknya pengadilan yang nyatakan berat sebelah(berat banyak)yang berpihak pada tuan rumah.Pengadil Autralia (Jahanam) seperti berpakat dengan tuan rumah untuk menjatuhkan MALAYSIA.Perlawanan ini ibarat perlawanan akhir dalam cerita SHOULIN SOCCER dimana pengadil-pengadil telah diberi rasuah dan apa-apapun diakhirnya mesti ditetapkan pasukan jahat menang .Pantang buat salah sedikit mesti kena kad merah atau penalti.CHINA kalu main tak tipu tak bolehkah?Main kat CHINA je mesti nak tipu.Tambah main ngan MALAYSIA pulak.Sebab MALAYSIA ini depa tau 'Berbudi bahasa'.Tu yang depa berani tu.Negara lain, jgn harap depa berani nak buat sebab depa tau negara lain gerenti mengamuk punya.silap-silap semua keluar padang(protes, bertumbuk dan bergaduh).Cuma MALAYSIA ini sahaja baik sangat.Sebab tu mana-mana negara berani buat kat MALAYSIA.BADMINTON pun sama,berapa kali depa buat tipu kat MALAYSIA.Budi bahasa pun biarlah bertempat.Jangan biar orang berani pijak kepala kita.Maruah perlu dipertahankan jangan jadi pondan.Apa-apapun MALAYSIA layak ke pusingan kedua.Orang yang benar mesti beroleh kemenangan akhirnya jugak. Lepas ni kita kena berjaga-jaga lawan ngan CHINA. Jaga-jaga nanti depa main tipu lagi dalam "BADMINTON" macam selalu la main kat tempat depa.
Malaysia tumbang angkara pengadil (kosmo,14 nov 2010)
REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.
--------------------------------------------------------------------------------
MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.
Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.
Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.
"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.
"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.
Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.
Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.
"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.
Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.
KONTROVERSI... Williams melayangkan kad merah kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (tengah) pada aksi di Stadium Tianhe, Guangzhou semalam. Malaysia tewas 0-3.
--------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.
"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.
Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.
Posted by fandi at 3:57 PM 0 comments
Labels: Galeri Sukan